Cara Hilangkan Mengantuk pada Waktu Pagi

mengantuk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mengantuk merupakan satu keadaan yang pastinya akan dialami oleh setiap individu tidak kira tua atau muda. Ia selalunya berlaku ketika kita melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan seperti di tempat kerja atau di sekolah.

Keadaan ini boleh menyebabkan produktiviti seseorang itu terganggu, yang seterusnya boleh menyebabkan kesihatan mental dan fizikal mereka merundum. Berikut merupakan beberapa cara untuk anda mengatasi rasa ngantuk tersebut.

Cara Menghilangkan Mengantuk

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut:

1. Mendapatkan Tidur yang Cukup

Semestinya mendapatkan tidur yang secukupnya merupakan kaedah paling penting dalam mengatasi rasa mengantuk pada siang hari. Bagi individu dewasa, anda perlu memastikan anda mendapat tidur yang secukupnya iaitu sekitar 7 hingga 9 jam.

Tidur yang berkualiti ini akan dapat membantu memulihkan tenaga dan meningkatkan fokus dan konsentrasi anda, yang seterusnya mengelakkan anda dari rasa mengantuk.

2. Minum Air Secukupnya

Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan seseorang itu lebih mudah merasa letih dan mengantuk. Oleh itu, amat pentung untuk kita memastikan tubuh sentiasa terhidrasi dengan baik.

Baca berkenaan cuti bersalin bagi pegawai kerajaan di SINI.

3. Melakukan Senaman Ringan

Jika anda merasa mengantuk di tempat kerja atau sewaktu sedang belajar, anda juga boleh bangun melakukan senaman ringan bagi menghilangkan rasa ngantuk tersebut.

Senaman ringan seperti berjalan kaki dan merenggangkan badan boleh meransang aliran darah ke otak dan meningkatkan pengeluaran endorfin, yang dapat membuat kita berasa lebih segar dan bersemangat.

4. Menjaga Pemakanan Anda

Selain memastikan anda mendapat tidur yang cukup, anda juga perlu menjaga pemakanan anda bagi mengurangkan rasa mengantuk sewaktu anda sedang bekerja atau belajar.

Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan roti putih akan menyebabkan anda cepat merasa letih berbanding dengan makanan tinggi serat dan protein, yang dapat memberikan tenaga yang berpanjangan dan membantu anda untuk kekal fokus.

5. Mengambil Rehat Secara Berkala

Bagi mereka yang bekerja dalam jangka masa yang panjang, mengambil rehat secara berkala adalah penting. Berehat selama beberapa minit setiap jam boleh membantu mengurangkan keletihan mental dan mengembalikan tumpuan.

Aktiviti rehat seperti berjalan sekeliling pejabat, melakukan senaman regangan, atau sekadar menarik nafas dalam-dalam dapat memberikan penyegaran yang diperlukan yang seterusnya mengelakkan anda dari rasa mengantuk.

Anda juga sangat digalakkan untuk tidur atau power nap selama 10 – 20 minit pada waktu tengahari bagi mengurangkan rasa mengantuk selepas waktu rehat.

mengantuk
Sumber: Tanya Dr Syid

6. Mengatur Suasana Kerja

Suasana kerja juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan rasa mengantuk. Pencahayaan dan pengudaraan yang baik akan membantu mencipta persekitaran yang lebih kondusif.

Jika di pejabat, anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengubah posisi atau tempat duduk setiap kali anda mula merasa ngantuk. Perkara ini juga membantu dalam memberikan perspektif baru buat anda.

7. Menggunakan Aromaterapi

Aromaterapi dengan penggunaan minyak pati seperti peppermint atau lemon dapat memberikan kesan penyegaran dan meningkatkan kewaspadaan. Menghirup aroma ini semasa bekerja atau belajar dapat membantu merangsang deria dan mengurangkan rasa mengantuk.

Bagi anda yang tidak mempunyai alatan aromaterapi atau minyak pati boleh aromaterapi ini, anda boleh dapatkan di Shopee dengan harga yang sangat berpatutan.

mengantuk

Mengatasi rasa mengantuk memerlukan pendekatan yang holistik, melibatkan pengurusan tidur, pemakanan, dan aktiviti fizikal. Dengan mengamalkan cara-cara ini, individu bukan sahaja dapat menghilangkan rasa ngantuk tetapi juga meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut