Buku Teks RBT Tingkatan 2 KSSM

buku teks rbt tingkatan 2
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Murid di Tingkatan 2 yang mengambil subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), buku teks untuk panduan adalah Buku Teks RBT Tingkatan 2.

Buku teks ini boleh dimuat turun bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Mengenai Buku Teks Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 2

Buku Teks RBT Tingkatan 2 ini ditulis dengan berpandukan objektif yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku ini juga diolah dengan teliti dengan menekankan kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, serta kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian agar murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21.

Untuk mencapai objektif tersebut, pelbagai bahan tambahan serta ciri-ciri istimewa dimasukkan ke dalam buku ini bagi merangsang minat murid terhadap Reka Bentuk dan Teknologi di samping meningkatkan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Isi Kandungan Buku Teks RBT Tingkatan 2

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif

Pengenalpastian Masalah

  • Mengenal pasti masalah bukan inventif dan inventif
  • Menerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan inventif

Analisis Fungsi

  • Membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
  • Melukis sistem fungsi
  • Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi

Percanggahan Fizikal

  • Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal
  • Mencadangkan pemilihan prinsip inventif
  • Menjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip inventif
  • Menghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif

Rumusan
Pengukuhan Minda

Bab 2 Aplikasi Teknologi

Teknologi Pembuatan

  • Mengenal pasti teknologi pembuatan produk
  • Menghuraikan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden
  • Membanding beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam proses
  • penghasilan produk
  • Membuat lakaran model 3D bermaklumat
  • Menganalisis lakaran model 3D
  • Membuat acuan model 3D
  • Membuat model 3D berdasarkan proses kerja
  • Membuat kemasan model 3D menggunakan konsep electrostatic dan electroplating
  • Menilai model 3D yang telah dihasilkan
  • Menjana idea untuk penghasilan reka bentuk produk yang lebih efisien

Rumusan
Pengukuhan Minda

Reka Bentuk Mekanikal

  • Mengenal pasti komponen mekanikal
  • Bagaimana sistem mekanikal berfungsi pada produk yang dipilih?
  • Menghasilkan lakaran 3D reka bentuk gajet yang menggunakan komponen sistem mekanikal yang dipilih
  • Menganalisis kesesuaian komponen yang digunakan untuk membina gajet
  • Membuat rumusan kekuatan dan kelemahan komponen sistem mekanikal produk yang dipilih untuk membina gajet
  • Membina gajet mekanikal berfungsi
  • Cadangan penambahbaikan kepada sistem tersebut oleh murid

Rumusan
Pengukuhan Minda

Reka Bentuk Elektrik

  • Elemen sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban, dan kawalan
  • Menunjukkan cara reka bentuk litar peralatan elektrik
  • Membuat pengiraan parameter elektrik dalam reka bentuk litar
  • Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektrik yang akan dibuat
  • Menganalisis elemen sistem elektrik pada gajet yang akan dihasilkan
  • Membina gajet elektrik berfungsi
  • Membuat pengujian dan penilaian kefungsian gajet
  • Mencadang penambahbaikan ke atas reka bentuk gajet yang telah dibina

Rumusan
Pengukuhan Minda

Reka Bentuk Elektronik

  • Menyatakan maksud mikropengawal (microcontroller) dan mikropemproses (microprocessor)
  • Menjelaskan bahagian-bahagian yang terdapat dalam mikropengawal (microcontroller)
  • Menghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik
  • Membina litar simulasi yang berfungsi dengan perisian khas
  • Membuat penyambungan litar input dan litar output kepada mikropengawal (microcontroller)
  • Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar output
  • Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik
  • Mencadangkan penambahbaikan ke atas reka bentuk litar elektronik

Rumusan
Pengukuhan Minda

Reka Bentuk Akuaponik

  • Maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk akuaponik
  • Kelebihan reka bentuk sistem akuaponik
  • Mengenal pasti komponen akuaponik
  • Melakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumat
  • Menganalisis lakaran reka bentuk sistem akuaponik
  • Membina model reka bentuk sistem akuaponik
  • Menilai model reka bentuk sistem akuaponik
  • Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien

Rumusan
Pengukuhan Minda

Reka Bentuk Makanan

  • Mentakrifkan reka bentuk makanan
  • Menjelaskan kepentingan reka bentuk makanan
  • Mengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan
  • Melakar serta menjustifikasikan reka bentuk dan pembungkusan makanan
  • Menghasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan
  • Menilai reka bentuk makanan yang dihasilkan

Rumusan
Pengukuhan Minda

Glosari
Bibliografi
Indeks

Muat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 2

Buku teks ini boleh dimuat turun seperti dalam file di bawah:

Baca juga: Buku Teks RBT Tingkatan 1 KSSM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut