Cadangan Waktu Perjalanan Raya Aidilfitri di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) amat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman sempena perayaan yang penuh bermakna ini. Setiap tahun, sambutan Aidilfitri menyaksikan lonjakan trafik yang luar biasa, mengakibatkan kesesakan lalu lintas terutamanya di laluan utama seperti LPT1.
Oleh itu, pihak berkuasa telah menyediakan jadual khas Cadangan Waktu Perjalanan untuk Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi pengguna LPT1. Jadual ini disusun untuk mengatur pergerakan trafik dengan lebih sistematik, mencadangkan waktu perjalanan yang sesuai agar dapat mengurangkan kesesakan teruk di lebuh raya ini.
Jom kita tengok secara terperinci jadual perjalanan tersebut, di samping memberikan panduan serta tips berguna yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna lebuh raya supaya perjalanan balik kampung anda kali ini lebih selamat, lancar, dan selesa.
Cadangan Waktu Perjalanan Raya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1)
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025.
TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.
TTA dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang. Ia bermatlamat untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan terkumpul serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan 2 juta kenderaan memasuki Kelantan manakala 80,000 kenderaan memasuki Terengganu sempena Aidilfitri tahun ini. Lebuh raya akan mulai sesak bermula 28 Mac ini juga.
Justeru itu, kami menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengikuti jadual TTA, merancang perjalanan lebih awal, serta membuat persiapan yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan yang lebih panjang.
Ringkasan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Raya(LPT1)
1. Cadangan perjalanan dari Kuala Lumpur atau Selangor ke Pantai Timur adalah pada 29 dan 30 Mac 2025 (Sabtu dan Ahad).
2. Untuk pengguna yang menuju ke Pahang, disarankan bertolak antara pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang atau 8.00 malam hingga 11.00 malam, melalui Plaza Tol Gombak.
3. Untuk pengguna ke Terengganu, waktu yang disarankan adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari atau 8.00 malam hingga 11.00 malam, melalui Plaza Tol Gombak.
4. Bagi pengguna yang ingin ke Kelantan, perjalanan dicadangkan bermula antara pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi atau 5.00 petang hingga 8.00 malam, juga melalui Plaza Tol Gombak.
5. Cadangan perjalanan pulang dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur atau Selangor adalah pada 5 dan 6 April 2025 (Sabtu dan Ahad).
6. Pengguna dari negeri Pahang disarankan bertolak antara pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi atau 5.00 petang hingga 7.00 malam melalui semua plaza tol.
7. Pengguna dari negeri Terengganu pula disarankan bertolak antara pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang atau 7.00 malam hingga 9.00 malam melalui Plaza Tol Jabor.
8.Untuk pengguna dari negeri Kelantan, perjalanan dicadangkan bermula antara pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang atau 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam melalui Plaza Tol Bentong.
9. Selain daripada waktu yang dinyatakan, pengguna boleh memilih waktu bebas antara 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi kerana trafik dijangka lebih lancar pada tempoh tersebut.
10. Penutupan lorong tidak dibenarkan bermula 27 Mac 2025 hingga 7 April 2025 untuk melancarkan aliran trafik sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.
11. Kenderaan ringan dinasihatkan supaya tidak memasuki Plaza Tol Gombak semasa waktu perjalanan bas ekspres ke Pantai Timur, iaitu dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12.00 tengah malam.
Baca juga: Kad Touch N Go Baru (NFC) : Cara Beli, Daftar & Tambah Nilai Online
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan kecemasan, pengguna lebuh raya boleh menghubungi talian 1-700-818-700 yang beroperasi 24 jam.
Pengguna juga boleh mendapatkan kemas kini trafik terkini menerusi akaun media sosial rasmi @LPTTrafik di platform X (Twitter).
And juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sampai ke destinasi untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Sila rujuk MAKLUMAT TRAFIK TERKINI di :- https://www.afaprime.com/traffic/index.php