Tarikh Bayaran SARA 2025 – Jumlah & Kategori Penerima

Tarikh Bayaran SARA 2025 - Jumlah & Kategori Penerima
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bayaran SARA 2025 – Tarikh, Jumlah & Kategori Penerima

Sukacita dimaklumkan, bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai 15 Januari 2025 (Rabu).

Terdapat lebih kurang 700,000 penerima keseluruhan akan menerima bayaran SARA 2025. 

Bagi tahun 2025 ini, Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun 2024. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Bayaran SARA 2025 dan kategori penerima.

BACA JUGA: Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. 

Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI. 

Pelaksanaan 

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 

Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. 

Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2025 – Disember 2025).  

Manakala kadar tambahan kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan (April 2025 – Disember 2025). 

Siapa yang Layak Menerima SARA 2025?

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada: 

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • i. Warganegara Malaysia; dan
  • ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan 
  • iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.    

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025 

  • i. Warganegara Malaysia; dan
  • ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.  

Semak status kelayakan SARA mulai hari ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my 

Tarikh Bayaran SARA 2025 & Jumlah Bayaran

Sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai 15 Januari 2025. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui mengenai tarikh dan jumlah bayaran SARA 2025:

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Kategori Penerima STR 2025Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah (Tiada had umur)RM2100
RM100/bulan (Januari-Mac)RM200/bulan (April- Disember)
RM900
RM100/bulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1650
RM100/bulan (Januari-Mac)RM150/bulan (April- Disember)
RM450
RM100/bulan (April-Disember)
Bujang (21-59 tahun)RM600
RM50.bulan (Januari-Disember)
Sumber: LHDN
Kategori PenerimaBilangan PenerimaJumlah Kelayakan SARA 2025Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut Bulan
Januari – Mac 2025April – Disember 2025
Isi Rumah
(STR & eKasih)
0.7 jutaRM2,100RM100RM200
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM1,650RM100RM150
Bujang
(STR & eKasih)
RM600RM50RM50
Isi Rumah
(STR sahaja)
4.7 jutaRM900RM100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM450RM50
Jumlah5.4 juta
Sumber: Portal MyKasih

Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.

Sebanyak RM100 sumbangan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.

Barang Keperluan yang Boleh Dibeli SARA 2025

Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan 
  • Barangan persekolahan  

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:  

Cara Memohon SARA 2025

Anda tidak perlu memohon SARA 2025. 

Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. 

BACA JUGA: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara

FAQ – Bayaran SARA 2025

Rujuk PDF untuk mengetahui beberapa soalan dan jawapan lazim mengenai SARA 2025:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my 

Atau, hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut