Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 & Jaminan Pekerjaan

Berita baik buat pelajar lepasan peringkat Asasi atau mereka yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa kerana pihak syarikat Innovalues Precision telah membuka permohonan untuk biasiswa Innovalues bagi tahun 2022.

Bagi yang tidak tahu, Innovalues ​​Precision Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dengan kilang mereka di Johor dan diasaskan dan mula beroperasi pada tahun 1997.

Syaikat perniagaan utama syarikat ini termasuk termasuk pembuatan aksesori alat mesin and alatan mesin cetak.

Tempoh dan cara permohonan

Permohonan bagi biasiswa Innovalues ini dibuka daripaa 01 Julai 2022 hingga 31 Ogos 2022.

Bagi calon yang berminat, anda hendaklah melengkapkan segala maklumat dalam borang dalam talian di alamat https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=SuvVBXDMkUOAubFVwIR6mhvab8aodW5JuQzEFLCta3NUMUE5R040Rk1IUVVKN0JQWERXM1NMODYwWS4u

Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan kerana permohonan yang lewat tidak akan diterima sama sekali

Kursus pengajian

biasiswa Innovalues

Satu perkara yang menarik mengenai biasiswa Innovalues ini adalah pelajar yang mendapat biasiswa ini akan mendapat tawaran kerja daripada pihak syarikat Innovalues Precision Sdn. Bhd.

Oleh itu, tawaran biasiswa ini hanya terbuka buka pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPT dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh syarikat ini sahaja.

  1. Kejuruteraan Mekanikal atau setaraf
  2. Pembuatan/ Kejuruteraan Industri atau Sistem Pembuatan atau setaraf
  3. Kejuruteraan Mekatronik
  4. Kejuruteraan elektronik

Syarat kelayakan

Hanya pelajar yang menepati syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka.

  1. Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di bawah umur 25 tahun.
  2. Pengesahan pelajar kemasukan dari Universiti Tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa.
  3. Pelajar Ijazah sedia ada .
  4. Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.
  5. Pelajar yang berjaya akan berkhidmat di bawah perkhidmatan wajib Innovalues ​​3 tahun selepas tamat pengajian.
  6. Amaun biasiswa : Maks. RM32,00.00

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan biasiswa Innovalues ini, anda boleh menghantar emel ke [email protected] atau menghubungi 07-2536 000.

Adakah anda calon yang dicari oleh pihak Innovalues?

Jangan lepaskan peluang untuk memohon, mana tahu rezeki anda untuk mendapat biasiswa pengajian ini.

Bantu kami share artikel ini: