Perkhidmatan langganan televisyen berbayar, ASTRO atau nama penuhnya All-Asian Satellite Televison and Radio Operator sering dikecam kerana gemar menayangkan program atau siaran yang sama secara berulang-ulang secara kerap.
Selain itu, kewujudan perkhidmatan seumpamanya dari UnifiTV, Netflix, Disney+ dan banyak lagi telah memberikan saingan yang sihat kepada Astro yang telah lama mendominasi perkhidmatan siaran televisyen berbayar di negara ini.
Sekiranya anda hendak menamatkan langganan ASTRO, anda perlu melakukannya dengan cara yang betul kerana segelintir pelanggan mendakwa masih menerima bil walaupun telah berhenti melanggan.
Terdapat beberapa cara untuk berhenti melanggan, terminat atau menutup akaun ASTRO anda dan kali ini kami akan kongsikan caranya.
Cara Terminate ASTRO Melalui Panggilan ke Customer Service Center
Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.
- Dail nombor 03-9543-3838
- Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila lakukan langkah-langkah berikut:
- Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
- Semak baki bayaran bil ASTRO anda
- Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
- Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
- Jelaskan baki bil anda (jika ada)
- Maklumkan kepadapihak operator hasrat anda untuk mnghentikan langganan
- Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
- Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan
Cara Terminate ASTRO Melalui Emel
Untuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan professional.
Pastikan anda memasukkan butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar ke pihak ASTRO:
- Alamat emel: [email protected]
- Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
- Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
- “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
- Sertakan butiran akaun ASTRO
- Nama pemilik akaun
- Nombor kad pengenalan
- Nombor akaun ASTRO
- Alamat
- No telefon
- Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera
Adakah kita wajar terminat akaun ASTRO?
Segalanya terpulang kepada anda kerana pada masa kini kita mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dengan 10 tahun lalu dimana perkhidmatan seperti Netflix, DisneyPlus dan seumpamanya belum wujud atau masuk ke Malaysia.
Apa-apa pun segalanya bergantung kepada keperluan dan status kewangan masing-masing kerana anda juga yang akan membayar bil setiap bulan.
Pertanyaan dan persoalan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau persoalan mengenai cara terminate ASTRO, sila layari halaman FAQ ASTRO dimana anda boleh menghubungi mereka melalui Chat di WhatsApp atau mengisi borang pertanyaan secara online.