CARA CHECK SCAMMER ONLINE (SEMAKMULE PDRM)
Sejak kebelakangan ini, banyak laporan polis yang diterima mengenai kes penipuan online melibatkan pelbagai jenis perniagaan, antaranya jual beli barang online, ‘booking’ homestay melalui media sosial yang dicari oleh orang persendirian atau kumpulan yang ingin menginap.
Adalah penting untuk semak scammer (nombor telefon, nombor akaun) apabila melakukan pembayaran transaksi secara dalam talian.
Pada masa kini, terdapat banyak cara si penjenayah atau scammer menipu pembeli dengan pelbagai modus operandi dan boleh dikatakan setiap hari ada sahaja rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.
Sebagai pembeli, kita haruslah bijak untuk mengenalpasti ciri-ciri scammer melalui kaedah-kaedah berikut:
- Menyemak nombor telefon scammer
- Menyemak nombor akaun scammer
Pengenalan Sistem CCID PDRM
Kebiasaannya, seorang scammer akan menggunakan nombor telefon yang sama (atau beberapa nombor telefon) bagi menjalankan penipuan mereka.
Adalah sukar untuk penjenayah ini mendaftarkan banyak nombor telefon kerana setiap pendaftaran nombor telefon memerlukan penggunaan kad pengenalan mereka untuk pengaktifan nombor telefon tersebut.
Pihak PDRM mempunyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang diwujudkan berdasarkan maklumat daripada laporan yang diterima oleh mangsa-mangsa penipuan secara online ini dalam portal CCID mereka.
CCID merupakan singkatan bagi Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.
Berikut dikongsikan cara untuk check scammer online melalui portal tersebut.
Cara Check Scammer Online Melalui Semakan Nombor Telefon
Portal CCID ini boleh diakses melalui pautan berikut https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi tujuan untuk semak scammer .
- Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
- Pilih kategori Nombor Telefon
- Masukkan nombor telefon yang ingin disemak
- Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan
- Klik “Semak Maklumat”
- Maklumat berrikut akan dipaparkan:
- “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
- Sekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.
Jika nombor telefon itu pernah dilaporkan, ia akan tertera di laman web seperti dalam paparan di bawah:
Nota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.
Rujuk video tutorial semakan di bawah:
Cara Check Nombor Akaun Scammer
- Layari portal CCID di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/
- Pilih kategori Akaun Bank
- Masukkan Nombor Akaun Bank yang ingin disemak
- Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan
- Klik “Semak Maklumat”
- Maklumat berrikut akan dipaparkan:
- “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
- Sekiranya nombor Akaun Bank tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.
Nota: Walaupun berkemungkinan nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor akaun orang lain sebagai tumpangan bagi menerima duit anda.
Baca juga:
- Awas Taktik Terbaru Scammer LHDN Guna Nombor Pejabat!
- Cara Buat Link Whatsapp (Tak Perlu Save Nombor)
Sekiranya anda kerap melakukan transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui pautan di bawah:
- Google Play – Untuk Android
Laporan Ke NATIONAL SCAM RESPONSE CENTER (NSRC)
NSRC merupakan pusat panggilan yang ditubuhkan bagi membantu menyekat pengaliran wang mangsa penipuan siber.
Talian ke NSRC di talian 997 beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari.
NSRC adalah gabungan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar terus peka dan waspada dengan helah scammer. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa scammer.