TERKINI: Sarawak memperuntukkan RM15.8 bilion dalam Belanjawan Sarawak 2025 yang dibentangkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.
Ini adalah Bajet yang tertinggi dalam sejarah Sarawak di mana anggaran pendapatan Sarawak adalah sebanyak RM 14.2 billion ringgit. Bajet akan memberi fokus 62% kepada inisiatif pembangunan luar bandar.
Apa itu Belanjawan Sarawak 2025
Belanjawan Sarawak 2025 merujuk kepada peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia khusus untuk pembangunan negeri Sarawak bagi tahun 2025.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober 2024, Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM5.9 billion, menjadikannya antara negeri dengan peruntukan tertinggi bersama Sabah yang menerima RM6.7 billion.
Selain itu, kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta mulai 2025, berbanding RM300 juta pada tahun sebelumnya.
Peruntunkan ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur dan prasarana di Sarawak, termasuk projek seperti Lebuhraya Pan Borneo yang dijangka siap pada November 2024, pembesaran Lapangan Terbang Miri dengan kos RM253 juta, dan pembinaan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan bernilai RM1 bilion.
Belanjawan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Tema Belanjawan Sarawak 2025
Tema Belanjawan Sarawak 2025 : Bersama Membina Masa depan yang Makmur’ ( Together Building A Prosperous Future).
Lapan Teras Strategik
Belanjawan Sarawak 2025 dirangka merentasi lapan teras strategik iaitu :
- Mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak
- Meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan PKS
- Memperkukuh bakat dan pembangunan pendidikan
- Mempercepat inovasi dan transformasi digital
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan inklusif
- Mempromosikan budaya, sukan dan pemerkasaan belia
- Meningkatkan kelestarian alam sekitar
- Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dan kapasiti.
Tiga Fokus Utama
Belanjawan Sarawak 2025 memberi tiga fokus utama untuk masa depan Sarawak iaitu:
- Pembangunan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi
- Pelaburan dalam pendidikan akan menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi.
- Kualiti Hidup yang Lebih Baik
- Inisiatif dalam bidang kesihatan dan kebajikan sosial memastikan akses kepada penjagaan kesihatan dan bantuan bagi golongan yang memerlukan.
- Infrastruktur Mapan dan Moden
- Pelaburan dalam projek infrastruktur moden akan memperkukuh hubungan serta kecekapan negeri, menarik pelaburan, dan mempelbagaikan ekonomi.
Ringkasan Belanjawan Sarawak 2025
Berdasarkan Belanjawan Sarawak 2025, jumlah peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM15.8 bilion iaitu RM4.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM10.9 bilion untuk pembelanjaan pembangunan.
1. INISIATIF UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
- Jumlah perutukan RM450 juta kepada individu yang layak akan diterima bantuan RM250-RM800 sebulan.
- Yang pendapatan isi rumah sebanyak RM 5000 dan kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM 800.
- Warga emas yang tiada pasangan atau tiada anak dengan pendapatan RM5000 atau kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM 400.
- Individu yang tidak berkahwin (bujang) yang berpendapatan sebanyak RM2500 dan kebawah akan menerima bantuan sebanyak RM 250.
- Kesejahteraan Usahawan Mikro
- RM2.5 juta diperuntukkan untuk latihan, bantuan modal, dan akses pasaran kepada usahawan mikro dari kumpulan B40, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, dan balu.
- Program Peningkatan Pendapatan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
- Sebanyak RM3.75 juta diperuntukkan untuk membantu 750 keluarga memulakan perniagaan kecil.
- Manfaat Kesihatan Warga Emas
- Bantuan perubatan tunai bernilai RM500 kepada 100,000 warga emas untuk membayar bill perubatan mereka di klinik panel yang diluluskan.
- Bantuan ini layak untuk nidividu dalam kategori M40 dan B40 , dimana kebanyakan adalah pesara atau tidak ada pendapatan yang stabil.
- Bantuan Kewangan Pelajar
- Wang Saku : Pelajar Sarawak di IPT di seluruh negara akan terima RM1,200 (keluarga berpendapatan rendah).
- Baucar buku RM500 dan komputer riba percuma (keluarga berpendapatan rendah).
- Diskaun bayaran balik pinjaman 30% PTPTN (graduan Sarawak) : RM15 juta.
- SeDidik dan Tadika/Taska – Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak, selain subsidi yuran Tadika dan Taska sebanyak RM2.5 juta.
- Geran Operasi untuk Universiti dan Kolej
- Universiti Teknologi Sarawak (RM35 juta), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (RM30 juta), i-CATS University College (RM30 juta), dan Kolej Laila Taib (RM5.5 juta).
2. PERUNTUKAN LAIN
- Pembangunan Pelabuhan, Keselamatan Navigasi dan Projek Sungai : RM 125 juta.
- Pembangunan Projek Baharu dan Sambungan Projek Melibatkan Bekalan Elektrik di Sarawak : RM56 juta.
- Pembangunan Kawasan Luar Bandar : RM6.8 bilion.
- Memperluas Liputan Bekalan Air Bersih dan Dirawat : RM352 juta.
- Program Latihan dan Pembangunan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) : RM18.5 juta.
- Skim Perumahan Utama : RM3.55 bilion.
- Siri inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan penjawat awam : RM1.8 juta.
- Projek Bekalan Air : RM352 juta.
- Projek Jalanraya dan Jambatan : RM1 bilion.
3. DANA ALTERNATIF
- Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar : RM150 juta.
- Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) : RM20 juta.
- Projek Bekalan Air : RM452 juta.
- Projek Infrastruktur Semasa dan Baharu : RM4 bilion.
Artikel Berkaitan : SKAS – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025
Sumber Pendapatan Utama 2025
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, anggaran hasil negeri diperoleh daripada pelbagai sumber utama termasuk hasil cukai berjumlah RM6.2 bilion atau 44 peratus daripada jumlah hasil yang dijangka pada 2025.
1. Hasil Cukai – RM6.2 Bilion
Cukai ini adalah cukai jualan negeri ke atas produk komoditi seperti petroleum, minyak sawit mentah, dan kayu menyumbang sekitar RM5.1 bilion. Cukai lain juga termasuklah seperti produk aluminium, arang batu, royalti air mentah, dan royalti hutan, serta royalti perlombongan.
2. Hasil Bukan Cukai – RM7 Bilion
Diperolehi daripada pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas iaitu sebanyak RM2.7 bilion; pendapatan dividen (RM2.9 bilion); pendapatan faedah (RM853 juta); premium tanah (RM400 juta), dan pampasan tunai untuk duti import dan eksais produk petroleum.
3. Geran dan Bayaran Balik Persekutuan – RM937 Juta
Kenaikan kadar Geran Khas Sementara untuk Sarawak daripada RM300 juta kepada RM600 juta berkuat kuasa tahun depan.
Maklumat Lanjut
Kesimpulannya, Belanjawan Sawarak 2025 sememangnya mencatatkan bajet terbesar dalam sejarah Sarawak, mencerminkan kejayaan strategi penstrukturan semula hasil dan pengurusan kewangan yang berhemah.
Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan Belanjawan Sawarak 2025, anda boleh rujuk pautan berikut:
- Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) : https://www.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak
- TVS : https://www.facebook.com/tvsarawak