Cara Menjawab ‘Expected Salary’ Dalam Permohonan Kerja

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

“Expected salary” atau dalam bahasa Melayu, Gaji Jangkaan adalah antara soalan yang paling kerap ditanya dalam sesi temuduga kerja.

Soalan ini mungkin nampak mudah, tapi sebenarnya rumit dan memerlukan anda bersedia dengan jawapan yang padu.

Jika gaji yang diminta, sudah pastilah akan merugikan diri anda sementara jika gaji yang dimina pula terlalu tinggi, terdapat risiko bakal majikan tidak akan mengambil anda bekerja dengan mereka dengan alasan tidak mempunyai bajet untuk gaji yang dimohon.

Lalu bagaimanakah cara untuk menjawab soalan berkaitan “expected salary” ini?

Berikut merupakan beberapa tips dan panduan untuk menjawab soalan yang mungkin membunuh peluang anda untuk mendapatkan sesuatu jawatan itu.

expected salary

Cara Menjawab ‘Expected Salary’ Dalam Permohonan Kerja

1. Selidik gaji untuk jawatan yang dipohon

Oleh disebabkan kebanyakan majikan tidak menyatakan sebarang maklumat gaji dalam iklan kerja, anda mungkin perlu menyelidik informasi dengan lebih terperinci.

Berapakah purata gaji untuk jawatan/pekerjaan yang ditawarkan?

Oleh boleh bertanyakan kenalan anda atau gunakan portal carian kerja seperti LinkedIn, Jobstreet, dan sebagainya.

Sumber: Jobstreet.com

2. Minta butiran lanjut dan faedah

Jangan takut untuk bertanya tentang butiran kerja dan faedah jawata yang dipohon.

FIkirkan tentang faedah yang anda akan dapat dan berapa nilainya dalam pekerjaan.

Kemudian, cipta jawapan anda berdasarkan butiran tersebut.

Dalam sesetengah kes, expected salary yang ditawarkan mungkin sedikit rendah daripada jangkaan anda tapi jika dicampurkan dengan segala elaun, gaji kasar anda boleh jadi jauh lebih besar daripada expxected salary yang dipohon.

3. Pastikan letak anggaran gaji

Cara terbaik untuk menjawab soalan yang menakutkan ini adalah memberi ganjaran gaji, contohnya “antaranya RM3000 hinggan RM3500”.

Ini menunjukkan bahawa anda fleksibel dan bersedia untuk mendapat sebulat jawapn daripada ajikan anda tanpa berasa kecewa.

Selain itu, memberikan anggaran gaji yang relevan untuk jawatan beserta pengalaman anda membuktikan anda telah melakukan penyelidikan.

Contoh Jawapan Untuk Pertanyaan ‘Expected Salary’

Sekiranya anda seorang graduan baru, berikut merupakan antara jawapan bagus untuk anda pertimbangkan:

apakah cara jawab tulis expected salary

UNTUK GRADUAN BAHARU (TIADA PENGALAMAN KERJA)

“I appreciate the chance to interview for this position, and the salary is not priority. Since I am just starting my career, I am more focused on gaining knowledge and experience. Ideally, my monthly should be starting at RM2,500 – does that align with your budget for the position?”.

ATAU

“Thank you for asking. My baseline annual salary expectation is RM2500. I feel that this aligns with the industry average in this area and matched my skill set, experience and the value I can bring to the company.”

cara expected salary

UNTUK CALON YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA

“I trust that your company is offering salaries that are competitive in today’s job market. Since I bring over ten years of experience and a proven track record of exceeding sales goals, I would like my salary to reflect this. My ideal salary would be in the range of RM4,000 to RM5,000 monthly. But I am flexible with my expectations and would like to learn more about the perks and benefits you offer.”

ATAU

“Thank you for asking. My baseline annual salary expectation is RM4000. I feel that this aligns with the industry average in this area and matches my skill set, experience and the value I can brong to the company.”

Sumber: Selangor Kerjaya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut