Buku Teks PSV Tahun 5 KSSR

buku teks psv tahun 5
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 5 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) akan menggunakan Buku Teks PSV Tahun 5 sebagai rujukan mereka.

Buku teks ini digunakan oleh murid dan guru bagi tujuan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) untuk subjek ini.

Mengenai Buku Teks PSV KSSR

Buku teks PSV Tahun 5 untuk SK disediakan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 5, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017.

Buku teks ini memfokuskan kandungannya kepada mata pelajaran Seni Visual melalui Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran (SP) dalam DSKP yang menekankan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif untuk pemahaman murid.

Menariknya, buku teks ini mengandungi peringkat pengetahuan seni visual yang mencakupi Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Aktiviti-aktiviti dalam penulisan buku teks ini memberikan fokus kepada pembinaan insan berliterasi bahasa seni visual menerusi aktiviti pengkaryaan, pengurusan dan pembudayaan seni secara individu mahupun berkumpulan. Pelaksanaannya berdasarkan modul kurikulum, iaitu:

  • Bahasa Seni Visual
  • Kemahiran Seni Visual
  • Kreativiti dan Inovasi Seni Visual
  • Apresiasi Seni Visual

Buku teks ini mengandungi 10 unit yang disediakan berdasarkan empat bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, iaitu:

  • Menggambar
  • Membuat corak dan rekaan
  • Membentuk dan membuat binaan
  • Mengenal kraf tradisional

Tema dan penyediaan hasil karya seni visual direncanakan agar seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 dengan memberikan fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni.

PdP bagi 10 unit dalam buku teks ini pula dibahagikan kepada dua penggal yang mana setiap penggal merangkumi lima unit yang diolah berdasarkan aras mudah ke sukar serta mengikut kesesuaian murid.

Cadangan masa PdP bagi setiap unit ialah dua hingga tiga minggu mengikut tahap kesukaran projek. Projek Seni Visual pula dicadangkan untuk dilaksanakan dalam masa lima minggu bagi penggal satu dan lima minggu bagi penggal dua.

Pada akhir setiap penggal, murid akan merancang, menyediakan dan melaksanakan pameran seni visual yang boleh diadakan di dalam kelas atau di luar kelas mengikut kesesuaian.

Guru pula akan menilai kemampuan murid membuat apresiasi terhadap hasil karya masing-masing secara individu dan berkumpulan.

Setiap halaman dalam buku teks ini dilengkapi dengan gambar dan ilustrasi yang menarik minat murid serta memberikan gambaran yang jelas terhadap aktiviti yang disampaikan.

Selain itu, aktiviti dan bahan yang dicadangkan dalam buku teks ini disediakan sebagai rujukan dan panduan guru semasa pengajaran manakala guru boleh membuat pengubahsuaian aktiviti dan bahan berdasarkan kreativiti serta aras kemampuan dan keperluan murid.

Isi Kandungan Buku Teks PSV KSSR

Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

Pendahuluan

Pengenalan Ikon

Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21

Bahasa Seni Visual

Projek Seni Visual Penggal Satu

  • Si Putih Menawan
  • Sayangilah Habitat Kita
  • Jaket Buku Nota
  • Misi Angkasa
  • Pasu Mini

Projek Seni Visual Penggal Dua

  • Pungguk Rindu akan Bulan
  • Bunga Kekwa Mekar
  • Bingkai Gambarku
  • Haiwan Peliharaan
  • Bunga Kemboja Emas

Glosari

Muat Turun Buku Teks PSV KSSR

Buku ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Latihan PSV Tahun 5

Latihan bagi subjek ini juga boleh dibuat menerusi contoh-contoh latihan di bawah:

Baca juga: Bahasa Melayu Tahun 2 :Buku Teks Digital, Nota & Latihan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut