Bekerja Dari Rumah SSPA – Prinsip Pelaksanaan & Soalan Lazim
Bermula pada 1 Disember 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
𝗕𝗗𝗥 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
Sebagai langkah prihatin Kerajaan MADANI, Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN, 𝗸𝗵𝘂𝘀𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 dengan aliran trafik.
Dasar ini selaras dengan nilai MADANI—mengutamakan keseimbangan kerja dan kehidupan, tadbir urus berdaya tahan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA dengan lebih lanjut.
Baca juga:
Apa itu Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA?
Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA adalah di mana pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari rumah pada hari bekerjanya sama ada secara sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas.
Kerajaan telah menguatkuasakan Dasar Bekerja Dari Rumah bagi pegawai Perkhidmatan Awam dengan merujuk Surat Edaran: JPA.SARAAN(S)256/6/31 Jld.10(30), Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja Dari Rumah mulai 1 Januari 2021.
Walau bagaimanapun pelaksanaan bagi dasar ini hendaklah mengambil kira Prinsip Pelaksanaan BDR – Perkara 7 dan Perkara 9 yang dinyatakan dengan jelas pada Ceraian SR.4.1.2 serta menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan dan pegawai untuk memastikan segala pematuhan peraturan ini dilaksanakan.
Prinsip Pelaksanaan BDR
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya boleh BDR apabila:
- mendapat arahan daripada Kerajaan; atau
- mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan
Dalam keadaan tertentu, Ketua Setiusaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi kepentingan perkhidmatan.
Dasar Bekerja Dari Rumah SSPA
Peraturan Bekerja Dari Rumah
Bagai pegawai yang diarah atau dibenarkan BDR, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi:
- sentiasa berada di rumah sebagai tempat bekerjda dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan;
- sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya;
- sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan
- semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhada kepada:
- Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
- Arahan Keselamatan;
- Peratura-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan
- Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejaskan atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan atau prestasi kerja pegawai. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR.
Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah
Soalan Lazim Bekerja Dari Rumah SSPA
Maklumat Lanjut
𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗗𝗥 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗠𝘆𝗣𝗣𝗦𝗠.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Dasar_Bekerja Dari Rumah SSPA, sila rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jabatan Perkhidmatan Awam.
- MUAT TURUN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024. https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf