Buy Now Pay Later (BNPL) kini merupakan kaedah pembayaran barangan yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata setakat Disember 2024, sebanyak 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif, majoritinya golongan berusia 21-45 tahun.
Jumlah transaksi skim pengguna ini meningkat pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion dalam separuh pertama 2024.
Mengenai Buy Now Pay Later (BNPL)
BPNK merupakan platfrom pembayaran digital yang menawarkan pembayaran secara ansuran kepada pengguna.
Menerusi platform ini, pengguna boleh memiliki barangan idaman tanpa perlu melakukan pembayaran penuh terlebih dahulu dan pembayaran dibuat secara ansuran.
Ini bermakna, pengguna hanya perlu membayar bayaran pendahuluan manakala baki yang selebihnya boleh dilunaskan dalam tempoh yang ditetapkan oleh platform tersebut.
Senarai BNPL Di Malaysia
Antara senarai pembayaran ini di Malaysia adalah seperti di bawah:
Platform | Keterangan | Link |
SPayLater | Pengguna boleh membuat pembelian serta-merta dengan pilihan untuk menangguhkan pembayaran. Perkhidmatan ini juga menawarkan pelbagai pelan pembayaran, membolehkan pengguna membayar secara ansuran dalam tempoh antara 1 hingga 12 belas bulan. | https://shopee.com.my/m/spaylater-offline-payments?gad_source=1&gbraid=0AAAAADPpYTJFn-kxafwbTBbsFeX7NglmW&gclid=Cj0KCQjw7dm-BhCoARIsALFk4v_uZ34SKO8mEJcGt3crn1mUMwOA54uLn3O-sOgY5EHZSU4bySSKcZEaAguNEALw_wcB |
Atome | Atome menawarkan pengguna pembayaran yang fleksibel di peruncit dalam talian dan luar talian yang popular merentas kategori seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup, perjalanan, kecergasan dan perkakas rumah. Ianya sebahagian daripada Atome Financial, sebuah syarikat fintech terkemuka dengan pengalaman luas dalam kewangan pengguna dan mempromosikan keterangkuman kewangan melalui teknologi AI. | https://www.atome.my/ |
Grab PayLater | Grab PayLater PayLater menawarkan pembayaran ansuran bulanan selama 4, 8, dan 12 bulan atau pembayaran untuk bulan seterusnya. | https://www.grab.com/my/finance/pay-later/ |
MOBY | MOBY merupakan platform pembayaran ansuran yang mana pengguna boleh membeli-belah dengan had kredit sehingga RM10,000.00. | https://moby.my |
Kelebihan BNPL
Antara kelebihan pembayaran ini adalah seperti berikut:
- Kadar Faedah yang Dikenakan adalah 0%
Kebanyakan platform yang menawarkan pembayaran ini menawarkan kadar faedah sebanyak 0 peratus. Ini bermakna, pengguna tidak akan dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan sekiranya membuat pembayaran. Namun, pengguna tertakluk kepada caj tertentu sekiranya terlewat membuat pembayaran. - Kelulusan Tanpa Berpandukan Skor Kredit
Walaupun pengguna tidak mempunyai skor kredit yang baik, mereka masih ditawarkan untuk pembayaran ini. Ianya sedikit berbeza dengan membuat pinjaman atau memohon kad kredit yang memerlukan anda memiliki skor kredit yang baik. - Pembahagian Bayaran kepada Beberapa Bulan
Pembahagian pembayaran secara ansuran dapat mengelakkan pengguna berbelanja melebihi bajet mereka. Ini boleh membantu mengelakkan mereka daripada menggunakan simpanan kecemasan dan membolehkan anda memperuntukkan simpanan ini untuk perkara penting lain.
Keburukan BNPL
Namun, pembayaran kaedah ini mempunyai keburukannya seperti:
- Kadar Caj yang Tinggi
Kebanyakan platform pembayaran ini mengenakan kadar caj yang tinggi jika pengguna terlewat bayar ansuran bulanan mereka. Malah, kadar caj atau faedah juga kadangkala lebih tinggi berbanding kadar caj yang dikenakan kad kredit. - Meningkatkan Kecenderungan Berbelanja
Platform ini meningkatkan kecenderungan pengguna untuk membeli pelbagai barangan termasuk barangan yang anda mungkin tidak perlu dan mereka berbelanja tanpa kawalan. - Kesan pada Skor Kredit
Sesetengah platform BNPL mungkin akan melaporkan rekod pembayaran lewat kepada agensi yang menyelia skor kredit seperti CCRIS dan CTOS. Ia mungkin akan menyukarkan pengguna untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kereta.
Tips Menggunakan BNPL
Tips menggunakan pembayaran ini adalah seperti berikut:
- Teliti terma dan syarat sebelum membuat pembelian bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau pertikaian.
- Jangan berbelanja melebihi kemampuan dan tidak overspend.
- Fahami skor kredit.
- Semak kadar caj pembayaran lewat supaya tidak dikenakan caj pembayaran lewat.
- Buat Pembayaran Awal
Sumber: https://www.qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/buy-now-pay-later/
Baca juga: Eco Shop Malaysia Naik Harga Di Semua Rangkaian Mulai 14 April 2025