Cara Solat Isyak – Niat & Bacaan Setiap Rakaat
Solat Isyak adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.
Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu Isyak. Solat ini merupakan solat fardhu terakhir yang ditunaikan pada setiap hari.
Apabila ditinggalkan, solat Isyak wajib digantikan semula dengan niat qada.
Berikut dikongsikan panduan lengkap cara solat isyak dengan betul dan tertib untuk panduan anda.
Waktu Mendirikan Solat Isyak
Menurut pendapat muktamad di dalam mazhab Imam al-Syafie, waktu bermulanya isyak adalah ketika hilangnya (tidak kelihatan) jalur merah di atas ufuk langit. Iaitu ketika tamatnya waktu solat maghrib.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma Rasulullah S.A.W bersabda:
وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ
Maksudnya: Dan Jibril A.S. solat isya’ bersamaku ketika mana hilangnya garisan merah di ufuk – Riwayat Abu Daud (393)
Di dalam riwayat yang sama, Nabi S.A.W bersabda:
وَصَلَّى بِيَ الْعِشَاءَ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْل
Maksudnya: Dan dia (Jibril) solat isya’ bersamaku sehingga satu pertiga malam. – Riwayat Abu Daud (393)
Dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.anha, Rasulullah S.A.W bersabda:
صَلُّوهَا فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَغِيبَ الشَّفَقُ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ
Maksudnya: Solatlah kalian (waktu Isya’) dalam tempoh hilangnya garisan merah sehinggalah satu pertiga malam. – Riwayat Al-Nasaie (536)
Pada zaman kini, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengetahui waktu masuk Isyak.
Anda boleh gunakan mana-mana aplikasi solat, melayari laman web https://www.e-solat.gov.my/, atau mendengar azan Isyak untuk mengetahui masuk waktu Isyak.
BACA JUGA: Cara Solat Zohor – Niat & Bacaan Setiap Rakaat
Cara Solat Isyak
Niat.
Lafaz niat solat Isyak adalah seperti berikut:
a) bersendirian
Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
b) berjemaah
Sahaja aku sembahyang fardhu isyak empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.
Rakaat Pertama
- Berdiri tegak dan menghadap kiblat.
- Mengangkat takbir atau dikenali sebagai Takbiratul Ihram (Allahu Akbar الله أكبر)
- Semasa mengangkat takbir, baca lafaz niat solat Zohor bersama.
- Membaca doa iftitah. Bacaan doa iftitah adalah seperti berikut:
- Membaca Surah Al Fatihah.
- Setelah selesai membaca Al Fatihah, baca surah pilihan anda.
- Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
- I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
- Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
- Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
- Sujud sekali lagi dan membaca:
- Kemudian berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat kedua.
Rakaat Kedua
1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat. Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
5. Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
6. Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
7. Sujud sekali lagi dan membaca:
8. Duduk tahiyat awal dan membaca:
9. Kemudian berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat ketiga.
Rakaat Ketiga
1. Rakaat ketiga juga dimulai dengan lafaz takbir setelah berdiri tegak.
2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
5. Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
6. Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
7. Sujud sekali lagi dan membaca:
8. Berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat keempat.
Rakaat Keempat
1. Rakaat keempat juga dimulai dengan lafaz takbir setelah berdiri tegak.
2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan.
3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan semasa rukuk:
4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ setelah berdiri tegak.
5. Sujud serta toma’ninah.
Bacaan semasa sujud:
6. Duduk antara dua sujud.
Bacaan semasa duduk antara dua sujud:
7. Sujud sekali lagi dan membaca:
8. Duduk tahiyat akhir dan membaca:
9. Memberi salam kanan dan kiri – السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Doa Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat, kita dianjurkan untuk beristighfar, bertasbih, tahmid dan takbir serta membaca ayatul qursi.
Anda boleh berdoa apa sahaja yang anda inginkan. Atau, rujuk contoh doa di bawah ini:
Maksudnya:
“Ya Allah, kami mohon kepada-Mu kebaikan seluruhnya yang disegerakan (di dunia) maupun yang ditangguhkan (di akhirat), yang kami ketahui maupun yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan seluruhnya yang disegerakan (di dunia) maupun yang ditangguhkan (di akhirat), yang kami ketahui maupun yang tidak kami ketahui.
Ya Allah, kami meminta kepada-Mu kebaikan yang diminta oleh hamba & Nabi-Mu (Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam) kepada-Mu. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang hamba dan Nabi-Mu berlindung kepada-Mu darinya.
Ya Allah, kami meminta kepada-Mu syurga dan apa saja yang mendekatkan kepadanya; baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa saja yang mendekatkan kepadanya; baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan kami memohon kepada-Mu agar menjadikan setiap ketetapan (takdir) yang Engkau tetapkan untuk kami sebagai (takdir) kebaikan.”
RUJUKAN: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1432