Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Memperbaharui passport adalah langkah penting bagi setiap warganegara Malaysia terutamanya bagi yang ingin melancong ke luar negara.

Proses ini kini lebih mudah dengan adanya perkhidmatan dalam talian. Anda tidak perlu bersusah payah beratur menunggu giliran dan menghabiskan masa untuk menunggu.

Hanya dengan kehadiran internet, anda boleh memperbaharui passport secara dalam talian dengan mudah!

Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian di bawah.

Pengenalan – Apa Itu Pasport?

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Ia boleh dimohon di mana-mana Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Passport adalah LIMA(5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.

Cara Renew Passport di Malaysia

Sekiranya passport anda sudah hampir tamat tempoh, anda wajib memperbaharuinya secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah kelak. Terutamanya, apabila ada bercadang untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat. 

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Anda boleh rujuk langkah-langkah berikut untuk mengetahui cara renew passport secara online; 

1. Semak Tarikh Luput Passport

Langkah pertama sebelum memulakan proses pembaharuan adalah menyemak tarikh luput Passport anda. 

Pastikan Passport anda masih sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perjalanan anda. 

Jika tidak, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan.

2. Layari Portal MyOnline Passport

Untuk memulakan proses pembaharuan Passport secara dalam talian, layari portal MyOnline Passport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

Portal ini menyediakan kemudahan untuk memohon pembaharuan Passport tanpa perlu hadir ke pejabat imigresen, kecuali untuk pengambilan Passport yang telah siap.

3. Lengkapkan Borang Permohonan Online

Lengkapkan borang permohonan yang disediakan. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

4. Muat Naik Foto Pasport

Salah satu langkah penting dalam proses pembaharuan Passport adalah memuat naik foto bersaiz pasport. 

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Pastikan foto yang diambil memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. 

Anda juga boleh menggunakan aplikasi editor foto untuk memastikan gambar memenuhi spesifikasi yang diperlukan.

Berikut ialah spesifikasi yang perlu dipatuhi:

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.

5. Pilih Pejabat Pengambilan Pasport

Selepas melengkapkan borang permohonan dan memuat naik foto, anda perlu memilih pejabat imigresen di mana anda ingin mengambil Passport baru anda. 

Pastikan anda memilih pejabat yang paling dekat dan mudah diakses untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

6. Buat Bayaran Permohonan

Proses seterusnya adalah membuat bayaran permohonan menggunakan kad kredit atau debit. 

Pastikan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti untuk pengambilan Passport nanti.

7. Ambil Passport Baru

Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan tarikh dan waktu untuk mengambil Passport baru anda dari pejabat imigresen yang dipilih. 

Pada hari pengambilan, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti Passport lama, kad pengenalan (IC), dan resit pembayaran. 

Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu hadir bersama seorang penjaga untuk mengambil pasport.

Tempoh Pengeluaran Pasport

Pemohon boleh memilih untuk mengambil Passport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem.

Tarikh dan masa pengambilan passport akan   ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online

Waktu Serahan

Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Bayaran

  • 13 – 59 tahun : RM 200
  •  Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

Terma & Syarat Renew Pasport Online

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Passport 1966 (Akta 150).
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan Passport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, Passport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz Passport yang terbaharu.
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil Passport dengan mengemukakan kad pengenalan, Passport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan Passport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Passport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan Passport atas talian (MyOnline).

Keperluan Tambahan

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, Passport tersebut tidak akan diserahkan.

Pemberitahuan

Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.

Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.

Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-

  • Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.
  • Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web ‘MyOnline*Pasport’.
  • Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.

Tips Tambahan Untuk Renew Pasport Online

  1. Pastikan Maklumat Tepat: Semak semua maklumat yang diisi dalam borang permohonan untuk memastikan tiada kesilapan.
  1. Gambar Pasport: Ambil gambar Passport mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk mengelakkan permohonan ditolak.
  1. Dokumen Lengkap: Bawa semua dokumen yang diperlukan semasa pengambilan Passport untuk mengelakkan sebarang masalah.

FAQ – Cara Renew Passport Secara Online

Sila rujuk PDF di bawah sekiranya terdapat persoalan-persoalan mengenai cara renew passport secara online.

Sedang Merancang Percutian?

Passport dah siap, kini masa untuk bercuti!

Anda boleh gunakan Klook untuk merancang percutian anda dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Klook menawarkan pelbagai pakej pelancongan, tiket tarikan, dan aktiviti menarik di seluruh dunia. Tempah sekarang untuk menikmati diskaun istimewa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Klook.com

Maklumat Lanjut

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan mengikuti panduan ini, proses pembaharuan passport anda akan menjadi lebih mudah dan lancar.

Sumber:

  1. Pasport Malaysia Antarabangsa – Jabatan Imigresen Malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut