Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025 (BYDPA)

BYDPA
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang cemerlang dan berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D).

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BYDPA 2025 untuk makluman bersama.

Siaran Media Berkenaan Pelawaan Permohonan BYDPA

Apakah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?

Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Baca juga: STAM – Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024/2025

    Tarikh Permohonan

    Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 3 Februari 2025 sehingga 28 Februari 2025.

    Permohonan adalah secara online di portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my

    Cara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2025

    Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my 

    Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025 sama ada secara serahan tangan atau pos.

    Sila rujuk lampiran di bawah untuk permohonan:

    Notis Iklan

    Lampiran A – Panduan

    Lampiran 1 – Senarai IPT Tempatan

    Lampiran 2 – Senarai IPT Terkemuka Dunia

    Lampiran 3 – Senarai Bidang dan Sub-Bidang 

    Lampiran 4 – Panduan Menulis Kertas Cadangan

    Borang PPSM

    Sila Klik di Sini Untuk Mohon

    Maklumat Lanjut

    Layari portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau

    • Hubungi talian 03 – 8885 3569 / 3428 (Isnin – Jumaat , 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau
    • e-mel: [email protected]
    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut