CIDOS adalah sebuah portal bagi CeLT (Pusat e-Pembelajaran dan Pengajaran), nama konseptual untuk Unit Pembelajaran Digital di bawah bidang Bahagian Pembelajaran Instruksional dan Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
CeLT dicipta untuk membantu penerapan agenda eLearning / Blended Learning di semua Politeknik Malaysia. Dengan ibu pejabatnya berada di Putrajaya, CeLT juga memiliki studio produksi yang terletak di Politeknik METRO Kuala Lumpur.
CeLT percaya pada penggunaan teknologi untuk tujuan pembelajaran dan tidak semestinya pembelajaran didorong oleh kemajuan teknologi dan perkara ini dapat dilihat dari motto-nya, – Inspirasi Pembelajaran.
Objektif dan Misi CeLT
- Untuk menyediakan akses ke program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
- Untuk mengembangkan kurikulum yang diterajui oleh industri dan meningkatkan kesediaan siswazah melalui penglibatan industri yang diselaraskan.
- Untuk menghasilkan graduan yang seimbang dan giat melalui program pengajian yang dinamik dan lestari.
- Untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa melalui kolaborasi dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET.
Perkhidmatan yang disediakan CIDOS
Secara umumnya, CIDOS adalah sebuah portal sehentian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti yang berikut:
- LMS
- COME
- MOOC
- eDOLA
- Helpdesk
- Survey System dll
Secara umumnya, fungsi mempunyai pelbagai fungsi antaranya:
- Muat turun nota
- Menjawab kuiz secara online
- Menghantar tugasan secara onlie
- Berinteraksi dan berkomunikasi dengan pensyarah melalui fungsi chat dan forum
Pendaftaran ID Akaun ePembelajaran
Untuk makluman, sistem dan fungsi yang disediakan di portal CIDOS adalah terhad untuk penggunaan para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik sahaja.
Oleh itu, para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik hendaklah merujuk kepada pihak pengurusan tempat anda belajar untuk proses pendaftaran ID akaun untuk membolehkan anda log masuk di portal CIDOS.
Log masuk akaun CIDOS
- Layari portal CIDOS di pautan http://cidos.edu.my/
- Klik pada ikon Pengguna yang terletak di bahagian atas kanan
- Pilih “Login”. Sekiranya terlupa kata llaluan klik pada “orgot Password”
- Masukkan maklumat Usernama dan Passwrod
- Klik pada butang Login
Artikel berkaitan: UPU Online: Semak Keputusan & Rayuan Kemasukan STPM/Setaraf Sesi 2021/2022