Baucar Buku Guru Sasbadi: Hadiah Hari Guru Kebangsaan 2024

Berita baik buat para guru di Malaysia sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif khas untuk para guru dan salah satu daripadanya adalah pemberian baucar buku guru tajaan Sasbadi.

Secara keseluruhannya, sebanyak 20 inisiatif khusus ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sebanyak 3 daripadanya adalah daripada Sasbadi.

Latarbelakang Sasbadi

Para guru dan murid di sekolah pastinya begitu sinonim dengan nama syarikat Sasbadi ini yang sudah menjual pelbagai bahan pendidikan di Malaysia lebih daripada 30 tahun.

Pada mulanya, pihak Sasbadi memberi tumpuan kepada menghasilkan bahan pembelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah kebangsaan Malaysia, termasuk buku teks, buku rujukan, buku kerja, kertas ujian dan pelbagai alat bantu pendidikan lain.

Hari ini, syarikat ini telah berkembang menjadi penyedia penyelesaian pendidikan menyeluruh, mencipta kandungan yang memenuhi pelbagai keperluan pendidikan.

Melangkah ke abad ke-21, Sasbadi kini menghasilkan kandungan yang boleh diakses daripada bentuk cetakan konvensional kepada platform digital moden.

Sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan pada tahun ini, pihak Sasbadi ingin memberi penghargaan kepada para guru dengan memberikan mereka Baucar Buku Guru Sasbadi.

AArtikel berkaitan: Hari Guru 2024: Tarikh & Sejarah Sambutan di Malaysia

Inisiatif Sasbadi sempena Hari Guru 2024

Sempena sambuta Hari Guru peringkat Kebangsaan 2024, Sasbadi telah mengumumkan 3 inisiatif khusus sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para guru.

Insiatif-inisiatif tersebut adalah:

  1. 40% Baucar Diskaun Buku Sasbadi
  2. 3 bulan langganan BOOKR percuma
  3. 1 tahun perkhidmatan percuma I-LEARN Ace

Diskaun sebanyak 40% ini boleh dinikmati dengan membuat pembelian secara dalam talian di Sasbadi Store di alamat https://store.sasbadi.com/

Tempoh sah baucar ini adalah daripada 16 Mei 2024 hingga 1 Mei 2024.

Diharapkan para guru dapat mengambil peluang ini utuk mendapatkan Baucar Buku Guru dan inisiatif lain untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran mengajar.

Cara penebusan Baucar Buku Guru Sasbadi

Adakah anda seorang guru dan berminat untuk mendapatkan Baucar Buku Guru Sasbadi?

Sila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam infografik di bawah:

Baucar Buku Guru Sasbadi

Anda boleh memuat turun aplikasi Sasbadi melalui pautan di bawah:

Maklumat lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Baucar Buku Guru Sasbadi atau inisiatif lain yang diberikan oleh Sasbadi sempena sambutan Hari Guru ini, anda boleh menghubungi pihak Sasbadi di talian:

Emel:: [email protected]
Telefon: 011-13313731

Bantu kami share artikel ini: