Adakah anda sedang mencari cara buang angin dalam badan? Dalam kebanyakan masa, ia dapat diatasi dengan mudah di rumah.
Terdapat juga beberapa buah-buahan dan ubat yang anda boleh ambil bagi mengurangkan masalah ini.
Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Apa Itu ‘Angin’?
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah masalah utama yang perlu dirisaukan.
Lazimnya, gas menyebabkan rasa kurang selesa, perut kembung, sendawa atau rasa mencucuk yang tiba-tiba datang dan pergi.
Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak didiagnosa.
Cara Pencegahan
Menurut KKM, kerap alami masalah “angin” dalam perut merupakan petanda anda alami masalah penghadaman.
Untuk mencegah masalah ini, anda perlu:
- “Mengaktifkan” pergerakan usus dengan aktif melakukan senaman dan aktiviti fizikal.
- Bantu makanan untuk dihadamkan dengan cepat dengan mengunyah makanan dan makan dengan perlahan.
- Elakkan sembelit dengan memastikan anda ambil makanan kaya fiber dan minum air secukupnya.
- Ambil makanan kaya probiotik.
- Pilih makanan yang menggunakan minyak yang sedikit dengan menggunakan kaedah memasak dengan cara merebus atau kukus
8 Cara Buang Angin Dalam Badan
1. Makan Buah Betik
Buah betik bukan sahaja manis dan berjus, malah ia juga merupakan salah satu buah yang mampu mengurangkan angin dalam badan.
Buah yang kaya dengan serat ini juga mengandungi enzim yang dipanggil papain bagi membantu badan menguraikan asid amino.
Ini bagi menggalakkan pencernaan yang sihat deta membantu mengelakkan masalah perut kembung.
2. Pengambilan Ubat-Ubatan
Ubat-ubatan seperti simethicone atau antacid boleh didapati di farmasi bagi mengurangkan masalah angin.
Selain itu, enzim penghadalam seperti laktase dapat membantu menghadamkan karbohidrat serta memboleh seseorang mengambil makanan yang boleh menyebabkan angin.
3. Kurangkan Tabiat Tertentu
Tanpa disedari, terdapat beberapa tabiat tertentu yang boleh menyebabkan seseorang cenderung untuk menelan lebih banyak udara.
Sebagai contoh tabiat makan gula-gula getah, gula-gula dan bercakap ketika makan.
Sekiranya anda memakai gigi palsu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai untuk dipakai.
4. Elakkan Makanan Yang Menghasilkan Angin
Untuk mengelakkan angin yang banyak dalam badan, anda perlulah hindari makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol.
Raffinose boleh didapati dalam beberapa makanan seperti kekacang dengan banyak gula kompleks.
Sayur-sayuran seperti kubis, brokoli. Kubis dan asparagus pula mengandungi fruktos. Pada masa yang sama, fruktos juga boleh dijumpai dalam bawang, buah pir, gandum serta sering digunakan sebagai pemanis dalam jus buah-buahan dan minuman minuman ringan.
Laktos pula adalah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan yang mengandungi susu seperti aiskrim dan keju.
5. Urutan
Teknik urutan telah diamalkan sejak turun temurun bagi membantu mengurangkan masalah angin. Dengan urutan yang betul, angin dalam badan seseorang boleh dikeluarkan dan mampu memberi kelegaan kepada orang yang mengalaminya.
Teknik urutan juga mungkin berbeza mengikut kawasan badan yang bermasalah seperti angin di bawah bahu, kepala dan perut.
Sekiranya tidak diurut dengan teknik yang betul, ia bukan sahaja menyebabkan rasa tidak selesa, malah ia boleh membuatkan keadaan yang bermasalah lebih teruk.
6. Makan Buah Nanas
Selain buah betik, buah nanas juga merupakan satu lagi buah-buahan tropika yang bagus untuk mengurangkan masalah angin dalam badan.
Kaya dengan khasiat seperti vitamin C, mangan dan vitamin B, nanas juga mengandungi sejenis enzim iaitu bromelain. Beberapa kajian mendapati bromelain mempunyai potensi untuk melawan keradangan dan sekaligus mengurangkan masalah seperti kembung perut.
7. Tukar Jenis Makanan
Tindakbalas tubuh terhadap makanan tertentu mungkin berbeza mengikut individu. Oleh sebab itulah mengapa sesetengah orang boleh nikmati makanan seperti nangka, keledek dan teh tanpa menyebabkan angin.
Untuk kenalpasti makanan yang menyebabkan angin, anda perlulah pantau pemakanan dan tindak balas tubuh.
Sekiranya makanan itu dapat dikenalpasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
8. Air Halia
Halia adalah antara herba yang sering digunakan secara turun temurun bagi mengatasi masalah angin.
Beberapa kajian turut mendapati halia mampu mempercepat pengosongan perut bagi mengelakkan perut kembung dan rasa kenyang.
Ia juga didapati kaya dengan enzim yang dipanggil zingibain yang mampu memecahkan protein dengan lebih berkesan untuk pencernaan yang lancar.
Meskipun terdapat pelbagai produk supplemen dan minuman segera dengan pati halia untuk kurangkan angin, namun anda digalakkan untuk minum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.
Anda juga boleh campurkan air halia bersama lemon dan madu untuk tingkatkan khasiatnya.
Terdapat banyak cara buang angin dalam badan yang anda boleh cuba di rumah.
Kebanyakan masa, ia boleh diatasi dengan segera. Namun, jika ia masih berlarutan sehingga mengganggu aktiviti harian, anda perlulah mendapatkan rawatan daripada doktor.
Sumber : Hello Doktor, Dr Zubaidi Hj Ahmad