Buku Teks Sains Tingkatan 3 DLP

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buku Teks Sains Tingkatan 3 DLP ini diterbitkan selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 3 yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Buku ini dirangka khusus untuk menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Sains Negara, yang bertujuan melahirkan pelajar yang berdaya saing, dinamik, berdaya tahan dan berketerampilan dalam penguasaan ilmu sains dan teknologi.

Melalui buku ini, pelajar didedahkan kepada Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS), kemahiran komunikasi dan makluman, kebolehan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah, di samping nilai murni yang penting demi melengkapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM turut diterapkan secara menyeluruh menerusi aktiviti berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah dan projek.

Ini bertujuan membina minat dan semangat ingin tahu pelajar terhadap bidang sains dan teknologi, sejajar dengan keperluan dunia masa kini.

buku teks sains tingkatan 3 dlp

Ciri-Ciri Buku Teks

Buku teks khas di bawah Dual Language Programme (DLP) ini dilengkapi dengan ciri-ciri khas bagi memenuhi pengetahuan Sains Pelajar Tingkatan 3 iaitu :

  • Standard Pembelajaran yang dirujuk terus daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan utama guru.
  • Maklumat tambahan berkaitan topik yang dibincangkan untuk memperluas pengetahuan pelajar.
  • Formula dan fakta penting yang perlu diingati bagi membantu murid dalam pemahaman dan hafalan.
  • Soalan pemikiran aras tinggi yang mencabar minda dan menggalakkan pemikiran kritikal.
  • Maklumat dan soalan berkaitan kemajuan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
  • Penghayatan terhadap keajaiban sains.
  • Aplikasi sains dalam kehidupan seharian, menunjukkan bagaimana konsep sains digunakan dalam situasi harian.
  • Pencapaian terkini Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.
  • Perkembangan sejarah dan peristiwa penting dalam dunia sains yang membina kefahaman tentang evolusi pengetahuan saintifik.
  • Sumber daripada laman sesawang dan pautan video interaktif untuk memperkukuh pembelajaran secara digital dan visual.
  • Pengenalan kepada pelbagai kerjaya dalam bidang STEM, membuka minda murid terhadap peluang masa hadapan.
  • Penerapan Kemahiran Abad ke-21, meliputi :
  1. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah (KBMM)
  2. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri (KIAK)
  3. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi (KMK)
  4. Pendekatan STEM secara menyeluruh
  • Penekanan terhadap aspek keselamatan, termasuk amaran bahaya dan langkah berjaga-jaga semasa menjalankan penyelidikan saintifik.
  • Panduan untuk memperoleh keputusan yang tepat dan mengelakkan kemalangan semasa eksperimen.
  • Soalan pengukuhan disediakan pada akhir setiap subtopik untuk menguji kefahaman dan mengukuhkan penguasaan pelajar.

Kandungan Buku Teks

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut :

Chapter 1 : Stimuli and Responses

  • Human Nervous System
  • Stimuli and Responses in Humans
  • Stimuli and Responses in Plants
  • Importance of Responses to Stimuli in Animals

Chapter 2 : Respiration

  • Human Respiratory System
  • Movement and Exchange of Gases in the Human Body
  • Health of Human Respiratory System
  • Adaptations in Respiratory Systems
  • Gaseous Exchange in Plants

Chapter 3 : Transportation

  • Transport System in Organisms
  • Blood Circulatory Systems
  • Human Blood
  • Transport System in Plants
  • Blood Circulatory System in Animals and Transport System in Plants

Chapter 4 :  Reactivity of Metals

  • Variety of Minerals
  • Reactivity Series of Metals
  • Extraction of Metals from their Ores

Chapter 5 : Thermochemistry

  • Endothermic and Exothermic Reactions

Chapter 6 : Electricity and Magnetism

  • Generation of Electricity
  • Transformer
  • Transmission and Distribution of Electricity
  • Calculating the Cost of Electricity Consumption

Chapter 7 : Energy and Power

  • Work, Energy and Power
  • Potential Energy and Kinetic Energy
  • Principle of Conservation of Energy

Chapter 8 : Radioactivity

  • Discovery of Radioactivity
  • Atom and Nucleus
  • Ionising and Non-ionising Radiation
  • Uses of Radioactive Radiation

Chapter 9 : Space Weather

  • Activities of the Sun that Affect the Earth
  • Space Weather

Chapter 10 : Space Exploration

  • Development in Astronomy
  • Development of Technology and their Application in Space Exploration

Muat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 3 DLP

Murid boleh memuat turun buku teks ini sebagai rujukan seperti di bawah :

Bahagian 1 (Muka Surat 1- 162)

Bahagian 2 (Muka Surat 163-288) & Skema Jawapan Buku Teks Sains Tingkatan 3 DLP

Baca Juga : Buku Teks Sains Tingkatan 3 KSSM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut