Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2025
e-Filing akan bermula 1 Mac ini. Sebelum boleh buat e-Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.
Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN?
Adakah anda layak dikenakan cukai?
Tahukah anda, kebanyakan bantuan Kerajaan juga akan disalurkan dengan rekod percukaian anda.
Daftar cukai LHDN tidak bererti anda perlu membayar cukai. Ini kerana anda hanya MELAPORKAN pendapatan anda, jika mencecah kadar tertentu, maka barulah perlu bayar cukai.
Terkini, difahamkan segelintir rakyat Malaysia tidak lulus bantuan eMadani RM100 kerana tidak melaporkan pendapatan. Rugi kan?
Jadi, jom ketahui lebih lanjut tentang persoalan ini dan panduan daftar cukai LHDN melalui artikel ini.
Siapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN
Seseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang :
- Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 (selepas potongan KWSP)
- Individu yang menjalankan perniagaan perseorangan
- Individy yang menjalan perniagaan perkongsian bersama dua atau lebih pihak
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran:
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
- Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
- Lapor Pendapatan Tahunan
- Bayar Cukai Pendapatan
KENYATAAN MEDIA: PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2025
28 FEBRUARI 2025
Cara Daftar Cukai & e-Filing LHDN 2025
Nak declare income tax perlu submit borang cukai B atau BE. Berikut dikongsikan cara untuk daftar LHDN terlebih dahulu.
LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
Kena ada nombor cukai pendapatan. Kalau tak tahu boleh semak dahulu.
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
i) PENDAFTARAN ONLINE
- dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Kad Pengenalan (IC) bagi warganegara Malaysia
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
ii) PENDAFTARAN MANUAL
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
- Manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut
- Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)
- Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
- Penyata pendapatan/slip gaji
LANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL
Jika belum mempunyai sijil digital, mohon melalui salah satu kaedah berikut:
- e-CP55D: Mohon terus melalui laman web MyTax.
- e-KYC: Pengecaman wajah menggunakan aplikasi mudah alih.
Langkah untuk memohon menerusi laman web MyTax adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://mytax.hasil.gov.my
- Sila Pilih Jenis Pengenalan
- Masukkan nombor pengenalan dan klik “Hantar”. Paparan “ Sijil Digital Tidak Wujud “ akan dipaparkan.
- Sila pilih e-CP55D – Borang permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian melalui laman web MyTax
- Lampirkan salinan kad pengenalan bewarna muka hadapan dan belakang dan klik hantar
- Sila semak email dan klik link yang diberi dan buat kata laluan.
Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
Info tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.
Sila rujuk manual penuh :
LANGKAH 3 : LOG MASUK KE MYTAX
- Pergi ke laman web MyTax (https://mytax.hasil.gov.my).
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Klik butang Log Masuk.
LANGKAH 4 : ISI BORANG E-FILING 2025
- Setelah log masuk, cari menu e-Filing dan klik e-Borang Tahun 2024.
- Anda akan dibawa ke halaman Borang Nyata Individu.
- Lengkapkan borang dalam lima bahagian utama:
- Bahagian 1: Maklumat Peribadi
- Pastikan nama, alamat, nombor IC, nombor telefon dan e-mel adalah betul.
- Pilih kategori cukai individu (contoh: pekerja makan gaji, bekerja sendiri, perniagaan).
- Bahagian 2: Pendapatan
- Masukkan jumlah pendapatan tahunan berdasarkan penyata gaji (EA Form) atau sumber lain.
- Jika bekerja dengan lebih daripada satu majikan, pastikan semua pendapatan dimasukkan.
- Bahagian 3: Pelepasan Cukai
- Isi semua pelepasan cukai yang layak seperti perbelanjaan perubatan, pendidikan anak, pembelian komputer, insurans hayat, dan caruman KWSP.
- Rujuk senarai pelepasan cukai terbaru untuk memastikan tiada yang terlepas.
- Bahagian 4: Cukai Kena Bayar atau Lebihan Bayaran
- Sistem akan mengira jumlah cukai yang perlu dibayar atau jika terdapat lebihan bayaran.
- Jika ada lebihan, pastikan akaun bank dikemaskini untuk pemulangan bayaran lebih.
- Bahagian 5: Semakan dan Penghantaran
- Semak semua maklumat dengan teliti dalam Bahagian Rumusan.
- Gunakan pilihan Cetak Draf untuk memastikan semua maklumat telah diisi dengan betul.
- Jika semuanya betul, klik butang Tandatangan & Hantar.
- Pastikan simpan salinan borang yang telah dihantar sebagai rujukan.
- Bahagian 1: Maklumat Peribadi
- Bayaran Cukai (Jika Perlu)
- Jika terdapat baki cukai yang perlu dibayar, lakukan pembayaran melalui:
- FPX di dalam portal MyTax.
- Perbankan internet (Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, dll.).
- Kaunter bank yang menerima bayaran cukai.
- Kaunter LHDN jika ingin membayar secara tunai atau cek.
- Simpan resit pembayaran untuk rujukan.
- Jika terdapat baki cukai yang perlu dibayar, lakukan pembayaran melalui:
- Semakan Status & Pemulangan Lebihan Cukai
- Log masuk ke MyTax dan semak status pemprosesan e-Filing.
- Jika terdapat lebihan bayaran, LHDN akan memproses pemulangan melalui kredit terus ke akaun bank.
- Pastikan maklumat akaun bank dikemaskini dalam portal MyTax.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh melengkapkan e-Filing cukai pendapatan dengan mudah dan tepat untuk tahun 2025. Pastikan anda menghantar borang sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan penalti! Selamat mengisi e-Filing!
Jenis Taksiran
Berikut adalah pilihan jenis taksiran bagi individu:
- Diri Sendiri : bagi individu berstatus bujang / janda / balu / duda / individu berkahwin yang pasangannya tiada punca pendapatan
- Berasingan : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir berasingan
Bersama Atas Nama Suami / Isteri : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir bersama.
Taksiran Bersama boleh dipilih sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi :
- Suami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas dan tidak berhenti tinggal bersama dalam tahun asas tersebut;
- Mempunyai jumlah pendapatan untuk diagregatkan dengan jumlah pendapatan suami / isteri;
- Suami / isteri yang memilih taksiran bersama mesti warganegara Malaysia, jika tidak bermastautin;
- Pengagregatan jumlah pendapatan hanya boleh dibuat dengan seorang isteri sahaja.
Bagi penjelasan cara pengiraan cukai, semakan boleh dibuat di pautan di bawah:
Ketetapan Umum No. 6/2018 : Percukaian Individu Bermastautin Bahagian III – Pengiraan Cukai Pendapatan Dan Cukai Kena Bayar.
Rujuk cara melaporkan pendapatan e-Filing melalui artikel berikut: