Buffet Ramadan 2025 – Lokasi, Cara Tempah & Harga Early Bird
Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Selain berpeluang untuk menjalani ibadah puasa dan meningkatkan amalan rohani, bulan ini juga memberi peluang untuk kita semua bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa.
Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, berikut dikongsikan beberapa lokasi Buffet Ramadan 2025 yang boleh dijadikan destinasi berbuka puasa kelak.
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
Buffet Ramadan 2025 (Kuala Lumpur/Selangor)
1. Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur
Salah satu pilihan yang menarik untuk buffet Ramadan 2025 yang anda boleh tempah adalah di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur. Terdapat tiga jenis buffet Ramadan yang ditawarkan iaitu;
i. Nostalgia Ramadan (Restoran Thyme)
- Masa: 6:30 petang hingga 10:30 malam.
- Harga: RM248 untuk dewasa dan RM124 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun.
Pengunjung boleh menikmati lebih 100 jenis hidangan, termasuk tarikan utama seperti stesen som tam lobster hidup, rendang kambing golek, dan OP ribs bakar dengan nasi kerabu.
ii. Seloka Ramadan (Ballroom di Aras 2)
Buffet ini tersedia dari 28 Februari hingga 29 Mac 2025, menawarkan pakej jamuan persendirian dengan harga bermula dari RM198 seorang untuk minimum 50 orang.
Seloka Ramadan menampilkan hidangan Melayu autentik dalam suasana yang lebih eksklusif, sesuai untuk majlis berbuka puasa korporat atau keluarga besar.
iii. Koleksi Iftar (Garden Ballroom, Aras 2)
Buffet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa yang mewah pada tarikh-tarikh terpilih iaitu 7, 8, 14, 15, dan 21 Mac 2025.
Dengan harga RM218 untuk dewasa dan RM109 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun, Koleksi Iftar menyajikan hidangan Melayu autentik dalam suasana dewan yang luas dan indah.
Ketiga-tiga pilihan buffet ini menawarkan diskaun untuk tempahan berkumpulan melalui eShop hotel. Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah boleh makan percuma.
Sila rujuk laman web Pan Pacific Kuala Lumpur untuk tempahan atau maklumat lebih lanjut: https://www.panpacific.com/en/hotels-and-resorts/pr-collection-kuala-lumpur/offers/ramadan-2025.html
2. Temu Banquet Hall @ KL Tower
Buffet Ramadan 2025 di Temu Banquet Hall, KL Tower menawarkan pengalaman berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari atas permukaan tanah!
Bukan itu sahaja, terdapat persembahan muzik LIVE oleh Sky Band setiap malam untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa.
Terdapat 200 hidangan istimewa yang WAJIB anda cuba, seperti Shawarma Ayam d’TEMU, Vietnamese Roll 288, Sup Daging Power, Lidah & Daging Lembu Bakar Berjus, Kambing Golek Manja dan juga Gerai ABC & Sate.
Harga sebenar adalah RM169 untuk dewasa & RM89 untuk kanak-kanak pada hari biasa, dan RM189 untuk dewasa & RM99 untuk kanak-kanak pada hujung minggu.
Harga EARLY BIRD pula RM119 untuk dewasa & RM59 untuk kanak-kanak pada hari biasa. Manakala pada hujung minggu, adalah RM129 untuk dewasa & RM69 untuk kanak-kanak.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi +603-2020 5421. Tempah awal untuk nikmati harga Early Bird (25 Oktober 2024 – 31 Januari 2025) sebelum terlambat!
Rujuk Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official) untuk info lebih lanjut.
3. Premiera Hotel KL
Seterusnya, lokasi seterusnya yang menawarkan Buffet Ramadan 2025 adalah Premiera Hotel KL.
Dengan tema Ramadan Retro Klasik, anda sudah boleh membuat tempahan Early Bird bermula 1 Januari 2025 sehingga 2 Mac 2025 untuk mendapatkan harga RM120 (Dewasa).
Harga sebenar ialah RM160 (Dewasa) dan RM80 (Kanak-kanak/Warga Emas), untuk pembelian bermula 3 Mac sehingga 28 Mac 2025.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi: +603-2615 1000 or WA https://wa.me/60136533565
Ikuti media sosial rasmi Premiera Hotel KL untuk info lebih lanjut.
4. One World Hotel
Buffet Ramadan 2025 di Cinnamon Coffee House, One World Hotel Petaling Jaya juga salah satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan.
Tahun ini, One World Hotel menampilkan tema “Sajian 14 Negeri”, dengan lebih daripada 100 hidangan yang merangkumi masakan tempatan dan juga hidangan antarabangsa.
Stesen memasak secara langsung juga menjadi tarikan utama, di mana tetamu boleh menikmati makanan yang dimasak mengikut cita rasa mereka. Bagi pencinta pencuci mulut, terdapat banyak pilihan seperti kuih muih tradisional, sate, cendol dan sebagainya.
Harga EARLY BIRD: Sehingga 15 Februari 2025
- RM 178 (dewasa)
- RM 89 (kanak-kanak)
- RM126 (warga emas)
Harga Asal:
- RM 238 (dewasa)
- RM 119 (kanak-kanak)
- RM168 (warga emas)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh layari Facebook One World Hotel.
5. Hotel Royal Kuala Lumpur
Hotel Royal Kuala Lumpur bakal menyajikan buffet Ramadan 2025 dengan tema Pesona Rasa Ramadan. Buffet ramadan ini akan bermula pada 6 Mac hingga 26 Mac 2025/
Antara hidangan utama yang boleh dinikmati termasuk Nasi Minyak, Kambing Golek dan Satay.
Bufet ini akan berlangsung di Makan Makan Coffee House dari jam 7 petang hingga 9.30 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
Harga untuk dewasa ialah RM118, dan RM68 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Manakala, untuk pembelian EARLY BIRD, harga yang ditawarkan ialah RM98 sahaja. Pembelian EARLY BIRD boleh dilakukan bermula 20 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak hotel atau ikuti Facebook Hotel Royal Kuala Lumpur.
6. The Avenoir Putrajaya
Buffet Ramadan 2025 di The Avenoir, Putrajaya kali ini menampilkan tema “Sesedap Rasa Ramadan”.
Dengan konsep dan hidangan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan, ia menawarkan juadah tradisional Melayu, Asia, dan antarabangsa.
Pilihan ini termasuk hidangan popular seperti nasi campur, lauk tradisional, pencuci mulut seperti kuih-muih Melayu, serta minuman tempatan.
Lokasinya di tengah-tengah Putrajaya memberikan suasana eksklusif dan sangat mudah untuk diakses.
Dari segi harga pula, ia sangat berpatutan dan mampu milik. Dewasa, RM79.90 manakala, warga emas pula RM59.90 dan kanak-kanak, RM39.90. Pembelian untuk 10 orang akan dapat percuma satu.
Untuk tempahan, anda boleh hubungi nombor yang tertera pada poster di bawah. Ikuti Facebook TheAvenoir Event Hall Putrajaya untuk info terkini dan maklumat lanjut.
7. Hotel Olympic Malaysia
Hotel Olympic Malaysia telah mengumumkan Sajian Meriah Ramadan Buffet untuk tahun 2025, menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Buffet ini akan menawarkan 60 jenis masakan dan pilihan menu yang pelbagai, memastikan ada sesuatu untuk setiap citarasa.
Pihak hotel telah memulakan promosi awal sejak 7 Januari 2025, dengan menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk tempahan awal.
Harga untuk EARLY BIRD untuk dewasa adalah serendah RM99.90 dan kanak-kanak, RM39.90.
Dapatkan info lebih lanjut melalui Instagram hotel_olympic_malaysia atau Facebook Hotel Olympic Malaysia
8. Silka Hotel
Silka Cheras Kuala Lumpur menawarkan buffet Ramadan 2025 yang dikenali sebagai “Santapan Warisan”.
