Cara Kempiskan Perut Cepat Sebelum Raya, 12 Tips Berguna

cara kempiskan perut
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagaimanakah cara kempiskan perut bagi lelaki dan perempuan?

Raya bakal tiba, pasti semua tidak sabar untuk tampil bergaya bersama baju baru. Kunci utamanya untuk tampak menarik di pagi raya adalah hilangkan perut buncit dan boroi

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara kempiskan perut dengan pantas dan mudah dan jenis buah-buahan yang boleh dijadikan snek harian.

Baca juga:

Kenapa perut boleh buncit?

Perut buncit, boroi, beer belly atau juga dikenali orang ramai dengan panggilan glamournya sebagai PHD (Perut Hala Depan) menjadi masalah bagi setiap orang tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Bila perut buncit memang agak sukar untuk menemukan saiz pakaian yang sesuai untuk bergaya.

Bukan setakat dari amalan pemakanan mengikut hawa nafsu, perut buncit juga boleh disebabkan oleh beberapa punca antaranya seperti:

  • pengumpulan lemak di bahagian perut
  • punca hormon estrogen
  • penyakit penghadapan seperti irritable bowel syndrome (IBS)
  • makan makanan berlemak tinggi dan makanan segera
  • makan makanan berkalori tinggi

Adakalanya perut buncit juga boleh mendatangkan kesakitan yang tertentu apabila ia merupakan simptom amaran kepada penyakit kronik tertentu.

Perut buncit tanda amaran penyakit

Mungkin tidak ramai tahu, sesetengah kes dari masalah perut buncit ini adalah berpunca dari masalah berikut:

  • kanser perut
  • gastritis
  • ulser gastrik
  • kanser gastrousus atau kolorektal
  • jangkitan parasit
  • sindrom usus
  • disfungsi usus
  • gangguan sistem lain seperti tiroid dan diabetes

Cara kempiskan perut cepat

Terdapat beberapa cara untuk kempiskan perut dengan cepat dan mudah. Antaranya adalah seperti:

1. Senaman kardiovaskular

Senaman kardiovaskular juga dikenali sebagai senaman ketahanan badan atau senaman aerobik.

Ia berfungsi untuk menguatkan jantung. Antara contohnya adalah seperti berlari, berjalan kaki, berenang, atau berbasikal untuk membakar lemak dan membina otot, termasuk di kawasan perut.

2. Latihan kekuatan

Melakukan latihan kekuatan yang menumpukan kepada kawasan perut seperti sit-up, crunches, dan plank untuk menguatkan otot-otot perut dan membentuk bentuk yang lebih ramping.

3. Kurangkan kalori

Mengawal pengambilan kalori harian dengan makan makanan yang lebih sihat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak serta bergula.

4. Makan dalam kuantiti yang sedikit

Makan dalam portion kecil tetapi kerap untuk mengelakkan daripada terlalu kenyang dan menggalakkan pembakaran lemak.

5. Makanan yang rendah glikemik

Memilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk mengelakkan peningkatan gula darah yang mendadak dan mengurangkan penimbunan lemak di kawasan perut.

6. Kurangkan pengambilan gula

Mengurangkan pengambilan gula tambahan dalam minuman dan makanan untuk mengurangkan lemak perut yang disebabkan oleh gula.

7. Peningkatan pengambilan serat

Makan lebih banyak makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh untuk mengurangkan pembentukan lemak di kawasan perut.

8. Minum air secukupnya

Pastikan anda meminum air secukupnya kerana kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

9. Tidur yang cukup

Dapatkan tidur yang mencukupi kerana kurang tidur boleh meningkatkan hormon ghrelin yang meningkatkan nafsu makan dan menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

10. Kurangkan Stres

Amalkan teknik pengurangan stres seperti meditasi, yoga, atau aktiviti rekreasi untuk mengurangkan pengeluaran hormon kortisol yang boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

11. Elakkan makanan proses

Cara kempiskan perut yang berikutnya adalah kurangkan pengambilan makanan olahan yang tinggi dalam gula tambahan, lemak tepu, dan garam yang boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

12. Pantau Pengambilan Alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

Buah untuk kempiskan perut

Cara kempiskan perut yang lain juga boleh dilakukan dengan pengambilan buah-buahan tertentu seperti berikut:

1. Kiwi

Buah kiwi ini mengandungi enzim yang membantu memecahkan protein untuk membolehkan ia bergerak dengan lebih mudah melalui sistem anda.

2. Pisang

Pisang mengandungi kalium yang tinggi membantu mengimbangi natrium dan menghalang pengekalan air yang boleh datang daripada makan-makanan masin. 

Selain itu buah ini juga mengandungi serat untuk membantu mengurangkan sembelit dan mengekalkan bakteria usus yang sihat.

3. Betik

Betik mengandungi papain, iaitu enzim lain yang membantu memecahkan protein dalam saluran penghadaman anda.

4. Timun

Timun mengandungi kira-kira 95% air. Ia dikatakan boleh menghalang pengekalan air dan mengurangkan kembung perut yang disebabkan oleh dehidrasi.

5. Avokado

Avokado mengandungui nutrien yang banyak seperti folat, vitamin C dan K, kalium, mineral yang penting dalam mengawal keseimbangan cecair dan paras natrium untuk mengelakkan pengekalan air.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan induce bersalin dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Nak Kekal Slim? Ini 8 Cara Kempiskan Perut Yang PASTI Berkesan! My Sihat
  2. How To Reduce Bloating And Feel Better Fast, According To Experts. Woman Health
  3. Foods to Help You Debloat. Eating Well
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut