ByrHASiL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online
Individu yang menerima pendapatan tahunan melebihi RM37,333 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak untuk dikenakan cukai.
Selepas mengisi e-filling, anda mungkin dikenakan bayaran tambahan cukai pendapatan yang perlu dibayar. Justeru itu, LHDN menyediakan alternatif paling mudah untuk anda bayar cukai pendapatan secara online menerusi portal ByrHASIL.
Apa itu ByrHASiL ?
Portal ByrHASiL kini memudahkan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai pendapatan tahunan mereka secara dalam talian sahaja.
Setiap rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun dengan mengisi borang e-filing.
Daripada e-filing tersebutlah akan dinyatakan sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak dan usah khuatir sekiranya pendapatan anda belum cukup syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.
Bagi pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan, anda hendaklah menyelesaikan cukai anda sebelum 30 April sementara bagi pemilik perniagaan, tarikh akhir untuk menjelaskan cukai anda adalah 30 Jun.
Artikel berkaitan: Borang E – Panduan Lengkap Mengisi Borang Dalam Talian
Kenyataan Media HASil
PENGGUNAAN NOMBOR PENGENALAN CUKAI (TIN) DIBENARKAN SEBAGAI RUJUKAN BAGI TUJUAN PEMBAYARAN CUKAI
Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memperkenalkan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.
Walau bagaimanapun, penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran masih digunapakai bagi tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.
Kemudahan Pembayaran
Secara ringkasnya, ByrHASiL adalah satu perkhidmatan dalam talian yang menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.
Terdapat beberapa cara pembayaran melalaui portal ByrHASiLyang boleh dilakukan seperti yang berikut:
- Bayaran Menggunakan Nombor Bil
- Bayaran Menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
NOTIS: Pembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran. Bayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau hubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.
Bayaran Menggunakan Nombor Bil
- Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/
- Klik pada gambar FPX. Senarai terkini bank-bank boleh disemak di pautan : https://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html
- Pilih pilihan bayaran “Nombor Bil”
- Masukkan 16 digit Nombor Bil.
- Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Klik “Teruskan”. Jika baki amaun Nombor Bil = RM0, mesej “Baki Bil O” akan dipaparkan. Jika amaun Nombor Bil > RM0, skrin maklumat bayaran juga akan dipaparkan.
- Klik “FPX”. Skrin “Setuju Untuk Bayaran” akan dipaparkan.
- Isikan dengan lengkap maklumat berkenaan Nombor Bil, Amaun Bayaran (RM), alamat E-mel, jenis akaun bank, dan nama bank.
- Sila baca dan faham “Terma dan Syarat FPX” dan kemudian tandakan (✔) dan klik butang “Teruskan” tanda setuju.
- Skrin login ke pilihan bank akan dipaparkan.
- Masukkan id pengguna, kata laluan dan klik pada butang ‘Login’. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet.
- Anda akan menerima e-mel status bayaran yang dibuat.
CARA MENYEMAK NOMBOR BIL
- Nombor Bil bagi tujuan bayaran boleh diperolehi melalui laman web MyTax di https://mytax.hasil.gov.my .
- Klik Perkhidmatan ezHasil > klik e-Billing.
- Dinyatakan dalam notis taksiran / anggaran dan surat-surat tuntutan bayaran yang dihantar oleh HASiL kepada pembayar cukai.
Bayaran Menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
- Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/
- Klik pada gambar FPX. Senarai terkini bank-bank boleh disemak di pautan : https://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html
- Pilih pilihan bayaran “Nombor Pengenalan Cukai (TIN)”
- Pilih pilihan “Jenis Pengenalan” yang anda inginkan.
- Masukkan “Nombor Pengenalan” mengikut format Jenis Pengenalan yang anda pilih.
- Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Klik “Cari”. Skrin dengan maklumat Nama Pembayar Cukai akan dipaparkan.
- Pilih “Tahun Taksiran”
- Pilih “Kod Bayaran”
- Masukkan “Amaun Cukai (RM).
- Klik “Teruskan”. Skrin Lengkapkan Maklumat Bayaran akan dipaparkan.
- Klik “FPX”. Skrin “Setuju Untuk Bayaran” akan dipaparkan.
- Isikan dengan lengkap maklumat berkenaan Nombor Bil, Amaun Bayaran (RM), alamat E-mel, jenis akaun bank, dan nama bank.
- Sila baca dan faham “Terma dan Syarat FPX” dan kemudian tandakan (✔) dan klik butang “Teruskan” tanda setuju.
- Skrin login ke pilihan bank akan dipaparkan.
- Masukkan id pengguna, kata laluan dan klik pada butang ‘Login’. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet.
- Anda akan menerima e-mel status bayaran yang dibuat.
HAD AMAUN BAYARAN FPX
Had Amaun Bayaran | B2C | B2B |
---|---|---|
Minima | RM 1.00 | RM 2.00 |
Maksima | RM 500,000.00 | RM 100,000,000.00 |
*Had Maksima Amaun Bayaran adalah tertakluk kepada had transaksi harian yang telah
ditetapkan oleh bank pembayar cukai. Pembayar cukai diminta untuk menyemak had tersebut dibank masing-masing terlebih dahulu bagi melancarkan proses bayaran
MAKLUMAN
Pembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran.
Bayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau hubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.
Cara Semakan di Lejer
- Anda boleh membuat semakan Status Bayaran atau cetak resit bayaran melalui MyTax > Status MyTax / Lejer.
- Anda hendaklah Log Masuk terlebih dahulu menggunakan id MyTax.
- Klik Baki Lejer bagi Jenis Lejer yang ingin disemak.
- Klik Tahun Taksiran bagi bayaran yang ingin disemak.
- Setelah Tahun Taksiran dipilih, Skrin Transaksi mengikut Tarikh Bayaran dan Rujukan /No.Resit dipaparkan.
Alternatif ByrHASiL – Cara Bayar Cukai Secara Online / Manual
Pembayaran cukai juga boleh dibuat dengan kaedah bayaran seperti berikut:
- Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
- Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
- Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
- Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
- Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM
Soalan Lazim e-Billing (FAQ)
e-Billing merupakan salah satu servis yang disediakan di MyTax dan disenaraikan di bawah Perkhidmatan ezHasil.
Tarikh pelaksanaan e-Billing adalah pada 1 Januari 2023.
Pembayaran cukai yang mempunyai ID e-Filing perlu log in ke portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my > Perkhidmatan ezHasil > e-Billing
Tujuan e-Billing adalah :
i) bagi membolehkan pembayar cukai membuat semakan Nombor Bil yang mempunyai baki cukai yang kena bayar / pendahuluan anggaran cukai / ansuran dan sekaligus membuat bayaran.
ii) Untuk menjana Nombor Bil bagi
– penghantaran borang nyata cukai pendapatan secara kertas yang mempunyai baki cukai kena di bayar.
– cukai LBATA.
Nombor Bil merupakan nombor siri yang mempunyai 16 digit yang digunakan sebagai rujukan mendatori bayaran cukai.
Bayaran menggunakan Nombor Bil melibatkan semua bayaran jenis cukai langsung LHDNM kecuali Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem.
Bayaran menggunakan Nombor Bil boleh dilakukan di semua medium saluran bayaran seperti di ByrHasil, Kaunter Pusat Bayaran LHDNM, kaunter bank dan secara atas talian.
Bagi tujuan bayaran di kaunter Pusat Bayaran LHDNM dan bank, pembayaran cukai perlu mencetak slip bayaran atau mengimbas kod QR pada slip bayaran berkenaan. Pastikan Nombor Bil yang digunakan adalah tepat seperti ditetapkan semasa membuat bayaran.
Bayaran tidak boleh diteruskan sekiranya tiada Nombor Bi. Namun begitu, dalam fasa peralihan, bayaran menggunakan nombor cukai pendapatan masih diterima sehingga 30 Jun 2023.
Amaun bayaran boleh dilakukan kurang dan adalah terhad kepada amaun di Nombor Bil.
Boleh. Tuan boleh memilih beberapa Nombor Bil untuk dibayar secara sekaligus. Satu Nombor Bil baharu akan diberikan untuk menggabungkan kesemua Nombor Bil berkenaan bagi memudahkan bayaran sekaligus.
Ya. Nombor Bil yang sama boleh dibayar beberapa kali sehinggalah selesai. Nombor Bil yang telah selesai di bayar tidak akan lagi dipaparkan di e-Billing.
Sekiranya berlaku kesilapan ketiak memilih Nombor Bil, pembayar cukai boleh merujuk ke Seksyen Pungutan dan maklumkan perihal bayaran berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Nombor Bil merupakan rujukan mandatori untuk bayaran cukai. Manakala Nombor VA (virtual account) adalah merupakan nombor akaun (14 digit) yang digunakan untuk bayaran cukai melalui e-TT dan bayaran PCB. Oleh itu, bayaran yang menggunakan e-TT perlu ada Nombor Bil dan Nombor VA.
Janaan Nombor Bil hanya dibenarkan untuk tujuan bayaran cukai bagi pembayar cukai yang menghantar borang nyata cukai pendapatan secara kertas. Selain itu, janaan Nombor Bil tidak dibenarkan.
Ini kemungkinan tuan tidak mempunyai tunggakan cukai yang perlu dibayar. Nombor Bil yang disenaraikan di Paparan Bil adalah yang masih tertunggak. Sekiranya bayaran telah selesai Nombor Bil tidak akan dipaparkan lagi.
CP500 yang dikeluarkan mempunyai Nombor Bil berlainan. Ini bertujuan untuk membezakan bayaran mengikut bulan ansuran yang telah ditetapkan. Namun begitu bayaran beberapa Nombor Bil ansuran boleh dilakukan serentak dengan memilih Nombor Bil yang hendak dibayar. Satu Nombor Bil baharu akan diberi untuk menggabungakn kesemua Nombor Bil berkenaan bagi memudahkan bayaran sekaligus.
Sekiranya tuan telah membayar dan menyelesaikan semua cukai, tuan boleh abaikan Nombor Bil yanag dipaparkan pada menu Paparan Bil. Tuan boleh menghubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan,
sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau
Hasil Care Line LHDN
Hasil Live Chat
Nombor Faks : 03-6201 9637
Telefon : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )
Sebarang pertanyaan : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public