Akibat cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini, ramai di antara kita yang mudah alami batuk dan kegatalan pada tekak. Pelbagai cara sudah dilakukan namun ia masih belum berkurangan sehingga menggangu aktiviti harian.
Apa kata anda cuba beberapa cara hilangkan batuk yang kami ingin kongsikan ini? Ia juga sangat mudah untuk dipraktikkan dari rumah. Ayuh kita lihat beberapa caranya.
5 Cara Hilangkan Batuk Dengan Mudah Di Rumah
1. Minum Air Suam
Sejak dahulu lagi ramai yang mengamalkan minuma air suam untuk melegakan batuk.
Air suam terutamanya the yang dicampur dengan lemon, halia atau madu mampu memberikan kesegaran pantas dan mungkin dapat meredakan masalah batuk serta rasa tidak selesa pada tekak.
Ketika anda sedang batuk, anda juga sangat disarankan untuk minum air secukupnya bagi membantu paru-paru mengeluarkan lendir dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan.
2. Halia
Halia merupakan salah satu herba popular dalam perubatan tradisional. Kandungan antiradang pada halia membuatkannya sesuai untuk digunakan bagi meredakan batuk basah, asma dan batuk kering.
Pada masa yang sama, bahan aktif dalam halia juga mampu merehatkan sel membran pada saluran pernafasan dan sekaligus mengurangkan masalah batuk.
Meskipun begitu, anda perlu ingat bahawa halia boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut. Jadi, anda perlulah menggunakannya secara waspada.
3. Bernafas Dengan Wap Air Panas
Penggunaan wap air panas juga merupakan satu cara hilangkan batuk yang ramai orang praktikkan.
Caranya mudah sahaja, sediakan air panas di dalam mangkuk, kemudian bernafas dengan udara wap yang dihasilkan daripada air panas tersebut.
Untuk mengelakkan wap keluar bebas dan membantu anda hirup udara wap dengan lebih baik, anda boleh tutup kepala menggunakan tuala.
Selain itu, anda juga disarankan untuk mandi menggunakan air panas dan bernafas dalam bilik air dengan wap tersebut.
4. Kumur Dengan Air Garam
Garam bukanlah berfungsi sebagai penambah rasa dalam hidangan semata-mata, malah ia memiliki sifat antiseptik semula jadi yang berupaya untuk membunuh kuman termasuk virus dan bakteria.
Oleh sebab itulah ramai yang mengamalkan petua berkumur dengan air garam bagi mencegah batuk dan rasa gatal dalam tekak.
5. Gunakan Madu
Madu adalah satu ramuan semulajadi yang sangat popular dan kaya dengan pelbagai khasiat. Ia bukan sahaja bahan yang sering digunakan dalam rawatan tradisi malah, terdapat banyak produk ubat-ubatan yang berasaskan madu.
Sebuah kajian juga mendapati bahawa madu asli mempunyai potensi yang lebih baik untuk menghilangkan batuk berbanding ubat batuk dextromethorphan.
Terdapat pelbagai cara hilangkan batuk yang anda boleh cuba di rumah. Kebanyakan kaedah ini juga bakal memberikan kelegaan segera dan mengurangkan kahak serta kegatalan pada tekak.
Namun, jika anda masih mengalami batuk berpanjangan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Sumber : WebMD, doctoroncall