Cara Daftar TikTok Affiliate Program Malaysia

Cara Daftar TikTok Affiliate Di Malaysia

TikTok kini bukan sahaja berfungsi sebagai aplikasi hiburan dan media sosial semata-mata. Malah, ia juga menjadi platform untuk membeli belah sejak TikTok Shop diperkenalkan.

Adakah anda berminat untuk jana pendapatan sampingan sebagai TikTok Affiliate?

Jangan risau, anda tak perlu menjual atau simpan stok seperti peniaga lain.

Anda hanya perlu hasilkan content bersesuaian dan letak pautan untuk promosikan produk.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara daftar TikTok Affiliate secara lebih lanjut.

Baca Juga : Cara Daftar Tiktok Shop & Mula Berniaga Secara Percuma

Kelebihan TikTok Affiliate

Antara kelebihan yang anda boleh nikmati sebagai TikTok affiliate adalah :

  • Anda tak perlu keluarkan sebarang modal.
  • Anda tak perlu pegang stok atau produk, hanya promosikan link produk di video anda.
  • Anda akan dapat komisyen mengikut peratusan mungkin 10%, 20% atau 50%. Komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik jika pelanggan buat pembelian menggunakan link anda.
  • Anda tak perlu berhubung dengan penjual produk kerana sistem ini berfungsi secara automatik.
  • Anda tak perlu terlibat dalam urusan jual beli atau pengeposan barang.

Cara Daftar TikTok Shop

Sebelum mendaftar sebagai TikTok Affiliate, anda perlu mendaftar TikTok Shop terlebih dahulu. Ini adalah salah satu syarat yang anda perlu ikuti.

Terdapat dua cara untuk daftar TikTok Shop iaitu :

  • Untuk pemegang akaun dengan followers seramai 1,000 ke atas
  • Untuk pemegang akaun dengan followers sedikit atau 1,000 ke bawah

Ayuh kita lihat cara daftar untuk pemegang akaun dengan followers lebih 1,000 ke atas terlebih dahulu.

Cara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)

  • Masuk ke aplikasi TikTok, pergi ke akaun dan tekan pada tiga garis bertindih yang ada di bahagian kanan atas.
  • Pilih ‘Creator tools’. Di laman seterusnya, tekan TikTok Shop.

Syarat Jadi Tiktok Affiliate (Untuk Akaun Lebih 1,000 Followers)

Anda akan dipaparkan dengan dua syarat untuk jadi affiliate iaitu seperti berikut :

  1. Berusia 18 tahun ke atas
  2. Mempunyai lebih 1,000 followers
  • Teruskan proses dengan Tick pada Terma dan Syarat dan tekan butang Apply.
  • Pada laman seterusnya, klik pada butang ‘Start Earning’.
  • Kemudian, masukkan nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan anda.

Cara Daftar TikTok Shop (Untuk Akaun Kurang 1,000 Followers)

  • Pergi ke pautan https://seller-my.tiktok.com
  • Masukkan nombor telefon, alamat e-mel dan kata laluan
  • Sebelum anda tekan Submit, pastikan negara yang dipaparkan di laman adalah Malaysia. Sekiranya salah, anda tidak dibenarkan untuk ubah.
Cara Daftar TikTok Affiliate
  • Satu nombor telefon hanya layak mendaftar untuk satu akaun TikTok Shop sahaja.
  • Seterusnya, anda perlu pilih sama ada mendaftar secara individu (Individual) atau syarikat (Corporate).
  • Sekiranya anda mendaftar secara individu, anda perlu muat naik gambar kad pengenalan dan butiran akaun bank simpanan.
  • Sekiranya anda mendaftar sebagai syarikat, anda perlu muatnaik sijil SSM dan butiran akaun perniagaan.
  • Pendaftaran sebagai individu tidak boleh ditukar ke syarikat dan sebaliknya setelah selesai.
  • Anda perlu menunggu emel sebagai tanda verifikasi atau pengesahan dalam masa 24 jam.

Setelah pengesahan akaun selesai, anda perlu pautkan TikTok Shop dengan profil anda.

Cara Pautkan TikTok Shop Dengan Profil

  • Pergi ke Settings dan tekan ‘Linked TikTok accounts’, kemudian pilih ‘Marketing Accounts’.
  • Seterusnya masukkan TikTok username anda (langkah ini untuk profil dengan kurang 1,000 followers sahaja)
  • Kemudian, tekan Send Invitation.
  • Selepas itu, pergi ke Inbox, kemudian tekan Activity. Seterusnya tekan All activity dan pilih From TikTok.
  • Seterusnya, tekan Monetization : new request. Kemudian, tekan New Request (pilihan paling atas) dan tekan butang ‘Accept Request’ dalam masa 48 jam.
  • Kemudian, ikon beg untuk TikTok Shop akan muncul di profil anda.

Cara Tambah Produk Affiliate Untuk Promosi Barang

Bila dah ada TikTok Shop, anda tak semestinya perlu berniaga.

Sebaliknya, anda boleh sertai program affiliate untuk promosikan produk daripada TikTok Shop lain.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk tambah produk affiliate :

  • Pergi ke profile dan tekan lambang beg TikTok Shop. Tekan butang Enter.
  • Seterusnya, klik ‘Add Affiliate Products’.
  • Pada laman seterusnya, cari produk yang anda ingin promosikan. Anda juga boleh taipkan nama TikTok Shop yang anda ingin sertai sebagai Affiliate.
Cara Daftar TikTok Affiliate
  • Seterusnya, anda boleh lihat senarai produk yang anda boleh promosikan.
  • Anda juga boleh lihat komisyen yang akan diterima bagi setiap 1 produk yang terjual.
Cara Daftar TikTok Affiliate
  • Tekan Add untuk masukkan produk ke dalam TikTok Shop anda.
  • Kini, anda boleh mula hasilkan content yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing untuk promosikan produk sebagai Affiliator.

Sumber :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!