Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2021)

biasiswa bantuan kewangan kpt 2021 2022
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tahukah anda, terdapat pelbagai Program Biasiswa dan Bantuan Kewangan yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk para pelajar.

Berikut kami kongsikan status penawaran biasiswa dan bantuan kewangan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang terkini beserta tarikh permohonan untuk makluman bersama.

biasiswa kpt 2021

Baca juga: Kempen Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapat Tabung Percuma

Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2021)

Rujuk senarai biasiswa & bantuan KPT di bawah:

1. Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)

Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

2. Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)

Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.

3. MyBrainSc

Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league.

Program ini dilaksanakan bagi  menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.

4. YBM Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT

Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.

5. YBM Pengajian Tinggi – Anugerah Tokoh Siswa

Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.

6. Bantuan Kewangan Asasi IPTA

Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.

7. Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)

Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.

8. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK)

Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja.

Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja).

Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat  kelayakan.

9. Malaysia International Scholarship (MIS)

Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui syarat permohonan, tarikh penawaran dan maklumat lanjut sila ke pautan berikut: https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa#

Untuk info terkini, sila follow Facebook Kementerian Pengajian Tinggi dan kunjungi laman web rasmi KPT atau hubungi pegawai seperti tertera di infografik.

Baca juga: Bantuan Tunai Pendaftaran IPT RM2,000 Secara One-off (BUDI 2021)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut