Borang Pengesahan Pendapatan: Maksud & Contoh Template

Borang Pengesahan Pendapatan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mereka perlu mengemukakan Borang Pengesahan Pendapatan bagi mengesahkan pendapatan mereka.

Borang ini sebagai ganti kepada slip gaji yang untuk mereka mengemukakan apa-apa bantuan atau permohonan yang lain.

Maksud Borang Pengesahan Pendapatan

Borang ini secara umumnya ialah borang bagi seseorang untuk mengisytiharkan pendapatan mereka disebabkan mereka tidak mempunyai slip gaji.

Sebagai contoh, mereka yang bekerja sendiri tidak mempunyai slip gaji dan mereka perlu mengisi borang ini untuk mengesahkan pendapatan mereka.

Di dalam borang ini, individu perlulah menyatakan jumlah pendapatan mereka dan ianya perlulah mempunyai pengesahan.

Butiran Dalam Borang

Di dalam borang ini, mestilah mempunyai butiran-butiran berikut:

  • Nama
  • Alamat
  • No. kad pengenalan
  • Pekerjaan
  • Pendapatan bulanan
  • Tandatangan individu
  • Tandatangan pengesahan
  • Cop rasmi

Pengesahan Borang

Lazimnya, pihak-pihak berikut boleh membuat pengesahan borang ini iaitu:

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Profesional (Kumpulan A)
  • Pengamal Undang-undang
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Pengetua, Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
  • Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
  • Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas
  • Penghulu
  • Ketua Kampung
  • Penggawa
  • Tuai Rumah
  • Ketua Kaum
  • Ketua Mukim yang bertauliah

Kesalahan Membuat Penyataan Palsu

Pengesahan borang ini diperlukan bagi mengesahkan individu, jumlah atau amaun pendapatan yang dinyatakan mestilah benar.

Jika terdapat penipuan, mereka akan didakwa kera membuat penyataan palsu.

Sekiranya didapati memberi dan mengesahkan maklumat yang tidak benar, mereka boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Contoh Template Borang

Contoh template borang ini boleh dirujuk seperti file di bawah:

Baca juga: Borang MyKasih 2024: Syarat Permohonan dan Cara Mohon

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut