Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Selangor meneruskan program bantuan bagi bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja Gig atau P-Hailing menerusi Program BikeCare-1000 bagi tahun 2024.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program ini.
Apakah Program BikeCare-1000?
Program BikeCare-1000 adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.
Program bantuan ini adalah satu inisiatif Kerajaan Selangor sejak tahun 2022 bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.
Baca Juga : Belanjawan Selangor 2023: Intipati Bantuan Untuk Rakyat
Syarat Kelayakan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.
- Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.
- Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.
- Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
- Perrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).
- Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.
Cara Memohon Bantuan BikeCare-1000
Calon yang berminat boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1ZvyjM4m_fSDQwNbMoZ5GTpWs5jqFeWhR/view?pli=1
- Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.
- Setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu dan tidak lengkap.
- Permohonan lewat tidak akan diproses.
- Kegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iaitu 01/03/2024.
- Borang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:
East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga perlu kemukakan dokumen seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon (yang jelas).
- Salinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).
- Salinan penyata bank terkini (2 bulan).
- Salinan lesen motosikal.
- Salinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja P-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).
Tarikh Permohonan
Pemohon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 01/03/2024.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari pautan https://surveyheart.com/form/63be7ad120c36b76bd5e36e8?fbclid=IwAR0T2Z9ybWH1POgcQC0SlClEQMMncHeRYNja1AdAUKh0piUq_jwbbJp6t_8 dan ikuti perkembangan terkini melalui Facebook UPPS.
*Pentadbir akan menghubungi anda selepas mendaftar atas talian dalam tempoh 48 jam.