Semakan & Permohonan BKSS 7.0 & BKSS 7.0 Plus Untuk Peniaga

PERMOHONAN BKSS 7.0 Dan BKSS 7.0+, SEMAKAN KELAYAKAN & TARIKH PEMBAYARAN

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan melancarkan BKSS 7.0 di Dewan Serbaguna, Yayasan Sarawak Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petrajaya.

Menurut Abang Johari, bantuan ini memberi fokus kepada perusahaan dan perniagaan yang sihat setelah menghadapi beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan pelbagai aktiviti ekonomi tertangguh dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 dan BKSS 1.0 – 6.0 kini melibatkan perbelanjaan RM4.5 billion.

Antara bantuan yang diberikan di bawah BKSS 6.0 termasuklah bantuan tunai bagi isi rumah B40, elaun enam bulan kepada petugas barisan hadapan, bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja, pemandu ‘e-hailing’ dan guru memandu, individu bujang, pemilik dan pengusaha penambang, pengusaha van berlesen, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan pengusaha van sekolah, pemandu pelancong, dan pemandu pelancong Taman Negara, Agensi Pelancongan Berlesen, Operator ‘Homestay’ Berlesen dan Pemandu Kenderaan Perlamcongan Berlesen.

Bantuan lain termasuklah diskaun bil air dan elektrik, kadar cukai taksiran, diskaun 30% cukai tanah, bakul makanan dan sewa bagi penerima yang layak.

Kerajaan negeri turut meneliti kegiatan ekonomi perusahaan dan perniagaan yang masih menanggung kos peralatan, gaji pekerja dan sewa yang mengganggu aliran tunai membantutkan perkembangan ekonomi mereka sejak pandemik COVID-19 melanda serta berbincang dengan wakil persatuan perusahaan dan perniagaan bagi membincangkan usaha atau strategi memulihkan kegiatan ekonomi terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Ekonomi dijangka akan beransur pulih semasa tempoh peralihan fasa PKP dengan pembukaan sektor ekonomi berperingkat setelah Program Vaksinasi Sarawak mencapai 80 peratus,” ujar Abang Johari.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang BKSS 7.0 untuk makluman bersama.

Apakah BKSS 7.0 ?

BKSS 7.0 menyediakan bantuan kewangan RM10 ribu ringgit (‘one-off’) untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021 kepada lebih kurang 40 ribu perniagaan melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa dan upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Ini?

Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang aktif dan telah berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020 layak mendapat bantuan khas kewangan one-off sebanyak RM10,000.

PKS merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Sarawak.

Walau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk entiti awam yang berada di papan utama dan subsidiari seperti berikut:
(i) Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
(ii) Syarikat multinasional (MNCs);
(iii) Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),
(iv) Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
(v) Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

Rujuk video ini untuk info lebih lanjut: https://bkssonlinesme.sarawak.gov.my/sme_api/video/T0-Introduction.mp4

Apakah BKSS 7.0 Plus?

Pengumuman Bantuan BKSS 7.0 Plus telah diumumkan pada 14 Oktober 2021 oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Menerusi bantuan tambahan ini, wang tunai RM3,000 akan diberikan kepada semua usahawan mikro yang berdaftar dengan Perkeso pada 31 Mac 2021.

bkss 7

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dibuat secara online melalui pautan https://service.sarawak.gov.my/

Pihak Kerajaan Sarawak juga akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat kepada alamat berdaftar atau emel rasmi PKS yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.

Tarikh Permohonan & Kemaskini

Permohonan telah dibuka mulai 7 Oktober lalu dan kemaskini permohonan dibuka sehingga 27 November.

Sila rujuk pautan berikut untuk membuat semakan kelayakan dan kemaskini:

https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

Cara Permohonan

Kelayakan diberi kepada syarikat-syarikat di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana yang aktif menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan dan berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020.

Untuk mendaftar, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://sarawak.gov.my/.

Sila muatnaik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam infografik di bawah:

Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.

Sila rujuk panduan permohonan lengkap di pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/333/

Sesetengah PKS yang layak juga telah menerima surat rasmi daripada Unit Perancang Ekonomi Sarawak.

Rujuk surat di bawah:

bkss 7.0
bkss 7.0

Tarikh Bayaran BKSS 7.0 & BKSS 7.0+

Bayaran bantuan sebanyak RM5000 pada awalnya dijadualkan akan diagihkan pada bulan Oktober dan baki RM5000 pada Disember 2021.

Bantuan BKSS 7.0 Plus dijangka akan dibayar pada Disember 2021 dan memberi manfaat kepada 24,600 usahawan mikro, dengan kos kepada kerajaan sekitar RM73.8 juta.

Cara Bayaran BKSS 7.0

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank rasmi PKS yang dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Sarawak iaitu dalam 2 peringkat, RM5,000 pada Oktober 2021 dan RM5,000 pada Disember 2021.

bkss 7.0

Baca juga: BKSS Peniaga 2021: Semakan Tarikh Bayaran RM1500 (Fasa 1 & Fasa 2)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

ATAU hubungi saluran berikut

  • Online :  https://talikhidmat.sarawak.gov.my/
  • Telephone : +6082-555999
  • Email : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!