Buffet ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 27 Mac 2025, menjanjikan pengalaman kuliner yang istimewa dengan hidangan klasik Malaysia yang dipilih khas oleh Chef Muhamad Ramli.
Buffet ini tersedia pada hari Khamis hingga Ahad dan pada hari cuti umum.
Harga biasa untuk buffet ini adalah RM98 nett untuk dewasa, RM85 nett untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, dan RM75 nett untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun.
Walau bagaimanapun, Silka Cheras menawarkan promosi awal yang menarik bagi tempahan yang dibuat dari 1 hingga 28 Februari 2025.
Harga promosi ini adalah RM88 nett untuk dewasa, RM75 nett untuk warga emas, dan RM65 nett untuk kanak-kanak.
Bagi mereka yang berminat untuk menikmati “Santapan Warisan” ini, tempahan boleh dibuat melalui talian +60391089280 atau +60166521200.
Rujuk pautan berikut untuk info lebih lanjut:
https://www.silkahotels.com/silka-cheras/deals-offers/santapan-warisan.html
9. Aloft Kuala Lumpur Sentral
Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Aloft Kuala Lumpur Sentral pada bulan Ramadaan akan datang!
Aloft Kuala Lumpur Sentral menawarkan buffet Ramadan 2025 yang dikenali sebagai “Santapan Selat Melaka” di restoran Nook. Buffet ini akan berlangsung dari 3 hingga 28 Mac 2025, setiap hari dari pukul 6:00 petang hingga 10:00 malam.
Harga asal buffet adalah RM188 nett untuk dewasa dan RM98 nett untuk kanak-kanak.
Manakala harga early bird adalah RM148 sahaja dan tempahan perlu dibuat pada 3 Februari 2025-28 Februari 2025. Bonus untuk 100 tempahan pertama, anda pertama akan menerima pas premium Viu percuma selama 14 hari.
Buffet ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional Melayu dengan sentuhan unik Aloft, termasuk Nasi Ulam, Ayam Pongteh, Kambing Bakar Berempah dengan Nasi Beriani, Kueh Pie Tee, Rambutan Puding Diraja, dan Pulut Tai Tai.
Pengunjung juga boleh menikmati suasana bazar Ramadan dengan hidangan seperti Roti John, Murtabak Ayam, dan satay.
Untuk tempahan, anda boleh menghubungi:
- WhatsApp: +6012 338 3095
- Telefon: +603 2723 1154
- E-mel: kulal.b&[email protected]
10. Wyndham Grand Bangsar KL
Bagi anda yang mencari lokasi berbuka puasa di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Wyndham Grand Bangsar KL juga saklah satu pilihan hotel yang menawarkan Buffet Ramadan 2025.
Anda boleh nikmati suasana berbuka yang bertemakan “Sajian Warisan Nusantara” dengan pelbagai hidangan istimewa di sini.
Kali ini, lebih 10 jenis warung/stall menanti anda dengan pelbagai pilihan menu menarik. Antara menu yang ada ialah:
- Kambing golek
- Live Fresh Coconut Shake
- Live Char Kway Teow
- Live Teh Tarik , Kopi Tarik , Nescafe
- Dimsum
- Sate
- Live Goreng-goreng
- Live Aneka Ikan Bakar Portugis Style
- Aneka Sup Utara
- Aneka Bubur Manisan
- Live Cendol & ABC
- Cold Dessert
- Live Roti Canai
- Masakan Barat (Western Cuisine)
- Masakan India (Indian Cuisine)
- Masakan Cina (Chinese Cuisine)
dan pelbagai lagi!
- Lokasi : Link Restaurant, Wyndham Grand Bangsar hotel
- Tarikh: 5 Mac – 29 Mac 2025
- Masa: 6.30 PM – 10.00 PM
HARGA
- Early bird price : RM148net (Before 28Feb)
- Harga Biasa (tempahan selepas 28 Feb): RM188net (Dewasa) | RM98net (Kanak-kanak)
Untuk tempahan:
- Hubungi: +603 2298 1888 (Ext. 5000) |
+6016 336 6792 (WhatsApp)
- Email: [email protected]