Buku Teks Matematik Tingkatan 5 (KSSM) – Versi BM & DLP

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buku Teks Matematik Tingkatan 5 KSSM ini disusun berlandaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mencapai matlamat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Turut tersedia dalam versi Bahasa Inggeris bagi pelajar yang mengikuti program DLP, buku ini membekalkan pengetahuan dan kemahiran matematik yang relevan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi serta keperluan abad ke-21.

Struktur kandungan buku ini menekankan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

buku teks matematik tingkatan 5

Ciri-Ciri Menarik Buku Teks

Bagi merangsang pembelajaran dan meningkatkan minat murid terhadap subjek ini, buku teks ini telah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya :

  • Mobilisasi Minda
    Memperkenalkan konsep pembelajaran secara aktif melalui perbincangan.
  • Projek
    Menggalakkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi sebenar.
  • Latih Kendiri
    Menguji kefahaman pelajar terhadap konsep melalui soalan KBAT.
  • Kotak Memori
    Membantu pelajar mengingat rumus dan konsep penting yang telah dipelajari.
  • Buletin Ilmiah
    Memberikan maklumat tambahan berkaitan matematik sebagai pengukuhan pengetahuan.
  • Tip Bestari
    Menyediakan tip atau panduan pembelajaran yang berkesan dan bermanfaat.
  • Minda Kritis
    Mengemukakan soalan mencabar untuk merangsang pemikiran kritis pelajar.
  • Langkah Alternatif
    Memperkenalkan kaedah penyelesaian alternatif dalam pengiraan.
  • Arena Rumusan
    Menghubungkan pelbagai konsep pembelajaran dalam bentuk peta pemikiran.
  • Refleksi
    Membantu pelajar menilai tahap penguasaan mereka dalam sesuatu topik.
  • Latih Ekstensif
    Menyediakan penilaian sumatif bagi menguji penguasaan konsep.
  • Terokai Matematik
    Aktiviti penemuan konsep secara santai dan menyeronokkan.
  • Projek Mini
    Memberi peluang kepada pelajar mempertingkatkan kefahaman secara menyeluruh.

Isi Kandungan Buku Teks Matematik Tingkatan 5 (KSSM)

Bab 1 : Ubahan

  • Ubahan Langsung
  • Ubahan Songsang
  • Ubahan Bergabung

Bab 2 : Matriks

  • Matriks
  • Operasi Asas Matriks

Bab 3 : Matematik Pengguna : Insurans

  • Risiko dan Perlindungan Insurans

Bab 4 : Matematik Pengguna : Percukaian

  • Percukaian

Bab 5 : Kekongruenan, Pembesaran dan Gabungan Transformasi

  • Kekongruenan
  • Pembesaran
  • Gabungan Transformasi
  • Teselasi

Bab 6 : Nisbah dan Graf Fungsi Trigonometri

  • Nilai Sinus, Kosinus dan Tangen bagi Sudut θ, 0° < θ < 360°
  • Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen

Bab 7 : Sukatan Serakan Data Terkumpul

  • Serakan
  • Sukatan Serakan

Bab 8 : Pemodelan Matematik

  • Pemodelan Matematik

Isi Kandungan Buku Teks Mathematics Form 5 (DLP)

Chapter 1 : Variation

  • Direct Variation
  • Inverse Variation
  • Combined Variation

Chapter 2 : Matrices

  • Matrices
  • Basic Operation on Matrices

Chapter 3 : Consumer Mathematics : Insurance

  •  Risk and Insurance Coverage

Chapter 4 : Consumer Mathematics : Taxation

  • Taxation

Chapter 5 : Congruency, Enlargement and Combined Transformations

  • Congruency
  • Enlargement
  • Combined Transformation
  • Tessellation

Chapter 6 : Ratios and Graphs of Trigonometric Functions

  • The Value of Sine, Cosine and Tangent for Angle θ, 0° < θ < 360°
  • The Graphs of Sine, Cosine and Tangent Functions

Chapter 7 : Measures of Dispersions for Grouped Data

  • Dispersion
  • Measures of Dispersion

Chapter 8 : Mathematical Modeling

  • Mathematical Modeling

Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 5 KSSM & DLP (Dwibahasa)

Pelajar oleh memuat naik buku teks Matematik Tingkatan 5 dalam format PDF sebagai rujukan seperti di bawah.

Buku Teks Matematik Tingkatan 5 KSSM

Buku Teks Mathematics Form 5 (DLP)

Baca Juga : Buku Teks Fizik Tingkatan 5 (KSSM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut