Beras basmathi atau turut dikenali sebagai raja beras, merupakan beras yang berasal dari India. Beras jenis ini mempunyai aroma yang wangi dan panjang-panjang bentuknya. Ia boleh dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai masakan, antaranya ialah:
- Nasi Beriani
- Nasi Arab
- Nasi Minyak
- Nasi Tomato
Beras ini juga mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri, yang menyebabkan ia menjadi salah satu pilihan utama orang ramai dalam memilih beras buat keluarga mereka.
Harga Beras 1KG, 5KG, & 10KG
Seperti harga beras putih biasa, harga bagi beras basmathi juga ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, gred, jenis dan sebagainya.
Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun jenis dan jenama yang sama, harga beras di pasar raya besar dan peruncit akan berlainan.
Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat (1Kg, 5Kg, dan 10Kg) di laman BigGoMY
Khasiat & Keistimewaan Beras
Bagi anda yang ingin mencuba beras basmathi ini, namun tidak mengetahui khasiat dan keistimewaannya. Berikut kami senaraikan kelebihan beras ini buat pengetahuan anda:
- Mempunyai aroma yang wangi
- Mempunyai tekstur yang lembut
- Beras jenis ini juga tidak mudah patah dan hancur
- Beras basmathi mempunyai kadar glukosa yang rendah
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi
- Mengandungi vitamin B kompleks dan mineral
- Merupakan beras antioksidan
- Beras basmathi juga mudah dimasak
- Boleh digunakan dalam pelbagai jenis resipi
Cara Masak/Resipi Beras Basmathi
Bagi mendapatkan nasi basmathi yang sedap di masak, anda perlu memasaknya dengan cara berikut:
- Sukat beras dan masukkan ke dalam periuk nasi
- Rendam beras selama 20-30 minit.
- Buang air dan toskan beras.
- Masukkan air dengan nisbah 1 beras untuk 1 1/4air (1:1 1/4)
- Akhir sekali, masak seperti biasa.
*TIPS:
- Elakkan mengacau beras basmathi sewaktu cecair mengering bagi mengelakkan beras patah.
- Sekiranya memasak menggunakan api dapur, pastikan api dapur dikecilkan setelah cecair kering dan periuk ditutup rapat untuk mengelakkan wap keluar.
- Setelah nasi masak, biarkan selama 5 minit sebelum mengacau nasi.
- Setelah 5 minit berlalu, kacau nasi secara perlahan-lahan bagi memastikan tekstur nasi menjadi cantik dan berderai sebutir-sebutir dengan elok.
Sumber: Mohd Shah
Dapatkan beras basmathi anda di Shopee dengan harga yang berpatutan
Baca juga: Harga Beras Malaysia MADANI 1kg, 5kg, 10kg & Saluran Aduan