BUDI Agri Komoditi – Semakan & Permohonan Subsidi Diesel

budi-agri-komoditi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

BUDI Agri Komoditi – Semakan & Permohonan Subsidi Diesel

Menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kementerian Kewangan akan membuka pendaftaran Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI mulai 28 Mei 2024.

Pemilik kenderaan diesel persendirian individu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu. Bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi, permohonan boleh dibuat di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

@ecentral.my

Korang dah boleh mohon bantuan subsidi diesel Budi Madani bermula 28 Mei 2024. Boleh dapat tunai RM200 sebulan tau! #subsididiesel #subsidi #bantuankerajaan #bantuankerajaan2024 #budimadani

♬ Hip Hop Background(814204) – Pavel

Pemohon yang layak dinasihati untuk melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan pada pertengahan Jun 2024.

Matlamat utama Kerajaan menyasarkan subsidi diesel adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi negara. Penyasaran ini diharap dapat mengurangkan ketirisan aktiviti penyeludupan, dan pada masa sama, mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat.

Dalam artikel ini akan dikongsikan lebih lanjut tentang BUDI Agri Komoditi.

Pengenalan

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.

Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

@ecentral.my

Replying to @Anime fans ini syarat permohonan subsidi diesel individu 2024. Kalau kereta korang layak, boleh mohon sepanjang tahun ni. RM200 pun okay untuk bantu kurangkan beban minyak diesel bulanan 👍🏻 #subsididiesel #subsidi #bantuankerajaan #bantuankerajaan2024 #budimadani #mysubsididiesel

♬ Chill Vibes – Febri Handika

Syarat Kelayakan BUDI Agri Komoditi 2024

Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel.

Pesawah dan nelayan tidak terlibat untuk penyasaran subsidi diesel fasa pertama ini. Subsidi sedia ada akan diteruskan sehingga dimaklumkan kelak.

Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.

Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:

  • Petani Kecil
    • Warganegara Malaysia;
    • Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
      • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
      • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
      • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
    • Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
    • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
  • Pekebun Kecil
    • Warganegara Malaysia;
    • Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
    • Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
      • Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
      • Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
      • Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
    • Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
    • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.

*Nota: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.

 BUDI Agri-Komoditi

Tarikh Permohonan BUDI Agri Komoditi

Permohonan BUDI Agri-Komoditi adalah dibuka mulai 28 Mei 2024.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, setelah pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai.

Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan/ agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.

budi agri komoditi
budi agri komoditi
budi agri komoditi
budi agri komoditi

Semakan Permohonan / Kelayakan

Kriteria kelayakan telah ditentukan oleh KPKM bagi petani kecil dan KPK bagi pekebun kecil adalah seperti di atas.

Pada masa yang sama, sebarang pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi talian KPKM di 03-88701207 bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat atau e-mel kepada [email protected] bagi petani kecil.

Bagi pekebun kecil pula, pertanyaan boleh dipanjangkan kepada talian KPK di 03-8880 3426/ 03-8880 3431 bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat atau e-mel kepada [email protected].

Maklumat lanjut berkenaan status permohonan boleh diperolehi dengan login ke Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my dan tekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Permohonan Rayuan

Pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan perlu berdaftar dengan Kementerian yang berkenaan terlebih dahulu.

Selepas itu, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan kepada portal BUDI https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan BUDI atau mengemukakan emel kepada [email protected]

Tarikh Bayaran

Pembayaran BUDI Agri-Komoditi akan dilaksanakan secara bulanan dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon yang layak dari semasa ke semasa.

KPKM dan KPK akan membuat proses verifikasi secara berkala bagi memastikan hanya penerima yang layak menerima bantuan tunai.

Jumlah / Kaedah Bayaran

Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan mulai Jun 2024.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN .

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim BUDI Agri Komoditi

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim dalam lampiran di bawah:

budi agri komoditi
budi agri komoditi
budi agri komoditi
budi agri komoditi
budi agri komoditi
  • Pertanyaan berkaitan bantuan bagi petani kecil boleh dipanjangkan melalui talian KPKM:
    • 03-88701207 dan e-mel : [email protected].
    • Waktu operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
  • Pertanyaan barkaitan bantuan bagi pekebun kecil pula boleh dipanjangkan ke KPK melalui talian: 03-8880 3426/ 03-8880 3431 dan e-mel: [email protected];
    • Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).
  • Pertanyaan umum bekenaan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada [email protected].

Baca juga: BUDI Madani 2024 – Semakan Permohonan Subsidi Diesel Individu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut