Apakah punca timbul cacar air di badan? Bagaimanakah pula cara untuk merawatnya?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah cacar air di badan dan cara menghilangkannya yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Apa itu cacar air?
Cacar air (chicken pox) adalah sejenis penyakit yang sangat berjangkit disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV).
Cacar ini boleh menjadi serius terutamanya jika anda sedang mengandung, pada bayi, remaja, dewasa serta orang yang mempunyai sistem imun yang lemak untuk melawan kuman serta penyakit seperti penghidap HIV/AIDS, pesakit kanser, orang yang menjalani kemoterapi, dan sebagainya.
Seseorang yang dijangkiti cacar air biasanya berlaku dalam tempoh 4-7 hari. Lazimnya, selepas jangkitan pertama, virus tersebut akan berubah menjadi tidak aktif atau pendam dalam sistem saraf hos yang dijangkiti.
Sesetengah orang yang telah diberi vaksin cacar air boleh dijangkiti penyakit ini sekali lagi tetapi simptomnya lebih ringan berbanding orang lain.
Punca jangkitan cacar air
Punca penyakit ini berlaku adalah kerana virus varicella-zoster (VZV). Virus ini akan merebak dengan mudah daripada orang yang menghidap cacar air kepada orang lain yang tidak pernah menghidap penyakit tersebut atau tidak pernah diberikan vaksin.
Ini boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan cecair dari lepuh ruam atau melalui pernafasan dalam zarah virus yang datang.
Gejala & simptom
Berikut adalah antara simptom cacar air seperti:
- Gatal
- Lepuh berisi cecair yang akan bertukar jadi kudis
- Ruam di dada, belakang badan, muka, dan seluruh badan termasuk dalam mulut, kelopak mata, dan bahagian alat kelamin
- Demam
- Keletihan
- Hilang selera makan
- Sakit kepala
- Rasa tidak selesa
- Batuk ringan
- Hidung berair
Komplikasi chicken pox
Sesetengah orang boleh mendapatkan komplikasi chicken pox yang teruk sehingga perlu dimasukkan ke dalam hospital kerana mendapatkan:
- Jangkitan bakteria pada kulit dan tisu lembut pada kanak-kanak
- Jangkitan paru-paru (pnemonia)
- Jangkitan atau pembengkakan otak (ensefalitis, cerebellar ataxia)
- Masalah pendarahan (komplikasi hemoragik)
- Jangkitan darah (sepsis)
- Dehidrasi
Pada hari ini, sangat jarang berlaku kes-kes kematian berlaku pada golongan kanak-kanak dan orang dewasa yang disebabkan oleh cacar air.
Beza cacar air dan campak
Ciri-Ciri | Cacar Air (Chicken Pox) | Campak (Measles) |
---|---|---|
Punca | Disebabkan oleh virus Varicella | Disebabkan oleh virus Measles |
Cara penyebaran | Tersebar melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti | Tersebar melalui udara dengan titisan cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk, bersin, pakaian dan tuala |
Gejala awal | Demam ringan, sakit kepala, dan kehilangan nafsu makan, dan ruam | Demam tinggi, biasanya diikuti oleh batuk, bersin, dan mata merah (konjungtivitis) |
Jenis ruam | Ruam lepuhan berisi cairan yang membentuk kerak dan mengering | Ruam merah muda bermula dari belakang telinga dan merebak ke seluruh tubuh |
Tempoh berlaku | 1-2 minggu | Lebih lama dari chicken pox |
Pencegahan | Vaksin Varicella | Vaksin campak (MMR) |
Rawatan dan cara untuk menghilangkan
Rawatan menggunakan acyclovir atau immuno globulin adalah yang paling berkesan untuk merawat chicken pox.
Ia memberikan kelegaan segera dalam tempoh sesingkat 24 jam pertama selepas ruam bermula, di samping mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox.
Pencegahan dari berlaku
Cara terbaik untuk mencegah cacar ini dari berlaku adalah dengan mendapatkan vaksin Varicella.
Semua orang termasuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa perlu mendapatkan dua dos vaksin ini jika mereka tidak pernah dijangkiti cacar air atau tidak pernah diberi vaksin.
Bila perlu jumpa doktor
Sekiranya anda mendapati gejala chicken pox bertambah teruk selepas beberapa hari mendapatkan rawatan, anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapakan rawatan dan pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengelakkan sebarang komplikasi berlaku.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cacar air dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Cacar Air. My Health
- About Chickenpox. Centers for Disease Control and Prevention
- Chickenpox vs. measles: What’s the difference? Medical News Today