KWSP Majikan – Login, Daftar, e-Caruman Pekerja

daftar majikan kwsp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENDAFTARAN KWSP UNTUK PEKERJA & MAJIKAN

Bagi pekerja swasta, majikan bertanggungjawab untuk melakukan caruman KWSP bagi pekerja mereka sama ada di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Perkara ini ada dinyatakan dengan jela dalam peraturan Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991:

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Majikan yang culas atau dengan sengaja enggan melakukan caruman boleh didakwa mengikut undang-undang di Malaysia.

Bila Majikan Perlu Daftar KWSP?

Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991. Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerja.

Majikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49/Sijil Pendaftaran oleh SSM). Majikan akan diberi:

  1. No. Rujukan Majikan
  2. Sijil Pendaftaran Majikan
  3. Notis Pendaftaran Majikan

Syarat Pendaftaran Majikan

Syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini adalah seperti berikut:

  1. Belum berdaftar sebagai Majikan KWSP
  2. Telah mempunyai pekerja yang bekerja
  3. Telah berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM
  4. Setiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang telah didaftarkan/direkodkan di SSM untuk pengesahan.

Cara Daftar KWSP Untuk Pekerja Anda

Caruman KWSP pekerja hanya boleh dilakukan setelah majikan mendaftarkan pekerja mereka dengan pihak KWSP.

Pendaftaran pekerja ini boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Pendaftaran melalui akaun i-Akaun majikan – Boleh dilakukan secara online dan kaedah ini hanya terpakai bagi pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang mempunyai kad pengenalan 7 dan 12 digit sahaja.
  2. Pendaftaran secara automatik melalui borang caruman bulanan (Borang A) – menguncimasuk MyKad dan Nama Pekerja sepertimana yang dinyatakan dalam MyKad
  3. Borang di kaunter KWSP
  4. Pendaftaran pekerja dengan MyKad – Pekerja perlu menghadirkan diri ke KWSP untuk pengesahan

Borang & Pendaftaran KWSP Majikan Online


KWSP 1 (MAJ)

Permohonan Pendaftaran Majikan


KWSP 1 (i)

Pendaftaran/Pengemaskinian maklumat i-Akaun


KWSP 3

Permohonan Pendaftaran Ahli


KWSP 3A

Permohonan Penyatuan Akaun Ahli


KWSP 19

Sijil Pendaftaran Majikan


Pengemaskinian Maklumat Majikan

Pertukaran Nama/Alamat Majikan


*Borang yang tidak dijumpai di dalam talian boleh di dapati di Kaunter KWSP ataupun sebagai notis kepada majikan.

e-Caruman KWSP Majikan

Dengan kemajuan teknologi, majikan kini boleh melakukan caruman KWSP pekerja menggunakan kemudahan dalam talian yang disediakan oleh KWSP yang diberi nama e-Caruman.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya tersedia bagi majikan yang sudah mendaftarkan akaun i-Akaun sahaja.

Sekiranya syarikat anda belum mempunyai akaun i-Akaun, maka anda perlulah mendaftar terlebih dahulu.

Kelebihan e-Caruman

kwsp pekerja

e-Caruman semestinya lebih mudah bagi para majikan menguruskan caruman KWSP pekerja mereka dan berikut merupakan beberapa kelebihan menggunakan e-Caruman berbanding kaedah konvensional:

  • Caruman boleh di buat bila-bila masa dan di mana jua
  • Cepat, selamat dan jimat kos
  • Ketepatan maklumat majikan dan ahli
  • Semakan status transaksi secara atas talian (online)
  • Mudah dan mesra pelanggan
  • Semakan dan pembetulan maklumat ahli yang tidak lengkap (CTML)
  • Semakan caj lewat bayar/dividen
  • Mendaftar pekerja

Semakan Slip Gaji Pekerja / e-Payroll

Memperkenalkan e-Payroll KWSP – satu penambahbaikan terbaru portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.

Perkhidmatan e-Payroll ini dibangunkan khas untuk membantu PKS yang menggunakan i-Akaun (Majikan) yang tidak mempunyai sistem penggajian atau kemampuan kewangan untuk menggunakannya.

Rujuk panduan di bawah untuk menggunakan sistem e-Payroll KWSP.

Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP dengan membuat Janji Temu Online atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman e-Caruman https://www.kwsp.gov.my/ms/employer/contribution/e-caruman

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut