Cara Solat Asar – Niat & Bacaan Setiap Rakaat

SOLAT ASAR
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Solat Asar – Niat & Bacaan Setiap Rakaat

Solat Asar adalah merupakan salah satu solat fardhu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. 

Ia mempunyai 4 rakaat dan boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun berjemaah apabila sudah masuk waktu Asar.

Apabila ditinggalkan, solat asar wajib digantikan semula dengan niat qada. 

Berikut dikongsikan panduan lengkap cara solat asar dengan betul dan tertib untuk panduan anda. 

BACA JUGA: Bacaan Dalam Solat & Makna Bahasa Melayu

Waktu Mendirikan Solat Asar

Solat asar boleh ditunaikan sebaik sahaja masuk waktu asar. Pada zaman kini, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mengetahui waktu masuk asar. 

Anda boleh gunakan mana-mana aplikasi solat atau mendengar azan asar untuk mengetahui masuk waktu asar. 

Rujuk waktu solat: https://www.e-solat.gov.my/ 

Cara Solat asar 

Niat

Lafaz niat solat asar adalah seperti berikut:

a) bersendirian

Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

b) berjemaah

Cara Solat Asar – Niat & Bacaan Setiap Rakaat

Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) sebagai makmum tunai kerana Allah Ta’ala.

Rakaat Pertama

  1. Berdiri tegak dan menghadap kiblat. 
  1. Mengangkat takbir atau dikenali sebagai Takbiratul Ihram (Allahu Akbar الله أكبر) 
  1. Semasa mengangkat takbir, baca lafaz niat solat asar bersama. 
  1. Membaca doa iftitah.
  1. Membaca Surah Al Fatihah.
  1. Setelah selesai membaca Al Fatihah, baca surah pilihan anda. 
SOLAT ASAR
  1. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan semasa rukuk: 

  1.  I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ  setelah berdiri tegak. 
  1. Sujud serta toma’ninah. 

Bacaan semasa sujud:

  1. Duduk antara dua sujud. 

Bacaan semasa duduk antara dua sujud:

  1. Sujud sekali lagi dan membaca:
  1. Kemudian berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat kedua. 

Rakaat Kedua

1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat. Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua. 

2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan. 

3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan semasa rukuk: 

4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ  setelah berdiri tegak. 

5. Sujud serta toma’ninah. 

Bacaan semasa sujud:

6. Duduk antara dua sujud. 

Bacaan semasa duduk antara dua sujud:

7. Sujud sekali lagi dan membaca:

8. Duduk tahiyat awal dan membaca:

9. Kemudian berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat ketiga. 

Rakaat Ketiga

1. Rakaat ketiga juga dimulai dengan lafaz takbir setelah berdiri tegak. 

2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan. 

3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan semasa rukuk: 

4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ  setelah berdiri tegak. 

5. Sujud serta toma’ninah. 

Bacaan semasa sujud:

6. Duduk antara dua sujud. 

Bacaan semasa duduk antara dua sujud:

7. Sujud sekali lagi dan membaca:

8. Berdiri tegak semula setelah duduk istirahat (3 saat) untuk meneruskan rakaat keempat. 

Rakaat Keempat

1. Rakaat keempat juga dimulai dengan lafaz takbir setelah berdiri tegak. 

2. Membaca Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan. 

3. Rukuk serta toma’ninah. Semasa rukuk, belakang badan perlu rata (90 degree), pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan semasa rukuk: 

4. I’tidal serta toma’ninah. Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ, dan melanjutkan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ  setelah berdiri tegak. 

5. Sujud serta toma’ninah. 

Bacaan semasa sujud:

6. Duduk antara dua sujud. 

Bacaan semasa duduk antara dua sujud:

7. Sujud sekali lagi dan membaca:

8. Duduk tahiyat akhir dan membaca:

9. Memberi salam kanan dan kiri – السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Doa Selepas Solat

Selepas selesai menunaikan solat, kita dianjurkan untuk beristighfar, bertasbih, tahmid dan takbir serta membaca ayatul qursi. 

Anda boleh berdoa apa sahaja yang anda inginkan. Atau, rujuk contoh doa di bawah ini:

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. 

Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.  Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

RUJUKAN: https://www.waktusolat.digital/niat-solat 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut