Cara Baca Geran Tanah – Penting Untuk Pembeli Tanah!

Cara baca geran tanah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Baca Geran Tanah – Penting Untuk Pembeli Tanah!

Apabila bercakap mengenai geran, salah satu jenis geran yang pasti terlintas dalam fikiran ramai orang ialah geran tanah. 

Geran tanah ni bukan sahaja dokumen rasmi yang membuktikan hak milik seseorang, tetapi juga mengandungi pelbagai maklumat penting yang berkaitan dengan tanah tersebut.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai geran tanah dan cara membaca geran tanah yang betul melalui perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: Cara Baca Geran Rumah Di Malaysia & Kepentingannya

Apa Itu Geran Tanah?

Geran tanah merujuk kepada dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat pendaftar tanah, yang memberikan bukti pemilikan hak ke atas sebidang tanah. Geran ini mengandungi maklumat seperti lokasi, saiz, dan jenis hak milik tanah. 

kepentingan geran tanah tidak boleh dipandang ringan kerana ia melindungi hak pemilik dan memastikan bahawa tiada pihak lain yang boleh mengklaim hak ke atas tanah tersebut tanpa kebenaran.

Tanpa geran yang sah, pemilik mungkin menghadapi masalah undang-undang di masa hadapan, termasuk risiko kehilangan hak milik.

Cara baca geran tanah
Contoh Geran Tanah (Sumber: Ukur Tanah Pahang)

Sebagai contoh, dalam kes perwarisan, apabila seseorang meninggal dunia, geran tanah menjadi bukti yang sah bagi ahli keluarga untuk mewarisi tanah tersebut. 

Dalam kes transaksi jual beli, geran tanah memberikan jaminan bahawa pihak yang membeli tanah tersebut benar-benar memperoleh hak milik yang sah. 

Oleh itu, proses pemindahan hak milik tanah yang melibatkan geran tanah perlu melalui prosedur yang betul di pejabat pendaftar tanah untuk mengelakkan sebarang masalah di masa depan.

Kepentingan Geran Tanah

Cara baca geran tanah

Geran tanah memainkan peranan penting, antaranya ialah:

1. Pengiktirafan Hak Pemilikan: Geran tanah adalah dokumen yang mengesahkan siapa pemilik sah sesuatu tanah. Ia melindungi pemilik daripada sebarang tuntutan tidak sah atau penipuan.

2. Rujukan Undang-Undang: Geran tanah menjadi rujukan utama dalam sebarang pertikaian berkaitan tanah. Ia juga diperlukan untuk menyelesaikan isu perwarisan, pembelian, atau pajakan tanah.

3. Penilaian dan Perancangan Kewangan: Maklumat dalam geran tanah membantu menentukan nilai tanah bagi tujuan gadaian, pajakan, atau pelaburan. Pemilik juga dapat merancang kewangan, termasuk pembayaran cukai tanah.

4. Pematuhan Perundangan: Geran tanah menyatakan syarat nyata dan sekatan yang perlu dipatuhi, contohnya jenis kegunaan tanah. Pemilik yang tidak mematuhi syarat ini boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

5. Jaminan dalam Transaksi Hartanah: Dalam urusan jual beli, geran tanah memastikan pembeli mengetahui status tanah, seperti jenis pegangan sama ada kekal (freehold) atau pajakan (leasehold).

Cara Baca Geran Tanah

Membaca geran tanah mungkin kelihatan rumit bagi mereka yang tidak berpengalaman. Namun, dengan sedikit pengetahuan dan panduan, proses ini boleh menjadi lebih mudah. Mari mulakan. 

Geran biasanya terdiri daripada tiga muka surat:

1. Muka Surat Pertama: Maklumat Tanah

Muka surat ini memaparkan tajuk geran, no. hakmilik, cukai tahunan, maklumat tanah, keterangan lain, syarat nyata. 

Tajuk Geran 

Tajuk geran akan menunjukkan  jenis pegangan hakmilik. Terdapat 6 jenis hak milik tanah dengan kod tersendiri, iaitu:

cara abca geran tanah
Sumber: propertyguru

Maklumat Tanah

Maklumat tanah pula akan mengandungi:

  • Lokasi: Menunjukkan negeri, daerah, bandar, pekan, atau mukim di mana hartanah tersebut terletak.
  • Nombor Lot: Merujuk kepada nombor lot unik bagi tanah yang telah mempunyai geran. Jika belum ada geran, ia biasanya dirujuk sebagai nombor plot.
  • Saiz Tanah: Untuk kediaman atas tanah seperti banglo, rumah teres, atau semi-d, saiz ini merujuk kepada keluasan tapak tanah. Sebaliknya, bagi kediaman strata seperti kondominium, saiz merujuk kepada keluasan binaan (built-up area).
  • Kategori Penggunaan Tanah: Berdasarkan Seksyen 52 Kanun Tanah Negara 1965, tanah diberikan dalam tiga kategori utama, iaitu “pertanian,” “bangunan,” atau “industri,” dan kegunaan tanah mesti mematuhi kategori yang telah ditetapkan.

Keterangan Lain

Keterangan dalam geran tanah bertujuan untuk menguatkan peruntukan yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara. 

Syarat Nyata

Syarat Nyata merujuk kepada syarat atau peraturan yang jelas dan khusus yang dinyatakan dalam geran tanah atau dokumen hak milik.

Syarat nyata berfungsi untuk memastikan hak milik tanah dikendalikan dengan cara yang sah dan mematuhi peraturan undang-undang yang ditetapkan, dan ia penting untuk melindungi hak pemilik dan pihak berkepentingan lain.

2. Muka Surat Kedua: Maklumat Pemilik

Di sini, anda akan menemui maklumat mengenai pemilik tanah termasuk nama dan alamat. Ini penting untuk memastikan bahawa anda berurusan dengan pemilik yang sah semasa membeli atau menjual hartanah.

3. Muka Surat Ketiga: Pelan Akui Tanah

Muka surat terakhir biasanya mengandungi pelan lokasi yang menunjukkan batas-batas tanah secara visual. Ini membantu dalam memahami kedudukan tanah berbanding dengan harta sekelilingnya.

BACA JUGA: Cara Semakan Dividen ASB Online Mulai 1 Januari 2025

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh rujuk video di bawah:

Youtube UrusanTanah101

Penutup

Geran tanah adalah dokumen yang sangat penting dalam transaksi hartanah dan pemilikan tanah. Apabila membeli tanah, pastikan anda memahami maklumat yang terkandung dalam geran tanah tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah undang-undang di masa hadapan. 

Sumber:

  1. 8 Cara Nak Baca Geran Tanah! – Propertyguru
  2. Geran Tanah – AscoLaw
  3. Youtube UrusanTanah101
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut