Cara Print Gambar Pasport Sendiri

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Print Gambar Pasport Sendiri

Tak lama lagi, anak-anak kita bakal memulai sesi persekolahan yang baharu.

Ketika inilah para ibu bapa sedang sibuk membuat pelbagai persiapan termasuklah menyediakan gambar pasport anak.

Kalau anak seorang, mungkin anda boleh terus buat di kedai gambar berdekatan.

Tapi kalau anak yang bersekolah sampai 3 ke 4 orang, banyak juga modal yang perlu dikeluarkan.

Maklumlah,  4 keping gambar untuk anak seorang sahaja sudah menelan kos sehingga RM 16!

Itu belum ditambah lagi dengan masalah anak yang kuat meragam atau susah untuk diajak bergambar. Lebih-lebih lagi yang baru nak masuk tadika.

Jadi, kalau nak senang dan jimat, anda bolehlah print gambar passport DIY dari rumah. Mudah sahaja caranya!

Jom kita tengok cara-cara yang dikongsikan oleh Nana Ruzanna di Facebook. Menurut kaedah yang dikongsikan, kos yang digunakan tak sampai RM 2!

Baca Juga : MyOnline Pasport: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online

Cara Print Gambar Pasport

Cara Print Gambar Pasport Sendiri Dari Rumah

Sebelum kita mula, pastikan anda mempunyai :

Smartphone

Untuk anda ambil gambar dengan resolusi yang cantik.

PC atau Laptop

Anda akan gunakan PC atau laptop untuk edit gambar dan print gambar.

Printer Dengan Ink Berwarna

Tak kisah apa-apa brand asalkan ada setting untuk print menggunakan glossy paper.  

Photo Glossy Paper

Anda boleh dapatkan photo glossy paper bersaiz A4  secara online di Shopee atau Lazada dengan harga kurang daripada RM 10 untuk 20 keping. Tak kisah apa-apa jenama sekalipun.

Cara Edit Gambar Passport  

  • Setelah anda berjaya dapatkan gambar yang cantik dan sesuai untuk dijadikan gambar pasport, pergi ke laman web fococlipping.com untuk buang background gambar.
  • Muat naik gambar anak ke laman web tersebut.
  • Website ini akan buang background gambar secara automatik.
  • Seterusnya, crop gambar untuk dapatkan saiz yang diinginkan.
  • Pilih warna background yang anda mahukan dengan menekan butang Background.
  • Bila sudah selesai edit, tekan butang Download untuk muat turun gambar dalam bentuk PNG atau JPG.

Cara Duplicate Gambar Pasport

  • Kemudian, untuk duplicate gambar dalam satu A4 paper, pergi ke pautan makepassportphoto.com.
  • Di ruangan Select Country, pilih Malaysia. Kemudian di ruangan Select Document Type, pilih Passport.
  • Seterusnya, tekan pilihan Free iaitu yang paling bawah dan tekan butang Get Photo.
  • Di laman seterusnya, muat naik gambar anak yang anda sudah edit tadi.
  • Untuk paper size, pilih A4 kerana kita akan print dalam saiz tersebut. Kemudian, tekan butang Next.
  • Di laman berikutnya, anda boleh adjust kedudukan gambar. Seterusnya, anda boleh adjust brightness gambar dan sebagainya.
  • Skip bahagian Dress Up.
  • Tekan butang Download untuk muat turun gambar.
  • Gambar siap untuk dicetak menggunakan glossy paper. Pastikan anda tetapkan setting pada photo glossy paper dan pilih highest quality untuk dapatkan gambar passport yang cantik.
Cara Print Gambar Pasport

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Sumber :

Facebook Nana Ruzanna

Youtube : DIY gambar pasport:- edit dan print gambar pasport anak

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut