Nombor ID Unik atau Nombor Pin UPU BSN diperlukan apabila anda mengisi Permohonan Secara Dalam Talian untuk ke institusi pengajian tinggi.
Terdapat beberapa cara mudah untuk anda membuat pembelian nombor ID unik BSN iaitu:
- Pembelian tunai di kaunter BSN
- Pembelian nombor pin UPU di mesin ATM
- Pembelian melalui kemudahan SMS
Di bawah ini diterangkan lebih lanjut cara membuat pembelian melalui ketiga-tiga cara di atas:
1. Pembelian Tunai Di Kaunter BSN
Salah satu cara beli no pin upu BSN ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Melalui ini, kita tak perlu ada akaun bank BSN.
Apa dokumen yang perlu dibawa ketika membuat pembelian?
Hanya perlu ada Kad Pengenalan.
Lepas tu, nanti kena isi borang pembelian tunai seperti sampel di bawah.
Mudah kan?
*Lihat sampel Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap di sini.
2. Cara Beli No Pin UPU BSN Melalui ATM
Kalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID UPU ini melalui ATM saja.
Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.
Bagaimana?
Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:
- Masukkan kad BSN.
- Pilih Beli Nombor ID (Pin).
- Pilih Program Kursus.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
- Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.
Jika anda dah ada akaun BSN dan ingin membuka akaun BSN online, sila rujuk di artikel ini : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
3. Cara Beli No Unik ID BSN Melalui SMS
Pengguna yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.
Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.
Untuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:
- Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
- Masukkan No. Pin dan pilih Urusan Lain
- Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
- Masukkan No. Telefon Bimbit
- Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
- SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
- Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
- Kemudian, SMS ke 36898 dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
- contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
- *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
Baca juga: Portal DELIMa KPM: Cara Login & Guna Pelbagai Fungsi Untuk PdPR
Tarikh Pembelian
Tarikh pembelian no pin BSN ini bermula pada Februari 2021 untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf.
Harga No Pin UPU BSN
Harga nombor pin BSN adalah bergantung kepada jenis program.
Untuk makluman, harga no pin upu BSN ialah RM15.60.
Jika anda membeli no pin untuk tujuan lain seperti pinjaman PTPTN, sila rujuk senarai harga no pin BSN seperti berikut:
*Lihat senarai Pembelian Pin BSN di sini.
Maklumat Lanjut
- Hubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 1300 88 1900
- Layari https://www.bsn.com.my/