Orang Islam perlulah tahu cara mandi wajib yang sempurna agar kita boleh membersihkan diri daripada hadas besar.
Mandi wajib juga dikenali sebagai mandi junub atau mandi hadas.
Oleh itu, cara melakukan mandi ini juga tidak boleh dipanding ringan.
Mandi wajib adalah cara orang Islam membersihkan diri daripada hadas besar seperti keluar mani, haid bagi wanita dan bersetubuh. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, solat anda tidak sah!
Kita perlulah memastikan kita mandi hadas mengikut cara yang betul dan sempurna bagi memastikan ibadah kita diterima Allah SWT.
Untuk mandi hadas, air mutlak perlulah digunakan.
Sebab Perlu Mandi Hadas
- Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
- Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)
- Keluar darah Haid bagi wanita.
- Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
- Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
- Mati kecuali mati syahid
- Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”)
Artikel berkaitan: Panduan Qiamullail (Ibadah / Solat Malam) – JAKIM
Rukun Mandi Wajib
- Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat.
- Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Niat Mandi Wajib
Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah:
Ertinya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.
Lafaz niat yang lain:
Ertinya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah:
Ertinya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”
Bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah
Ertinya: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Artikel berkaitan: Panduan Solat Hajat : Hukum, Niat & Doa Lengkap (JAKIM)
Langkah-langkah
Berikut merupakan langkah-langkah dan cara mandi wajib yang sempurna mengikut panduan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa (untuk melakukan solat) ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiramnya 3 kali dengan air.
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.
Sumber: Portal myHadith JAKIM
Waktu Terbaik Mandi Wajib Selepas Haid
Hampir semua wanita mengalami haid, tapi dah yakin ke ketika kita mandi wajib tu, kita sudah betul-betul suci?
Kalau nak tahu masa terbaik untuk mandi hadas, jom kita fahami apa yang diperkatakan oleh Ustazah Siti Aisyah dengan lebih lanjut.
Mandi Junub Lepas Subuh, Sah Tak Puasa?
Mandi junub lepas Subuh, sah tak puasa pada hari itu? Jom kita dengarkan jawapan daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid @ddaniyaldbiyajid dalam episod 1 Tanya Ustaz Don.