Block video YouTube yang tidak sesuai adalah langkah penting untuk melindungi anak-anak daripada kandungan negatif dan tidak bermoral.
Walaupun YouTube menawarkan pelbagai video pembelajaran dan hiburan, ia juga mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Tanpa pengawasan dan penapisan yang betul, anak-anak boleh terdedah kepada video yang tidak sepatutnya.
Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan cara mudah untuk block video YouTube yang bukan-bukan, supaya ibu bapa boleh lebih tenang apabila anak menonton secara dalam talian.
Baca juga: Tung Tung Sahur – Fenomena Brain Rot Bahaya untuk Kanak-Kanak
Kaedah Block Video YouTube yang Betul
Berikut adalah cara yang betul untuk block video YouTube dengan selamat:
1. Download YouTube Kids
Cara paling selamat untuk anak-anak tonton video di YouTube adalah melalui applikasi YouTube Kids.
Melalui YouTube Kids, pengguna bukan sahaja boleh mengakses kandungan animasi seperti BoBoiBoy dan Didi & Friends, tetapi sebaliknya turut boleh mengakses kandungan berinformasi seperti National Geographic Kids, dan lain-lain.
Aplikasi ini membahagikan kandungan kepada beberapa kategori seperti Rancangan, Muzik, Pembelajaran dan Eksplorasi, sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Selain itu, ibu bapa boleh menetapkan had masa menonton, mengehadkan carian, dan memilih kandungan berdasarkan umur anak, sama ada prasekolah, sekolah rendah atau lebih besar.
Kelebihan utama YouTube Kids:
- ✅ Kandungan ditapis secara automatik dan manual untuk menyingkirkan video tidak sesuai
- ✅ Ciri kawalan ibu bapa (Parental Controls) yang mudah digunakan
- ✅ Reka bentuk visual dan audio mesra kanak-kanak
- ✅ Pilihan untuk mematikan fungsi carian supaya anak hanya boleh menonton kandungan yang diluluskan
- ✅ Boleh membuat profil berasingan untuk setiap anak
2. Melalui Google Chrome
Jika anda ingin block video YouTube yang bukan-bukan terus dari komputer atau laptop menggunakan pelayar Google Chrome, anda boleh gunakan extension Video Blocker.
Kaedah ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang mahu menapis kandungan secara manual dan menyekat terus mana-mana channel yang tidak sesuai.
- Buka pelayar Google Chrome di komputer atau laptop anda.
- Cari “Video Blocker” di Google atau terus di Chrome Web Store.
- Klik pada pilihan pertama dalam senarai dan tekan butang “Add to Chrome” untuk memasang extension tersebut ke dalam pelayar anda.
- Setelah dipasang, pergi ke laman YouTube dan cari kata kunci video yang ingin anda sekat.
- Apabila senarai video muncul, klik kanan pada tajuk video, kemudian pilih “Block videos from this channel”.
- Semua video daripada channel tersebut akan disekat secara automatik.
- Untuk menyekat channel secara manual, klik pada ikon Video Blocker di bahagian atas kanan Chrome.
- Klik butang “Add”, masukkan nama channel (boleh dilihat di bawah tajuk video), dan tekan simbol “+”.
Gunakan langkah-langkah ini secara berulang untuk setiap channel yang anda ingin sekat, supaya anak-anak tidak lagi terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai di YouTube.
3. Aktifkan Restricted Mode
Restricted Mode atau Mod Terhad ialah ciri sedia ada di YouTube yang membantu menapis kandungan sensitif, ganas atau tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Ia sesuai untuk digunakan oleh ibu bapa, guru atau penjaga bagi melindungi anak-anak daripada tontonan yang tidak diingini.
- Log masuk ke akaun YouTube anda menggunakan pelayar web (contohnya Google Chrome).
- Klik pada ikon profil (gambar akaun) di bahagian atas kanan YouTube.
- Skrol ke bawah dan pilih “Restricted Mode: Off” atau “Mod Terhad: Mati”.
- Klik pilihan tersebut, dan hidupkan butang toggle untuk “Aktifkan Mod Terhad” / “Turn On Restricted Mode”.
Mod ini bukan 100% sempurna, tetapi ia sangat membantu sebagai langkah awal perlindungan tontonan anak-anak di YouTube.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang ini, anda boleh rujuk YouTube Safety Mode Support Page.
Baca juga: 10 Channel Youtube Terbaik untuk Anak Belajar & Bermain
Senarai Channel YouTube Yang Patut Anda Block
Berikut antara senarai channel di YouTube yang akan terpapar pada bahagian kartun namun sangat tidak baik untuk ditonton anak-anak kita. Antaranya:
- Peppa Pig
- Doc McStuffins
- Thomas the Tank Engine
- Superhero vs Superhero
- Real Life SuperHero
- Ryan’s Toys Review
- Diana & Roma
- Nastya Show
Kesimpulannya, mengambil langkah untuk block video YouTube yang tidak sesuai adalah salah satu usaha penting dalam memastikan anak-anak hanya terdedah kepada kandungan yang selamat, mendidik dan sesuai dengan umur mereka.
Dengan menggunakan tetapan kawalan ibu bapa, aplikasi YouTube Kids dan ciri penapisan yang tersedia, ibu bapa dapat mewujudkan persekitaran tontonan yang lebih selamat dan positif.
Jangan biarkan algoritma menentukan tontonan anak, ambil kawalan hari ini!