Sekarang ini terdapat banyak eWallet di Malaysia dan antara yang popular adalah Boost eWallet dan GrabPay.
Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017 sebagai platform yang mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras syarikat telekomunikasi – cara pengguna prabayar menambah kredit mudah alih mereka.
Boost membolehkan pengguna membayar melalui telefon bimbit mereka di lokasi yang mengambil bahagian tanpa perlu menggunakan wang tunai atau kad fizikal.
Sehingga kini, 8.8 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih 213,000 pusat sentuh pedagang di seluruh negara.
Muat turun aplikasi
Bagi anda yang berminat menggunakan kemudahan ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
- App Gallery – Untuk pengguna Huawei
Cara daftar
Bagi pembaca yang berminat menggunakan Boost, ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftaran:
- Muat turun aplikasi Boost
- Buka aplikasi Boost
- Klik pada butang “Register”
- Masukkan nombor telefon anda
- Klik pada simbol anak panah yang terletak pada penjuru kanan skrin
- Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS
- Pilihan pilihan Postpaid atau Prepaid dan perkhidmatan Telco yang anda gunakan
- Masukkan Nama
- Masukkan Nickname
- Masukkan email address
- Cipta password atau kata kunci yang mahu digunakan bersama akaun
- Tandakan pada kotak Terms and Conditions
- Klik pada simbol anak panah yang terletak pada penjuru kanan skrin
- Tetapkan nombor pin anda untuk pengesahan kesemua transaksi
- Masukkan Invite Code sekiranya ada
Akaun Basic Wallet anda sudah pun diakftikafkan dengan had RM1000 dan had transaksi RM24000 setiap tahun.
Namun, anda boleh menaiktaraf ke akaun Premium Wallet yang mempunyai beberapa kelebihan tambahan.
Kelebihan Boost
- Langgan insurans untuk perlindungan peribadi
- Pembelian secara dalam talian dengan lebih mudah
- Tambah nilai akaun prabayar anda dengan lebih mudah dan pantas
- Boleh gunakan Boost eWallet untuk pembayaran menaiki pengangkutan awam
- Kumpul poin untuk lebih banyak promosi yang boleh ditebus
Promosi Terbaru
Pihak Boost sentiasa memperkenalkan promosi menarik dari semasa ke semasa antaranya:
- Diskaun hebat
- Cashback
- Boost Rewards
- Boost Stars
- dan banyak lagi.
Untuk mengetahui promosi terkini daripada pihak Boost, layari laman promosi Boost di alamat https://www.myboost.com.my/promotions/