Penggunaan beras pulut atau turut dikenali dengan nama Sticky Rice, bukanlah satu pekara asing dalam masyarakat di Malaysia. Beras jenis ini telah digunakan dalam pelbagai juadah tidak kira sebagai hidangan utama ataupun sebagai manisan
Bagi anda yang ingin mengetahui lagi tentang pulut dan cara memasaknya. Pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Beras Pulut
Pulut merupakan sejenis bijirin beras, yang mempunyai ciri warna yang tidak berkilat serta mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak. Kandungan kanji yang tinggi ini menyebabkan hasil masakan beras ini lebih melekit berbanding beras yang lain.
Di Malaysia pulut ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu pulut putih dan pulut hitam. Apa yang membezakan dua pulut ini ialah lapisan bran (luaran). Lapisan bran bagi pulut putih akan diasingkan, manakala bagi pulut hitam pula lapisan brannya tidak diasingkan.
Penggunaan beras pulut di Malaysia ini sangat meluas terutamanya dalam budaya masakan masyarakat Melayu. Antara hidangan yang menggunakan pulut dalam masakannya ialah:
- Pulut kuning
- Tapai pulut
- Kuih seri muka
- Dodol
- Wajik
Harga Beras
Seperti harga beras lain, harga beras pulut juga ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, gred, jenis dan sebagainya.
Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun berat dan jenama beras adalah sama, terdapat kemungkinan besar harga beras di pasar raya besar dan peruncit adalah berlainan.
Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat yang anda ingin di laman BigGoMY
Khasiat & Keistimewaannya
Tahukah anda beras pulut ini banyak khasiat dan keistimewaannya yang tersendiri. Antara khasiat dan keistimewaan tersebut ialah:
- Tidak mengandungi kolestrol dan lemak.
- Mempunyai nutrisi lain seperti:
- Selenium
- Zink
- Magnesium
- Tembaga
- Vitamin B
- Antioksidan
Selain itu, beras pulut juga mempunyai manfaat ke atas kulit kita. Penggunaan beras jenis ini sebagai scrub dan mask dapat membantu dalam menjadikan kita lebih awet muda.
Resipi Ringkas / Cara Masak Beras Pulut
Bagi anda yang ingin mencuba memasak beras pulut ini, berikut kami kongsikan cara mudah untuk memasak beras jenis ini:
- Sediakan satu cawan beras dan basuh sehingga bersih.
- Rendam beras dalam tempoh 20 hingga 30 minit.
- Masukkan beras ke dalam periuk dan ukur air dengan nisbah 1 (Beras) : 1 (Air).
- Masukkan satu sudu minyak agar pulut dihasilkan berkilat dan tidak bekerak.
- Masukkan sedikit garam bagi menaikkan rasa lemak pulut.
- Masak seperti biasa.
*NOTA: Jika anda masak atas api, pastikan guna api sederhana agar pulut tidak bekerak.