Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2024
e-Filing akan bermula 1 Mac ini. Sebelum boleh buat e-Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.
Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN?
Adakah anda layak dikenakan cukai?
Tahukah anda, kebanyakan bantuan Kerajaan juga akan disalurkan dengan rekod percukaian anda.
Daftar cukai LHDN tidak bererti anda perlu membayar cukai. Ini kerana anda hanya MELAPORKAN pendapatan anda, jika mencecah kadar tertentu, maka barulah perlu bayar cukai.
Terkini, difahamkan segelintir rakyat Malaysia tidak lulus bantuan eMadani RM100 kerana tidak melaporkan pendapatan. Rugi kan?
Jadi, jom ketahui lebih lanjut tentang persoalan ini dan panduan daftar cukai LHDN melalui artikel ini.
Siapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN
Seseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang :
- Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
- Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
- Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
- Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
- Individu yang menjual/membeli hartanah
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
- Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
- Lapor Pendapatan Tahunan
- Bayar Cukai Pendapatan
NOTA PENTING: Jika anda belum pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM tetapi telah memulakan perniagaan atau mempunyai pendapatan, anda boleh menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 yang kini dibuka sehingga 31 Mei 2024 tanpa dikenakan penalti. (Skrol ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini)
Cara Daftar Cukai & e-Filing LHDN 2024
Nak declare income tax perlu submit borang cukai B atau BE.
Berikut dikongsikan cara untuk daftar LHDN terlebih dahulu.
LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
Kena ada nombor cukai pendapatan. Kalau tak tahu boleh semak dahulu.
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
i) PENDAFTARAN ONLINE
- dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
ii) PENDAFTARAN MANUAL
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
- Manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan.
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut
- Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran)
- Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
- Penyata pendapatan/slip gaji
LANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL
Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:
- Mendapatkan nombor PIN melalui :
- Dalam talian menerusi Maklum Balas Pelanggan HASiL, https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/ atau
- Cawangan HASiL yang berdekatan.
- Melampirkan dokumen berikut dalam permohonan :
- Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
- Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.
LANGKAH 3 : WUJUDKAN KATA LALUAN E-FILING
Sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my
Pengaktifan akaun MyTax adalah lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.
Info tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS 2.0)
Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan.
Tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 adalah mulai 06 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.
Pembayar cukai yang layak untuk menyertai PKPS 2.0 adalah seperti berikut:
BIL. | PEMBAYAR CUKAI YANG LAYAK | TAHUN TAKSIRAN YANG LAYAK | KAEDAH |
1 | Pembayar cukai baharu | Tahun Taksiran 2022 dan ke belakang | Semakan nombor pengenalan cukai (TIN) secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Daftar di Portal MyTax. Sekiranya belum mempunyai TIN, buat pendaftaran melalui perkhidmatan e-Daftar di Portal MyTax atau dimana-mana kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran. Kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) / Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) sama ada secara e-Filing / e-CKHT atau BNCP / BNCKHT manual.Sila klik: Portal MyTax |
2 | Pembayar cukai sedia ada yang pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM tetapi terdapat BNCP / BNCKHT yang tidak dikemukakan bagi mana-mana tahun taksiran yang lain. | BNCP – Tahun Taksiran 2021 dan ke belakangBNCKHT – Tahun Taksiran 2022 dan ke belakang | Kemukakan BNCP / BNCKHT sama ada secara e-Filing / e-CKHT atau BNCP / BNCKHT manual.Sila klik: Portal MyTax |
3 | Pembayar cukai sedia ada yang pernah melaporkan pendapatan kepada LHDNM tetapi mempunyai pendapatan tambahan yang tidak dilaporkan. | Tahun Taksiran 2021 dan ke belakang | Kemukakan pengakuan sukarela melalui pautan PKPS 2.0 di Portal Rasmi LHDNM / MyTax berkaitan pendapatan yang belum dilaporkan berserta Lampiran Borang Pelaporan Pertambahan Pendapatan PKPS 2.0 dan pengiraan cukai. Pengiraan cukai hanya perlu dikemukakan oleh pembayar cukai kategori fail syarikat, perniagaan dan perkongsian. Bagi pembayar cukai yang membuat pengakuan sukarela untuk isu-isu harga pindahan dalam tempoh PKPS 2.0, perlu mengisi Borang Pengakuan Sukarela Bagi Kes Harga Pindahan. |
4 | Pembayar duti yang tidak membuat penyeteman dokumen / perjanjian dalam tempoh penyeteman yang dibenarkan. | Dokumen / perjanjian yang telah disempurnakan (ditandatangani) pada atau sebelum 01 Mei 2023 untuk penyeteman mulai 06 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. | Pembayar duti perlu mengemukakan dokumen / perjanjian untuk disetemkan melalui Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) https://stamps.hasil.gov.my/. Selepas mendapat Notis Taksiran, permohonan rayuan penalti perlu dikemukakan melalui STAMPS bagi melayakkan tawaran penalti di bawah PKPS 2.0. |
https://mytax.hasil.gov.my/ezHasil
Rebat Cukai
Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.
No | Rebat Cukai | Tahun Taksiran 2001 – 2008(RM) | Tahun Taksiran 2009 & Seterusnya(RM) |
a | Taksiran Berasingan Isteri Suami | – 350 350 | – 400 400 |
b | Taksiran Bersama Isteri Suami | – 350 350 | – 400 400 |
Jumlah | 700 | 800 | |
b | Taksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan Isteri Suami | – 350 350 | – 400 400 |
Jumlah | 700 | 800 |
Lain-Lain Rebat Cukai
No | Rebat Cukai | (RM) |
a | Zakat/Fitrah | Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan |
b | Levi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011) | Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan |
c | Levi pelepasan bagi perjalanan umrah/perjalanan tujuan bagi keagamaan agama lainTerhad kepada 2 kali perjalanan | Kelas PenerbanganASEAN [RM]ASEAN [RM]Selain ASEAN [RM]Ekonomi820Selain Ekonomi50150 |
Jenis Taksiran
Berikut adalah pilihan jenis taksiran bagi individu:
- Diri Sendiri : bagi individu berstatus bujang / janda / balu / duda / individu berkahwin yang pasangannya tiada punca pendapatan
- Berasingan : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir berasingan
Bersama Atas Nama Suami / Isteri : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir bersama.
Taksiran Bersama boleh dipilih sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi :
- Suami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas dan tidak berhenti tinggal bersama dalam tahun asas tersebut;
- Mempunyai jumlah pendapatan untuk diagregatkan dengan jumlah pendapatan suami / isteri;
- Suami / isteri yang memilih taksiran bersama mesti warganegara Malaysia, jika tidak bermastautin;
- Pengagregatan jumlah pendapatan hanya boleh dibuat dengan seorang isteri sahaja.
Bagi penjelasan cara pengiraan cukai, semakan boleh dibuat di pautan di bawah:
Ketetapan Umum No. 6/2018 : Percukaian Individu Bermastautin Bahagian III – Pengiraan Cukai Pendapatan Dan Cukai Kena Bayar.
Mohon share supaya ramai yang tahu terutama peniaga-peniaga dan mereka yang bekerja sendiri.
Rujuk cara melaporkan pendapatan e-Filing melalui artikel berikut: