Cara Buat Link Telegram (Direct Message / Join Channel)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ingin tahu cara buat link Telegram bagi memudahkan pengguna lain join Channel anda atau menghanta direct message kepadda anda?

Sebagai pengguna Telegram, anda boleh membuat link khas untuk memudahkan kenalan anda untuk Direct Message anda atau menjemput mereka menyertai Channel milik anda.

Ianya begitu mudah dan artikel ini akan menunjukkan anda cara buat link Telegram dengan hanya beberapa klik sahaja.

Apa itu aplikasi Telegram?

Telegram ialah sistem pemesejan segera (IM) berasaskan awan merentas platform yang menyediakan pehidmatan seperti panggilan video yang disulitkan hujung ke hujung, VoIP, perkongsian fail dan beberapa ciri lain.

Ia telah dilancarkan untuk iOS pada 14 Ogos 2013 dan Android pada Oktober 2013 sebelum diperrluas ke platform lain seperti Windows, macOS dan Linux.

Pada Januari 2021, Telegram melepasi 500 juta pengguna aktif bulanan dan ia merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada Januari 2021 dengan 1 bilion muat turun di seluruh dunia setakat akhir Ogos 2021.

Fungsi “Channel” di Telegram

cara buat link telegram

Sekiranya anda pengguna Telegram, ada pastinya tahu kewujudan Channel dan Group dalam aplikasi Telegram. Apakah beza antara keduanya?

Fungsi “Group” di Telegram adalah satu kumpulan di mana anda boleh menambah sehingga 200,000 ahli. Setiap ahli kumpulan boleh menghantar mesej dalam Group tersebut.

Tetapi “Channel” Telegram pula ialah platform untuk menyiarkan mesej kepada khalayak yang besar di mana tiada had yang ditetapkan untuk sesiapa sahaja mengikuti Channel tersebut.

Dalam Channel juga, hanya pemilik Channel sahaja yang boleh menulis dan menghantar mesej sementar ahli yang lain hanya boleh membaca mesej yang dihantar.

Secara umumnya Channel lebih sesuai bagi pemilik produk, blog, laman sesawang atau sesiapa sahaja yang mempunyai pengikut yang ramai dan gemar mengemaskini perkembangan terbarru kepada para pengikut mereka melalui aplikasi Telegram.

Bagi memudahkan pemilik Channel mengajak orang ramai menyertai Channel mereka, anda boleh membuat lin khas bagi memudahkan orang ramai untuk menyertai Channel tersebut.

Pemilik Channel boleh copy dan paste sahaja link tersebut di posting mereka di media sosial. Pengguna yang mengklik link tersebut akan dibawa terus ke Channel tersebut di Telegram.

Secara umumnya, apabila anda mendaftarkan Channel anda, link untuk Channal tersebut secara automatiknya akan ada. Berikut langkah untuk mencari link tersebut:

  1. Buka Channel anda
  2. Klik pada ikon titik tiga pada sebelah atas dan kanan skrin ada
  3. Klik pada View Channel Info
  4. Kemudian, anda dapat melihat link khas untuk Channel anda yang boleh disalin dan dikongs di media sosial anda. Format link tersebut adalah “t.me/channelsaya” (dimana “channelsaya” ada nama Channel anda

Bagi memudahkan orang lain menghantar Direct Message kepada anda, anda boleh mendapatkan custom link bagi akaun Telegram anda.

Pengguna yang mengklik link tersebut boleh menghantar terus mesej ke anda melalui aplikasi Telegram tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda terlebih dahulu.

  1. Buka aplikasi Telegram di telefon pintar anda
  2. Buka menu (lihat ikon tiga jalur pada bahagian atas kiri)
  3. Kik pada Settings
  4. Klik pada Username. Sekiranya belum menetapkan Username, boleh letak Username terlebih dahulu.
  5. Pada bahagian bawah, anda boleh lihat link dalam format https://t.me/username yang boleh di copy dan dikongsi di akaun media sosial anda

Artikel berkaitan: Cara buat link WhatsApp

Install aplikasi Telegram: https://web.telegram.org/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut