Pelajar boleh memuat turun buku teks Sejarah Tingkatan 3 untuk rujukan pembelajaran mereka.
Berikut merupakan maklumat mengenai buku teks ini dan isi kandungannya.
Mengenai Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Buku teks ini merupakan kesinambungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 dan diperincikan kepada 8 bab berdasarkan tema Kedatangan Kuasa Asing.
Kandungan buku teks ini turut menerapkan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran, seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), kaedah kontekstual, pembelajaran berasaskan inkuiri, Kajian Masa Depan, kajian kes, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Elemen Keusahawanan (EK) serta mengaplikasikan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bagi membantu murid menghayati ilmu sejarah dengan lebih berkesan.
Aspek yang turut ditekankan ialah elemen Kelestarian Global agar murid bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan seharian dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh.
Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diterapkan menerusi latihan, aktiviti dan penilaian agar murid berupaya mengaplikasikan ilmu dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Isi Kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
- Bab 1: Kedatangan Kuasa Barat
– Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita
– Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita
– Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan
– Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita - Bab 2: Pentadbiran Negeri-negeri Selat
– Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
– Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu
– Pembentukan Negeri-negeri Selat
– Pentadbiran Negeri-negeri Selat - Bab 3: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
– Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
– Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
– Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
– Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu - Bab 4: Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
– Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
– Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
– Peluasan Kuasa British di Johor
– Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu - Bab 5: Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah
– Latar Belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan Sabah
– Peluasan Kuasa Dinasti Brooke di Sarawak
– Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah
– Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah - Bab 6: Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial
– Pengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara Kita
– Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi
– Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat di Negara Kita
– Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita - Bab 7: Penentangan Masyarakat Tempatan
– Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan
– Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan
– Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat
– Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan - Bab 8: Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat
– Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan Barat
– Tindakan Raja Melayu Menangani Cabaran Barat
– Usaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan Negeri
– Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat
Muat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Buku teks ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:
BACA JUGA: