Cara Guna ChatGPT AI Untuk Jana Penulisan & Marketing

CARA GUNA CHATGPT

ChatGPT secara rasminya telah diumumkan oleh OpenAI pada 30 November 2022 yang lalu.

Setelah diumumkan, ChatGPT atau “Optimizing Language Model for Dialogue” telah mendapat perhatian dan trafik yang hebat, menyebabkan banyak perbincangan di platform dalam talian mengenainya.

Apakah keajaiban ChatGPT yang membuatkan orang ramai tergila-gilakannya? Dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan chatbot ini secara terperinci.

Apa itu ChatGPT?

ChatGPT ialah model bahasa yang dibangunkan oleh OpenAI yang boleh digunakan untuk tugas pemprosesan bahasa semula jadi seperti penjanaan teks dan terjemahan bahasa.

Ia berdasarkan model GPT-3.5 (Generative Pretrained Transformer 3.5), yang merupakan salah satu model bahasa terbesar dan paling maju yang tersedia pada masa ini.

Salah satu ciri utama ChatGPT ialah keupayaannya untuk menjana respons teks seperti manusia yang menjadikannya berguna untuk pelbagai aplikasi, seperti mencipta bot sembang untuk perkhidmatan pelanggan, menjana jawapan kepada soalan dalam forum dalam talian, atau bahkan mencipta kandungan diperibadikan untuk siaran media sosial.

Fungsi dan Kelebihan

Dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan, aplikasi ini akan memberi respon atau jawapan untuk setiap pertanyaan yang anda kemukanan seperti:

Penjanaan teks: Boleh digunakan untuk menjana respons teks seperti manusia kepada gesaan, yang menjadikannya berguna untuk mencipta bot sembang untuk perkhidmatan pelanggan, menjana respons kepada soalan dalam forum dalam talian atau bahkan mencipta kandungan diperibadikan untuk siaran media sosial.

Terjemahan bahasa:Boleh digunakan untuk tugas terjemahan bahasa yang tepat dan lancar.

Ringkasan teks: Boleh digunakan untuk menjana ringkasan dokumen atau artikel yang panjang – berguna untuk mendapatkan gambaran keseluruhan teks dengan cepat tanpa perlu membaca keseluruhan dokumen.

Analisis sentimen: Boleh digunakan untuk menganalisis sentimen teks tertentu – berguna untuk memahami nada dan emosi keseluruhan sesuatu penulisan, atau untuk mengesan sentimen maklum balas pelanggan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

Bagaimana Ia Membantu Perniagaan / Pemasaran (Marketing)?

Bagi yang tertanya-tanya, apa potensi yang boleh dilakukan oleh AI ini untuk mengembangkan perniagaan?

Antaranya adalah:

  1. Menghasilkan konten yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
  2. Menganalisis teks atau maklumat yang berguna untuk pelanggan
  3. Menentukan trend data pelanggan
  4. Menjimatkan masa untuk memberi jawapan automatik kepada pertanyaan pelanggan

Cara Guna ChatGPT

Untuk menggunakan ChatGPT, anda perlu mempunyai akses kepada OpenAI API.

Setelah anda memperoleh API, anda boleh menggunakan model ChatGPT dengan menghantarnya gesaan dalam bentuk rentetan teks.

Model itu kemudiannya akan menjana respons berdasarkan maklumat yang telah dilatih.

Ikuti langkah-langkah berikut sekiranya anda baru pertama kali ingin menggunakannya:

  1. Buka laman web ChatGPT di pautan https://chat.openai.com/chat
  2. Daftar akaun dan log masuk (jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh log masuk terus)
  3. Klik ChatGPT di bahagian bawah sebelah kiri
  4. Klik “Try it now di halaman chat.openai.com
  5. Masukkan soalan yang anda perlu tanya atau topik yang ingin dijana dalam kotak input di bahagian bawah

Sila rujuk panduan bergambar berikut:

Buka laman web ChatGPT di pautan https://chat.openai.com/chat

Isikan soalan atau topik yang anda inginkan dalam ruang yang disediakan.

Contohnya “high demand job 10 years from now”

Jawapan anda akan dijanakan oleh AI.

Tidak terhad kepada Bahasa Inggeris sahaja, anda juga boleh mengisikan soalan dalam Bahasa Melayu.

Jika anda ingin mendapatkan jawapan yang berbeza, anda juga boleh menekan butang ‘Regenerate response’.

Mudah dan menarik kan?

Selamat mencuba!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!