Pilot merupakan salah satu pekerjaan yang popular dan ramai yang ingin menjadi seorang pilot, namun tahukah anda bagaimana cara jadi pilot?
Terdapat beberapa cara untuk menjadi seorang pilot terutamanya di bawah syarikat penerbangan komersil.
Berikut dikongsikan cara dan bagaimana seseorang individu itu boleh merealisasikan impian untuk menjadi seorang juruterbang atau pilot.
Maksud Pilot
Pilot atau juruterbang merupakan seorang yang menerbangkan sebuah pesawat udara untuk tujuan keselamatan atau pekerjaan.
Pilot yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira perjalanan itu jauh atau dekat.
Tugas Pilot
Antara tugas seorang pilot adalah seperti berikut:
- Memeriksa keselamatan pesawat sebelum penerbangan
- Mengendalikan pesawat semasa penerbangan
- Membuat keputusan berdasarkan faktor cuaca dan keselamatan,
- Berkomunikasi dengan kru pesawat dan pemandu kawalan trafik udara
- Memastikan keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan penerbangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa penerbangan tempatan dan antarabangsa.
Jenis Lesen Pilot
Untuk pilot, terdapat tiga jenis lesen iaitu PPL, CPL dan Frozen ATPL.
Private Pilot License (PPL)
Lesen ini membolehkan pilot menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah.
Mereka boleh memohon Lesen PPL sekiranya kamu mahu menjadikan bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh membawa penumpang.
Jangka masa penerbangan yang harus dibuat untuk lesen ini ialah 50 jam.
Commercial Pilot License (CPL)
Lesen ini membolehkan pilot tersebut dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil.
Mereka harus membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying Training Organization.
Mereka juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Airline Transport Pilot License (ATPL)
Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan.
Sekiranya kamu berjaya di peringkat ini, mereka sudah layak menjadi ‘First Officer’ atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.
Laluan Kerjaya Menjadi Pilot
Bagi pilot MAS, terdapat 3 laluan kerjaya untuk menjadi pilot di syarikat tersebut iaitu:
Laluan 1: Lepasan SPM
- Lulus SPM dengan “A” dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, “B” dalam Fizik atau mana-mana “A” dalam Sains, “B” dalam mana-mana dua mata pelajaran lain, lulus dalam BM, dan minimum 5 mata pelajaran SPM atau setaraf.
- Memohon sebagai Pilot Kadet di MAG
- Melepasi Ujian 1
- Melapasi Ujian 2
- Melepasi Ujian 3
- Lulus Ujian Kesihatan
- Berjaya memasuki sekolah penerbangan
Laluan 2
- Memohon Kadet APTL dengan MAG
- Melepasi Ujian 1
- Melapasi Ujian 2
- Melepasi Ujian 3
- Berjaya terpilih dalam pool pilot kadet MAG
Laluan 3: Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan atau Kos Berasaskan Sains
- Lulus SPM dengan “A” dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, “B” dalam Fizik atau mana-mana “A” dalam Sains, “B” dalam mana-mana dua mata pelajaran lain, lulus dalam BM, dan minimum 5 mata pelajaran SPM atau setaraf.
- Mendapat CGPA 3.0 dan ke atas di IPT.
- Memohon sebagai Pilot Kadet di MAG.
- Melepasi Ujian 1
- Melapasi Ujian 2
- Melepasi Ujian 3
- Lulus Ujian Kesihatan
- Berjaya memasuki sekolah penerbangan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon menjadi seorang pilot adalah seperti berikut:
- Berumur 18 hingga 24 tahun.
- Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.
- Menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik.
- Mempunyai rekod kesihatan yang baik.
- Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna
- Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut untuk mengetahui cara jadi seorang pilot, sila layari laman web https://madeinuitm.com/bagaimana-hendak-menjadi-juruterbang-edisi-lepasan-spmstpm/.
Baca juga: Cara Jadi Cikgu: Laluan Kerjaya & Syarat Kelayakan