Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (KSSM & DLP)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buku Teks Matematik Tingkatan 4 disusun selaras dengan kurikulum terkini bagi memastikan pelajar memperoleh pemahaman yang kukuh terhadap konsep-konsep asas dan lanjutan dalam matematik.

Kandungannya dibangunkan secara sistematik, bermula daripada asas sehingga kepada aplikasi yang lebih kompleks, dengan tujuan untuk mengasah kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar.

Selain itu, buku ini juga mengintegrasikan unsur teknologi, nilai murni dan aplikasi dalam kehidupan seharian bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

Ciri-Ciri Istimewa Buku Teks

buku teks matematik tingkatan 4

Turut hadir dalam versi Bahasa Inggeris untuk pelajar yang mengikuti program DLP, buku teks ini telah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya :

Maslahat Bab

  • Menyatakan kepentingan ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.

Imbasan Silam

  • Merujuk kepada sejarah ilmuwan terdahulu atau penemuan awal berkaitan tajuk.

Jaringan Kata

  • Senarai kata kunci penting dalam setiap bab.

Rangsangan Minda

  • Aktiviti individu atau kumpulan untuk bantu faham konsep asas matematik.

Zon Informasi

  • Memberikan maklumat tambahan berkaitan bab.

Tip

  • Fakta tambahan yang penting dan berguna.

Indikator

  • Menarik perhatian kepada fakta penting dan kesilapan lazim pelajar.

Celik Minda

  • Soalan untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Zon Interaktif

  • Menggalakkan komunikasi secara matematik.

Memori Saya

  • Membantu mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.

Konsep Matematik

  • Konsep berkaitan dengan kehidupan harian dan budaya tempatan.

Projek

  • Tugasan dan pembentangan hasil pembelajaran.

Praktis Kendiri 2.1a

  • Menguji kefahaman terhadap konsep yang telah dipelajari.

Praktis Komprehensif

  • Latihan pelbagai aras kemahiran berfikir.

Kod QR

  • Pautan kepada bahan digital menggunakan peranti pintar.

Eksplorasi Matematik

  • Aktiviti aplikasi digital, hands-on dan permainan untuk pengukuhan konsep.

Peta Konsep

  • Rumusan keseluruhan isi bab.

Refleksi Kendiri

  • Penilaian kendiri tentang pencapaian pembelajaran.

Semak Jawapan

  • Menyemak jawapan dengan pendekatan alternatif.

KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

  • Soalan untuk menguji kemahiran pemikiran tinggi murid.

Isi Kandungan Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (KSSM)

Kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:

Bab 1 : Fungsi dan Persamaan Kuadratik dalam Satu Pemboleh Ubah

  • Fungsi dan Persamaan Kuadratik

Bab 2 : Asas Nombor

  • Asas Nombor

Bab 3 : Penaakulan Logik

  • Pernyataan
  • Hujah

Bab 4 : Operasi Set

  • Persilangan Set
  • Kesatuan Set
  • Gabungan Operasi Set

Bab 5 : Rangkaian dalam Teori Graf

  • Rangkaian

Bab 6 : Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

  • Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
  • Sistem Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah

Bab 7 : Graf Gerakan

  • Graf Jarak-Masa
  • Graf Laju-Masa

Bab 8 : Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul

  • Serakan
  • Sukatan Serakan

Bab 9 : Kebarangkalian Peristiwa Bergabung

  • Peristiwa Bergabung
  • Peristiwa Bersandar dan Peristiwa Tak Bersandar
  • Peristiwa Saling Eksklusif dan Peristiwa Tidak Saling Eksklusif
  • Aplikasi Kebarangkalian Peristiwa Bergabung

Bab 10 : Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan

  • Perancangan dan Pengurusan Kewangan

Isi Kandungan Buku Teks Mathematics Form 4 (DLP)

Chapter 1 : Quadratic Functions and Equations in One Variable

  • Quadratic Functions and Equations

Chapter 2 : Number Bases

  • Number Bases

Chapter 3 : Logical Reasoning

  • Statements
  • Arguments

Chapter 4 : Operation on Sets

  • Intersection of Sets
  • Union of Sets
  • Combined Operations on Sets

Chapter 5 : Network in Graph Theory

  • Network

Chapter 6 : Linear Inequalities in Two Variables

  • Linear Inequalities in Two Variables
  • Systems of Linear Inequalities in Two Variables

Chapter 7 : Graphs of Motion

  • Distance-Time Graphs
  • Speed-Time Graphs

Chapter 8 : Measures of Dispersion for Ungrouped Data

  • Dispersion
  • Measures of Dispersion

Chapter 9 : Probability of Combined Events

  • Combined Events
  • Dependent Events and Independent Events
  • Mutually Exclusive Events and Non-Mutually Exclusive Events
  • Application of Probability of Combined Events

Chapter 10 : Consumer Mathematics : Financial Management

  • Financial Planning and Management

Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Versi BM & DLP (Dwibahasa)

Para pelajar boleh memuat turun buku teks ini dalam format PDF sebagai rujukan seperti di bawah :

Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (KSSM/ Versi BM)

Muat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 4 (DLP/ Versi Bahasa Inggeris)

Baca Juga : Buku Teks Fizik Tingkatan 4 (KSSM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut