Baru-baru ini, seorang atlet paralimpik badminton Malaysia, Cheah Liek Hou telah mencatatkan sejarah yang sangat membanggakan dengan meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024.
Cheah Liek Hou berjaya menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia dalam perlawanan akhir dengan keputusan 21-13, 21-15.
Kemenangan ini adalah satu pencapaian luar biasa dan sangat membanggakan untuk Malaysia. Tahniah!
Jom kenali dengan lebih lanjut atlet hebat kita, Cheah Liek Hou.
BACA JUGA: Biodata Muhammad Shah Firdaus Sahrom – Atlet Basikal Malaysia
Siapa Cheah Liek Hou?
Cheah Liek Hou adalah seorang atlet badminton para Malaysia. Beliau di telah dilahirkan pada 8 Mac 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Disabliti yang dimilikinya (Erb’s palsy, yang menyebabkan kekuatan dan kestabilan tangan kanannya terjejas) tidak menjadi alasan untuk beliau terus cemerlang dalam bidang sukan kegemarannya, Badminton.
Berdasarkan sebuah tulisan yang ditulis oleh The Patriots Studios, Cheah sentiasa berusaha dan bersemangat bermain Badminton bagi membuktikan kebolehan dirinya.
“Masa sekolah dulu, saya selalu lawan dengan pemain yang sihat walaupun ramai ejek saya. Tapi itu tak pernah patahkan semangat saya, malah saya lagi berazam nak tunjuk yang saya boleh,”
– kata Cheah dalam satu temubual.
Cheah mula bermain badminton pada usia sembilan tahun dan menyertai pasukan badminton biasa ketika berusia 12 tahun.
Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menamatkan pendidikan pruniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mempunyai ijazah dalam komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia.
BACA JUGA: Biodata Azizulhasni Awang (Pocket Rocketman) #TerimaKasihDatoAzizul
Biodata Ringkas Cheah Liek Hou
Berikut dikongsikan biodata ringkas Cheah Liek Hou.
- Nama Penuh: Cheah Liek Hou
- Tarikh Lahir: 8 Mac 1988 (umur 36 tahun)
- Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
- Disabiliti: Mengalami Erb’s palsy, yang menyebabkan kekuatan dan kestabilan tangan kanannya terjejas
- Pendidikan: Menamatkan pendidikan pruniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil, memiliki ijazah dalam komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia
- Status Perkahwinan: Berkahwin dengan Dewi Febriana Tan
Pencapaian Utama
Cheah Liek Hou adalah pemenang pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
Pencapaian ini menjadikannya atlet Malaysia pertama yang meraih pingat dalam badminton di peringkat Paralimpik.
Beliau juga merupakan juara dunia sebanyak 14 kali dalam kedua-dua kategori perseorangan dan beregu.
Sukan Paralimpik:
Paris 2024: Pingat emas acara perseorangan lelaki SU5 (mempertahankan gelaran). Mengalahkan Suryo Nugroho dari Indonesia dalam perlawanan akhir, dengan keputusan 21-13, 21-15, menjadikannya pemenang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik 2024.
Tokyo 2020: Pingat emas acara perseorangan lelaki SU5. Menewaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan keputusan 21-17, 21-15.
Kejohanan Dunia
14 kali juara dunia dalam acara perseorangan dan beregu
Sukan Para Asia
2 kali pingat emas
Sukan ASEAN Para
Pingat emas pada usia 15 tahun
Fakta Menarik Cheah Liek Hou
1. Mula Bermain Badminton pada Usia 9 Tahun
Cheah Liek Hou mula bermain badminton pada usia sembilan tahun, bermula dengan bermain di halaman rumah dan di jalanan sehinggalah bkat dan semangatnya mula disedari oleh ibunya.
Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ibunya, Cheah kemudian menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk mendapatkan latihan yang lebih formal.
Pada usia 12 tahun, beliau menyertai pasukan badminton biasa (yang biasa tau, bukan yang paralimpik), bagi membolehkannya bersaing dengan pemain-pemain lain tanpa mengira kekurangan yang dimilikinya.
2. Hampir Berhenti Bermain pada 2015
Pada tahun 2015, Cheah hampir mengambil keputusan untuk berhenti bermain badminton setelah menyedari bahawa para-badminton tidak termasuk dalam senarai acara Sukan Paralimpik Rio 2016.
Pada msa tersebut, Cheah bekerja di sebuah syarikat sukan dan menjadikan bermain badminton sebagai aktiviti sambilan sahaja.
Namun, setelah para-badminton diiktiraf sebagai acara rasmi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah memutuskan untuk meninggalkan pekerjaannya dan memberi fokus sepenuhnya kepada sukan ini.
Disebabkan keputusan yang diambilnya, beliau harus melakukan pengorbanan yang besar dalam mengubah gaya hidup termasuklah menurunkan berat badannya bagi membina semula stamina.
3. Kisah Kejayaannya Diadaptasi Menjadi Filem Gold
Untuk pengetahuan anda, kisah Cheah Liek Hou yang inspiratif ini telah diadaptasi menjadi filem bertajuk Gold, yang diarahkan oleh Adrian Teh dan ditayangkan pada tahun 2024.
Dalam filem ini, Jack Tan memegang watak sebagai Cheah, manakala Farid Kamil berperanan sebagai jurulatihnya, Rashid Sidek.
Proses penggambaran melibatkan banyak wawancara dengan Cheah dan jurulatihnya untuk memastikan bahawa cerita yang dipaparkan adalah autentik dan memberi inspirasi.
Filem ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan.
4. Atlet Pertama Malaysia yang Memenangi Pingat Emas dalam Badminton di Sukan Paralimpik
Cheah Liek Hou telah berjaya mencipta sejarah sebagai atlet pertama Malaysia yang memenangi pingat emas dalam badminton di Sukan Paralimpik.
Kemenangannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 bukan sahaja menjadikannya pemenang pingat emas, tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu atlet paling berjaya dalam sejarah sukan para Malaysia.
5. Juara Dunia Sebanyak 14 Kali
Cheah Liek Hou adalah juara dunia sebanyak 14 kali, termasuk 8 kali dalam acara perseorangan dan 6 kali dalam acara beregu.
Beliau juga telah berjaya memenangi pelbagai kejohanan, termasuk kejuaraan dunia dan Sukan Para Asia, menjadikannya salah satu nama yang paling dikenali dalam dunia badminton para.
Kejayaan yang beliau kecapi membanggakan dirinya tetapi juga negara Malaysia. Cheah Liek Hou berjaya menjadi contoh inspiratif kepada atlet lain untuk mengejar impian mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Media Sosial Cheah Liek Hou- Jom Follow!
Anda boleh ikuti media sosial Cheah Liek Hou untuk mengetahui perkembangan terkini beliau dalam arena badminton paralimpik
- Instagram: cheahliekhou4956
- Facebook: https://www.facebook.com/CheahLiekHou/
Sumber:
- Wikipedia
- The Patriots Studios