Anda pernah check saman tertunggak?
Untuk mengelakkan saman terkumpul, anda boleh membuat semakan untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai saman yang tertunggak dan segera membuat bayaran terutamanya ketika tempoh ditawarkan diskaun atau promosi.
Sekarang dah ada banyak cara semak saman Polis, JPJ atau AES dengan mudah dan pantas, semuanya di hujung jari!
Cara ini memang sangat membantu sebab kita tak perlu lagi ke kaunter dan boleh terus membuat bayaran sekaligus melalui kemudahan atas talian ini.
Berikut kami kongsikan lima cara anda boleh semak saman sama ada saman trafik PDRM, JPJ atau AES secara online dan SMS.
BACA JUGA: Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2024
Cara Semak Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Jom kami kongsikan 7 cara untuk anda check saman secara online atau melalui SMS tanpa perlu ke kaunter.
1. Semakan Saman Polis Di MyBayar PDRM
Perkhidmatan digital terkini MyBayar PDRM bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Cara-cara membuat semakan saman di Portal MyBayar PDRM adalah seperti berikut:
- Layari Portal MyBayar PDRM : https://mybayar.rmp.gov.my
- Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.Log masuk setelah selesai mendaftar.
- Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
- Buat Pembayaran secara online.
Kadang-kadang kalau ada diskaun, boleh dapat diskaun dari RM250 jadi RM50 saja!
Kalau nak tahu bila ada diskaun saman ni, kenalah follow update terkini dan join Channel WhatsApp Kami!
Korang yang cari sticker roadtax yang murah TAPI berkualiti, bolehlah tengok kat SINI. Harga bermula RM0.37 je tau.
2. Cara Check Saman Melalui Portal MyEG
- Layari laman web MyEG.
- Daftar akaun baru atau log masuk jika sudah mempunyai akaun.
- Anda boleh pilih menu “Jabatan Pengangkutan Jalan” atau “Polis Diraja Malaysia” untuk menyemak saman yang berkaitan.
- Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.
- Klik “Semak” untuk melihat saman tertunggak.
3. Cara Semak Saman Melalui Portal MySikap
Semakan saman JPJ dan AES boleh dibuat melalui portal MySikap di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
- (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
- Senarai saman akan dipaparkan sekiranya nama dan kenderaan anda direkodkan dalam sistem.
Kalau nak tengok langkah terperinci daripada daftar akaun dan semakan saman di MySikap step-by-step, rujuk je artikel ni : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi talian 03-8000 8000.
Bagi anda yang sedang mencari helmet cantik yang selamat, ada cop SIRIM dan JPJ-approved, rujuk senarai DI SINI.
4. Cara Semak Saman Melalui Portal Rasmi JPJ
- Kunjungi laman web JPJ.
- Klik pada “Saman” di menu utama.
5. Cara Semak Saman Melalui Aplikasi MyJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Play Store atau Apple App Store.
- Log masuk ke akaun atau daftar akaun baru.
- Pilih “Semakan Saman”.
- Masukkan maklumat kenderaan atau nombor IC untuk melihat saman.
6. Cara Check Saman Melalui SSO-PDRM
Portal Sistem Semakan Online (SSO) yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam menyemak status perkhidmatan polis, termasuk Status Laporan Polis dan Status Saman Trafik.
Untuk menggunakan Portal SSO, sila layari: http://sso.rmp.gov.my/.
Pengguna baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Setelah itu, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Untuk menyemak saman, klik pada ikon ‘Status Saman’ dan masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan anda.
7. Cara Semak Saman Trafik melalui SMS
A. Check Saman PDRM
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.
B. Check Saman JPJ
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] ke 15888.
Cara Dapatkan Diskaun Saman Polis
Kebiasaannya, pihak PDRM akan mengadakan diskaun atau promosi bagi menggalakkan orang awam menjelaskan bayaran saman.
Untuk mendapatkan maklumat ini, kita perlu peka dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak mereka.
Untuk mendapatkan update terkini tentang diskaun saman polis, anda boleh follow Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).